04 di machap - Google Blog Search |
Masjid Lama <b>Machap</b>, Melaka - Perjalanan Percaturan Pengisian Posted: 01 Jan 2014 12:13 PM PST Masjid Lama Machap, Melaka Tapaknya mula didirikan Masjid pada tahun 1511 setelah serangan kedua Portugis menjajah Melaka. Tok Machap telah terlepas daripada serangan menyusuri Sungai Anak Air Pasir ketika ribut banjir berlaku. Perahunya telah tersadai di atas sebuah bukit lalu Tok Machap telah mendirikan Solat dan merasakan tapak di atas bukit sesuai dijadikan Mercu tanda pembukaan Kg Machap. Pada Tahun 1865 pembinaan semula telah dijalankan hasil daripada kutipan masyarakat cina untuk mendirikan Masjid daripada binaan Batu. Terdapat mural lukisan di dinding masjid dan bumbung daripada terracota daripada negeri China. Dimaklumkan oleh Mi Majeed AL Fatani : Semua makam yang ada di kawasan masjid adalah daripada kerabat Dato Machap dan pengikutnya.termasuk yang di bahagian belakang masjid. Tapi kini masjid ini tidak berfungsi terbuka tempat bersembahyang kepada penduduk. Ianya telah menjadi WARISAN - Kementerian Perpaduan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada tahun 2005. Lukisan Mural di tepi dinding masjid Makam Datuk Machap @ Jalini Mendik Masap. Anak Raja Bugis dan Ulama daripada Makassar Indonesia datang ke Melaka pada tahun 1500-an Anak tangga daripada tepi masjid ke dasar Empangan tasik Durian Tungal,.. Difahamkan di tasik ini adalah perkampungan asal yang telah musnah akibat daripada pembinaan Tadahan Air empangan. Ketika Musm Kemarau melanda negeri Melaka kelihatan tiang2 rumah timbul daripada dasar empangan,
Disekeliling kawasan ini telah dijaga rapi untuk para pengunjung. Terdapat bilik air dibahagian belakang masjid Percaturan: (Dimaklumkan kelak) Pengisian: (Dimaklumkan kelak) |
You are subscribed to email updates from di machap - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan