ads

Jumaat, 21 Mac 2014

04 di masjid tanah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di masjid tanah - Google Blog Search


masjid warisan dimana nama <b>masjid tanah</b> mendapat <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 19 Jan 2014 11:36 PM PST


Omak Kau mendapat kiriman gambar memberitahu sebuah masjid tua yang dibina awal 1900an dimana nama Masjid Tanah mendapat nama kini terbiar tidak diimarahkan paling menyedihkan sudah tiada lagi suara azan berkumandang.

Lokasi Masjid Warisan ini terletak ditebing Sungai Baru di tengah Pusat bandar Masjid Tanah, melaka berhampiran dengan pasar.

Jalan besar didepan Masjid ini dikatakan terdapat deretan kedai judi empat nombor ekor da ma cai, magnum dan toto.

Pengirim rasa terkilan mengapa pihak yang berwajib terutamanya Majlis Agama Islam Negeri Melaka tidak membuat sesuatu untuk menghidupkan kembali roh masjid ini.

Dalam juak-juak UMNO melemparkan tuduhan liar fitnah bahawa masjid-masjid di Pulau Pinang sejak diambil alih oleh DAP/PR tidak diizinkan azan dilaungkan , rupa-rupanya masjid dimana UMNO memerintah langsung azan tidak berkumandang lagi dan tidak di bela dan dijaga dengan sempurna.

Pengirim memberitahu keadaan masjid itu kini sudah agak daif dan tidak berjaga .. lalang dan rumpai tumbuh dengan segar disekeliling kawasan masjid yang juga terdapat kubur-kubur lama.

Mohon jika apa yang disampaikan ini benar dan sahih .. Pihak yang diberi amanah dan tanggung jawab untuk memelihara dan menjaga masjid ambil tindakan yang sewajarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved