Masjid Lama Machap, Melaka
     Tapaknya mula didirikan Masjid pada tahun 1511 setelah serangan kedua   Portugis menjajah Melaka. Tok Machap telah terlepas daripada serangan   menyusuri Sungai Anak Air Pasir ketika ribut banjir berlaku. Perahunya   telah tersadai di atas sebuah bukit lalu  Tok Machap telah mendirikan Solat dan   merasakan tapak di atas bukit sesuai dijadikan Mercu tanda pembukaan Kg Machap.    Pada Tahun 1865 pembinaan semula telah dijalankan hasil daripada kutipan masyarakat cina untuk    mendirikan Masjid daripada binaan Batu.  Terdapat mural lukisan di   dinding masjid dan bumbung daripada terracota daripada negeri China.Dimaklumkan oleh  : Semua   makam yang ada di kawasan masjid adalah daripada  kerabat  Dato Machap dan pengikutnya.termasuk yang di bahagian belakang masjid.  
Laksamana Cheng Ho dan pengikut   puteri Hang Li Po pernah  berkampong di situ ketika Portugis menyerang melaka pada ketika itu.
   Suasana di dalam Masjid, 
Tapi kini masjid ini tidak berfungsi terbuka tempat bersembahyang   kepada penduduk. Ianya telah menjadi WARISAN - Kementerian Perpaduan   Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia  pada tahun 2005.    Lukisan Mural di tepi dinding masjid
    Makam Datuk Machap  @ Jalini Mendik Masap.
 Anak Raja Bugis dan Ulama daripada Makassar Indonesia datang ke Melaka pada tahun 1500-an
  Anak tangga daripada tepi masjid  ke dasar Empangan tasik Durian Tungal,..
Difahamkan di tasik ini adalah perkampungan asal yang telah musnah akibat daripada pembinaan Tadahan Air empangan.  Ketika Musm Kemarau melanda negeri Melaka kelihatan tiang2 rumah   timbul daripada dasar empangan,
Dihadapan Makam Tok Machap dan Masjid Lama Machap.
Disekeliling kawasan ini telah dijaga rapi untuk para pengunjung. Terdapat bilik air dibahagian belakang  masjid
----------------------------------------------------------------------
Catatan Penulis: Lawatan sehari sebelum Tahun baru 2014.
Perjalanan bermula daripada Highway KL-JB jam 10am. Susur keluar di Alor Gajah.  Selepas Tol (RM16.50) belok ke kanan menuju ke Durian Tunggal. Jalan menuju ke arah Tasik Empangan Durian Tunggal di sebelah kiri.  Selepas melepasi Taman Rekreasi Datuk Wira Poh Ah Tiam Machap, ada simpang belok ke kiri, Ada Signboard arah ke Masjid Lama Machap. Jalan selorong dalam 85 meter sampai ke masjid ini.  
Percaturan: (Dimaklumkan kelak)
Pengisian:  (Dimaklumkan kelak)  
     
Tiada ulasan:
Catat Ulasan