Sabtu, 18 Januari 2014

04 di tanjung bidara - Google Blog Search

04 di tanjung bidara - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di tanjung bidara</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jan 2014 11:49 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Yan Ty: Indahnya Pantai <b>Tanjung Bidara</b> , Melaka

Posted: 16 Nov 2013 09:26 AM PST

Cuti hari minggu ; Sabtu & Ahad minggu ini , Ty ke negeri bersejarah Melaka. Bercuti , hanya sekadar lari kesibukan kota juga kertas kerja di pejabat tapi masih ada beberapa kerja lain masih tertangguh. Entri - entri yang nak diabadikan di dalam blog pun tertangguh. 
Alhamdulillah , entri ringkasan ke Kedah dah pun siap. Sub-sub cerita di Kedah juga part seterusnya semasa bercuti di Krabi dalam perjalanan tapi masih di persimpangan.
Ty menginap untuk malam ni di Tanjung Bidara Resort. Sebelum hadap lappy dan melepak dalam bilik, sempatlah Ty snap beberapa gambar pemandangan dan keindahan di Pantai Tanjung Bidara. Cantik sungguh yang tak terkata untuk Ty ungkapkan. 
Jom sesama gambar pantai pula ye uolls ,
Cantik bukan? Kononnya berhajat nak amik gambar masa senja tapi Ty masih menghadap lappy sebabnya line internet agak tenat. Semput gitu , sekejap ada sekejap tak ada. Eh dah macam biskut chipsmore pula. 
Pada malam , ada majlis makan malam dan sesi cabutan bertuah juga karaoke secara sukarela. Oh , ya ini majlis pejabat mummy Ty , kira family day tapi Ty tak berminat nak turut serta. Nak "berehat" sambil layan blog dan segengnya.
In sha Allah , esok akan bertolak balik ke Putrajaya setelah selesai majlis dan program di sini. Maka bersedialah untuk memulakan hari - hari yang sentiasa padat dengan kerja pabila Isnin tiba. 
#Banyak lagi pihak pengurusan resort perlu tingkatkan dan lihat semula terutama dari segi fasiliti dan kebersihan terutamanya.

Salam Borneo: <b>TANJUNG BIDARA</b> INDAHNYA!

Posted: 11 Nov 2013 07:48 PM PST

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Ummiross ni kalau Teluk Bidara atau Tanjung Jara, memang dah biasa sangat. Pagi minggu kami suka berjogging sepanjang pantai, menghirup udara segar dan nyaman  sambil melihat matahari terbit. Itu cerita dulu-dulu, semasa kami di Dungun, Terengganu.

Baru-baru ni bila Mrhubby ajak ke Tanjung Bidara, ummiross memang excited sebab memang tak pernah lagi ke sana. Boleh tanya pula kat mana tu, bunyinya macam Teluk Bidara je.

Kami menginap dua malam di Tanjung Bidara Beach Resort, Masjid Tanah, Melaka. Haa..kat Melaka rupanya ye, taklah jauh dari KL kan. Memang sesuai untuk percutian hujung minggu. Terdapat banyak chalet sepanjang pantai  Tanjung Bidara ni, pilihlah yang mana suka.

IMG_8984

Waa..seronoknya berdiri mengadap Selat Melaka, selat terpanjang dan tersibuk di dunia. Tumpang bangga walaupun ummiross bukan orang Melaka. Teringat si cantik Anies, orang Melaka, bilalah dapat lepak sama-sama ye.

 DSC_0347

Dari kejauhan, nampak berbalam berpuluh-puluh kapal, amazing, baru first time tengok selat yang sibuk macam ni kan, selama ni asyik baca dari buku je.

DSC_0352

Ombak tak besar, insyaAllah sesuai untuk bermandi-manda.

DSC_0026

Subhanallah, memang cantik pantai Tanjung Bidara ni. Kalau macam ni, bolehlah datang lagi jika nak bersantai dihujung minggu, kalau tak nak tidur, boleh pergi berkelah je, bawa makanan siap-siap.

DSC_0164

DSC_0078  

DSC_0067  

DSC_0098 

DSC_0092

DSC_0214

DSC_0209

 DSC_0093

DSC_0117  

DSC_0152  

Hari ke-2, kami keluar jalan-jalan cari makan. Cantik pula view bot-bot nelayan di terusan ni.

IMG_8989

Apalagi yang dicari, kalau bukan seafood. Check kat foursquare, kami end up kat sini, Restoran Terapung, Kuala Sungai Baru.

IMG_9017IMG_9021 

Pilih-pilih..semuanya fresh dari lautan, cakap je nak masak apa. Ketam tu yang paling best, Ketam Masak Tiga Rasa, yang sedap..ketam tu sendiri, manis dan sangat fresh!, jadi masak apa pun tak kisah.

IMG_9027-tile

Hari menjelang petang, jom beredar pulang. Diperjalanan, sempat juga merakam gambar matahari terbenam, sayang gambar tak berapa cantik, guna kamera telefon je, tertinggal pula kamera di chalet masa nak keluar tadi.

Jalan-jalan bukan sebarang jalan-jalan, jalan melihat bukti kebesaran  dan indahnya bumi ciptaan Allah SWT. Subhanallah..walhamdulillah.

"Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (HR. Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (HR. Abu Daud)

IMG_9009  

IMG_9008

IMG_9045 

Wassalam…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads