Sabtu, 1 Mac 2014

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


&#39;Sultan Melaka&#39; di tahan polis <b>di Jasin</b>, Melaka | Lulu pages

Posted: 14 Jan 2014 07:00 AM PST


'Sultan Melaka' di tahan polis di Jasin, Melaka | Penahanan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' di Jasin, Melaka hari ini adalah berdasarkan undang-undang negeri dan Perlembangaan Persekutuan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Berdasarkan Sejarah Melayu dan bahan kajian seperti Hikayat Hang Tuah, beliau berkata Sultan Melaka yang terakhir ialah Sultan Mahmud Shah (1488-1511) dan selepas itu tiada sultan di negeri itu. Selain itu, katanya, apabila penubuhan Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, dari segi Perlembangaan Negeri dan Perlembangaan Persekutuan tidak ada mana-mana individu yang boleh mendakwa atau menuntut tahkta kesultananan di negeri berkenaan.

"Dalam hal ini, polis mengambil tindakan adalah berdasarkan pada perundangan yang ada pada kerajaan negeri, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan juga Perlembangaan Persekutuan. "Saya harap mana-mana individu dan kumpulan yang mahu menuntut tahkta Melaka harus melupakan hasrat itu. Lihat fakta, sejarah dan perundangan. Ini harus diakui sebagai hakikat dan kenyataan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pasukan Bola Sepak PDRM di sini hari ini. -BH

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads