04 di alor gajah - Google Blog Search |
Berkat Solat Hajat, Hujan Turun Lebat <b>Di Alor Gajah</b> | Bicara Santai Posted: 16 Mar 2014 06:29 AM PDT Umum mengetahui akan seluruh negara kini sedang berhadapan dengan pelbagai isu termasuklah isu cuaca panas dan kering sejak awal bulan Februari yang lalu. Cuaca yang panas ini turut mengakibatkan jerebu yang teruk kebelakangan ini. Pelbagai usaha dilakukan dalam usaha mendapatkan hujan, antaranya solat hajat yang dilakukan di kebanyakan surau dan masjid seluruh negara selain pembenihan awan turut dilaksanakan. Alhamdulillah, dengan izin Allah Ta'ala hujan mulai turun kini di beberapa tempat di tanah air. Para pelajar tahfiz basah dalam hujan rahmat yang turun sebaik sahaja selesai solat hajat
Majlis anjuran Badan Amal Tarbiah Sejagat (BATAS) Melaka itu disertai tahfiz dari Madrasah Bustanul Ulum, Bemban; Madrasah Tahfiz Al-Quran Arrasyidin (Alor Gajah); Madrasah Tahfiz Al-Quran As-Solihin (Merlimau), Madrasah Tahfiz Baitulnur (Alor Gajah), Ribat Tahfiz Syeikh Ismail Aljailani (Serkam) dan Maahad Tahfiz Darul Pekima Pusat Terbiah dan Anak Yatim (Shah Alam). Solat sunat hajat dua rakaat diimamkan Ustaz Amali Dhiya Uddin Ab Rahim daripada Ribat Tahfiz Syeikh Ismail Aljailani itu juga memohon keselamatan 239 penumpang termasuk kru penerbangan pesawat MH370 yang masih hilang masuk hari kesembilan. Selesai bersolat, bacaan surah Yasin melalui hafazan turut diteruskan dalam keadaan hujan yang semakin lebat sehingga tamat bacaan doa akhir. Sumber : Harian Metro Alhamdulillah. Hanya Allah jua yang berkuasa di atas segala sesuatu itu… Category: Isu Semasa |
You are subscribed to email updates from di alor gajah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan