Jumaat, 10 Januari 2014

04 di serkam - Google Blog Search

04 di serkam - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di serkam</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Dec 2013 01:15 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Keturunan Tok Kepau: TOK ANDAK <b>SERKAM</b> & SUNGAI BENTAYAN

Posted: 07 Nov 2013 05:30 AM PST


MENYELUSURI WARISAN  TOK ANDAK  SERKAM
Nama sebenarnya ialah Hj Md Said bin Penghulu Marsah  bin Tok Senin. Beliau dilahirkan dikampung Serkam Melaka, mempunyai 14  orang adik beradik, tetapi yang diketahui setakat ini ialah  9 orang sahaja, iaitu: Landa binti Marsah, Hj Md Said (Tok Andak ) bin Marsah, Penghulu Amar bin Marsah, Jamaludin bin Marsah, Md Aris bin Marsah, Satariah binti Marsah, Senah binti Marsah bersuamikan Penghulu Kaem, Badariah binti Marsah bersuamikan Lajis, dan Nanggau bin Marsah (Jurai ini banyak terdapat di kampung Sungai Rambai.)
Hj Md Said (Tok Andak) mempunyai 2 orang isteri yang dikahwini nya, iaitu isteri pertama nya bernama Suri binti Sa'ban, namun tidak dikurniakan zuriat. Manakala isterri kedua nya pula bernama Sa'diah. Menurut setengan kaul mengatakan , isteri keduanya  Sa'diah ini ialah anakanda kepada Temenggong Ibrahim (Daeng Ronggek) ibni Temenggong Abd Rahman Johor. Melalui perkahwinan ini dikurniakan anak ia itu: Hj Kamaludin beristerikan Nye (Beliau lah yang meneroka lorong pandan Melaka), Hj Hasanuddin (Jurai ini banyak terdapat di kampung Sungai Rambai, kebanyakan nya menjadi pegawai syarak), Hj Md Zin, Hj Md Ali, Bijah, Kamariah, Timah, Hajjah Che'Mah bersuamikan Tannuddin (Tannuddin ini ialah berkaum dengan kerabat Tun Tan Cheng Lok , Melaka), Halimah, Jagoh (Beliau lah yang meneroka kampung Bukit Senggeh Melaka), Nukiah, Liah, dan Temah bersuamikan Hj Muhamad.
Ada pun jurai keturunan ini banyak terdapat di Serkam, Tedung, Muar, Semerah, Sungai Balang, Bukit Senggeh, Sungai Rambai, dan ada juga tempat tempat lain yang tidak dipenakan disini. Keturunan ini juga banyak menelurkan ramai cendikiawan, ulamak , Ahli politik, Ketua masyarakat, orang orang seni, dan orang orang kenamaan yang berjawatan penting di Malaysia. Ada setengah riwayat  mengatakan keturunan ini ada yang merantau  dan semende menyemenda melalui perkahwinan dengan keturunan Melayu Patani di Thailand, dan dengan kerabat kesultanan Sulu di Filipinah. Namun perhubungan kekeluargaan telah terputus dan tidak dapat dikesan hingga kehari  ini.
Semasa hayat nya Hj Md Said (Tok Andak) ini, berjawatan sebagai tuan Imam dan ulamak yang disegani dan tersohor bukan sahaja dikampung Serkam, malahan diluar kawasan itu, sehinggakan kampung Serkam mendapat jolokan sebagai serambi Mekah. Dizaman beliaulah , anak anak  kariah di Serkam telah bergotong royong  membina sebuah mesjid pada tahun 1853 dibawah pengawasan beliau sendiri dan dibantu olih adindanya Penghulu Amar bin Penghulu Marsah.
Mengimbau kembali sejarah penglibatan nya didalam satu pemberontakan yang dinamakan perang rokam . Peristiwa ini berlaku pada tahun 1887, yang mana penduduk Serkam yang dipimpin olih Hj Md Said (Tok Andak) tidak berpuas hati , terhadap sistem baru pembayaran cukai yang diperkenalkan olih pihak British. Olih kerana rundingan menemui jalan buntu  , maka pihak British yang dipimpin olih pesuruh jaya tanah di Melaka bernama BH Alcum  telah datang ke Serkam dengan membawa sejumlah besar mata mata lengkap bersenapang dan bersakur, menaiki kerita kuda dari Melaka, bagi menakut nakutkan penduduk Serkam  yang telah pun bersedia dengan alat senjatanya , bagi menghadapi  sebarang kemunkinan.
Didalam keadaan yang amat genting , Sultan Abu Bakar Johor telah menjadi orang tengah , mengundang Hj Md Said (Tok Andak) dan anak anak buah nya berpindah ke Muar. Kumpulan ini berperahu dari Serkam  memasuki sungai Muar , seterusnya memudiki sungai Bentayan Muar, lebih kurang satu setengah km dari muara , telah membuka penempatan baru disebelah kanan tebing sungai Bentayan  dan tempat ini dinamakan lorong Serkam hingga kehari ini. Pada tahun 1888, Hj Md Said (Tok Andak) telah meninggal dunia dan dikebumikan ditanah perkuburan islam  " Saidiah "  batu: 1 Bakri Muar, di tepi sungai Bentayan dibawah pohon tembusu. Tanah perkuburan ini dinamakan tanah perkuburan Saidiah , ialah sempena nama beliau.
Olih kerana beliau berasal dari Serkam Melaka, maka dibahagian kepala makam nya telah dibina kubah, saperti kubah mesjid mesjid tua di Melaka, manakala disebelah kanan makam beliau ialah makam isteri nya Sa'diah. Makam ini dijaga rapi olih ahli ahli waris kadim keturunan ini , turun temurun, dan orang yang menyumbang khidmat mengecat makam nya disaban tahun ialah En Abas bin Md Kaus bin Abd Manaf bin Hj Kamaludin bin Hj Md Said (Tok Andak), tinggal di lorong Pandan Melaka. Semoga beliau dipanjangkan usia dan ditambah rezeki yang melimpah ruah.
Setelah kematian Hj Md Said (Tok Andak), maka anak anak buah nya yang tinggal dilorong Serkam Muar , sebahagian nya telah berpindah semula kekampung asal nya di Serkam Melaka.  Kini lorong Serkam telah lengang , banyak lot lot tanah telah terjual kepada bangsa Cina, dan tersepit dengan arus pembangunan. Yang tinggal ialah sebuah surau, sebuah madrasah belajar ugama dan beberapa buah rumah kediaman , termasuklah sebuah rumah cucu cicit nya ia itu Allahyarhamah Hajjah Jamilah binti Kasim. Selebih nya ialah orang orang luar sebagai penyewa dan tidak seorang pun yang tahu, apabila ditanya tentaaang keujudan dan sejarah lorong Serkam, serta asal usul peneroka   asal nya didalam erti kata yang sebenar. Sehinggakan makam Hj Md Said (Tok Andak) sendiri pun, ada pihak yang tidak bertanggung jawab , telah menafikan nya dan mendakwa  sebagai makam  "Tok Bentayan " yang tiada lansung kena mengena dengan sejarah yang sebenar, semata mata untuk mendapatkan pablisiti murahan, tanpa merujuk terlebih dahulu kepada ahli ahli waris kadim keturunan ini. Apa tah lagi kalau ditanya kepada ahli ahli waris Tok Bentayan sendiri pun , merika tidak akan bersetuju , makam itu adalah makam moyang nya. Begitu lah resam dunia , pabila itik sudah bertaji, pabila kadok dah naik junjung, pabila cacing naik kemata, lantas merasakan dirinya sehebat hebat nya.
(Coretan ini adalah sebagai serpihan dari sejarah yang dipena olih ahli ahli waris Tok Andak yang berada di Serkam Melaka, jika ada kelemahan dari segi sejarah dan  fakta , harap diperbetulkan, untuk kebaikan kita bersama)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads