Rabu, 12 Februari 2014

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


Trafik: Kemalangan tol Juru, Km130 Pagoh, Km331 Tapah, Km60 <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2014 01:43 AM PST

KUALA LUMPUR 3 Feb. – PLUS Expressway Berhad memberitahu, berlaku empat kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan yang mengakibatkan keadaan trafik menjadi perlahan dan sesak kedua-dua arah bermula 5.15 petang… …read more

Berita Penuh: Tempatan Utusan Malaysia

Lelaki serang polis <b>di</b> Alor Gajah mati ditembak - Harakah Daily

Posted: 07 Feb 2014 11:03 PM PST

ALOR GAJAH: Seorang lelaki yang menyerang anggota polis dengan senjata tajam mati ditembak di Machap Umboo, Durian Tunggal di sini malam tadi.
    
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Mohamad Laham berkata lelaki yang berumur 37 tahun itu meninggal semasa dibedah untuk merawat kecederaannya di Hospital Melaka.
    
Beliau berkata pihak polis pada mulanya menerima panggilan daripada jiran suspek pada pukul 3.00 petang semalam memberitahu suspek telah datang ke rumahnya dengan bersenjatakan pisau dan mengugut mahu mencederakannya.
    
"Sepasukan polis lalu dihantar ke lokasi kejadian namun suspek telah mengurung diri di dalam rumahnya. Anggota polis telah ditempatkan di kawasan rumah suspek bagi mengawasinya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di sini hari ini.
    
Beliau berkata pada pukul 9 malam, suspek telah keluar daripada rumahnya dengan memegang senjata tajam di kedua-dua belah tangan dan melibaskan senjata itu kepada orang awam dan anggota polis.
    
Mohamad berkata lelaki itu kemudiannya menaiki motosikal dan lari bersembunyi di sebuah kebun kelapa sawit di kawasan berhampiran.
    
"Pihak polis cuba memujuk mangsa untuk menyerah diri selama kira-kira 10 minit dan pada pukul 9.30 malam, suspek tiba-tiba meluru keluar lalu cuba menyerang anggota polis.
    
"Untuk mempertahankan diri, anggota polis terpaksa melepaskan sedas tembakan ke arah suspek mengakibatkan suspek rebah ke tanah," katanya.
    
Dipercayai suspek mahu mencederakan jirannya kerana marah jirannya itu pernah mengintai isterinya mandi. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads