ads

Selasa, 25 Mac 2014

04 di masjid tanah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di masjid tanah - Google Blog Search


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian <b>Masjid Tanah</b>: DAP Cuba <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2014 01:11 AM PST

Manusia yang tidak belajar dari sejarah akan dihukum untuk melalui sejarah tersebut berkali-kali.  Sejarah 13 Mei 1969 telah mengajar kita mengenai pentingnya toleransi dan hormat-menghormati dalam hubungan antara kaum.  Ia juga mengajar kita bahawa toleransi dan hormat-menghormati pula bukan bermakna yang kita harus bersikap 'tidak-apa' terhadap setiap provokasi yang ditujukan kepada kita.
 
13 Mei memperlihatkan kepada kita bagaimana sikap 'tidak-apa' satu pihak telah diambil-mudah oleh pihak lain untuk memijak dan menindas mereka.  13 Mei bukan berlaku secara spontan, tetapi dirancang rapi oleh pihak yang menyokong parti Gerakan-DAP menjelang PRU 1969 yang ingin merampas kuasa politik Melayu.   Ia dibuktikan melalui penemuan stok-stok makanan dan senjata yang disembunyikan di beberapa kawasan strategik, pastinya sebagai bekalan untuk melalui keadaan darurat yang dirancang mereka.
 
Untuk merealisasikan huru-hara yang dirancang tersebut, pemimpin-pemimpin kaum Cina terlebih dahulu menyalakan api melalui ceramah-ceramah berbaur hasutan terhadap kerajaan.  Mereka menanam prasangka dan kebencian yang meluap-luap terhadap orang-orang Melayu sementara di masa yang sama, meniupkan rasa angkuh dan bongkak ke dalam diri mereka sendiri kerana berjaya menguasai ekonomi negara ini.
 
Kempen PRU yang panjang iaitu 21 hari pada ketika itu digunakan sepenuhnya oleh parti yang mewakili kaum Cina untuk menyemarakkan permusuhan.  Sementara itu, orang-orang Melayu masih lagi alpa, masih bersangka baik dan tidak percaya yang pendatang yang mereka terima sebagai tetamu, jiran dan sahabat rupa-rupanya langsung tidak menghargai keikhlasan dan pengorbanan mereka.
 
Kini, sejarah ini telah berlalu, namun, beberapa orang yang terlibat dalam peristiwa itu masih lagi hidup.  Malah, antara yang ditangkap sebagai penghasut, iaitu Lim Kit Siang mendapat tempat pula dalam politik negara sebagai pemimpin pembangkang.  Anaknya juga kini berjaya menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang.
 
Seperti yang kita sedia maklum, Lim Kit Siang tidak pernah merasa kesal atau bersalah kerana mencetuskan 13 Mei malah cuba menafikan yang beliau terlibat.  Apa yang jelas kelihatan hari ini ialah, sikap bongkak, angkuh dan juga rasa benci Lim Kit Siang anak-beranak dan juga parti DAP terhadap orang Melayu masih belum pudar malah semakin hebat. 
 
Lebih buruk lagi, Kit Siang cuba menyalahkan UMNO dan menghabiskan seluruh hidupnya untuk menukar sejarah 13 Mei bagi memperlihatkan ia dimulakan oleh UMNO dan bukan pihaknya.
 
Hari ini, dengan kuasa di beberapa negeri telah dimiliki oleh DAP sama ada secara langsung atau melalui proksi, maka Kit Siang melihat peluang untuk mengukuhkan ceritanya bahawa kononnya UMNOlah yang memulakan 13 Mei.  Untuk itu, Kit Siang memerlukan agar 13 Mei berulang tetapi perlu memastikan yang dirinya tidak dipersalahkan.
 
Sekiranya benar, bagi menjayakan matlamat ini, Kit Siang perlu menaikkan kemarahan orang Melayu sehingga mereka yang memulakan amukan.   Dari apa yang dapat dilihat kini, nampaknya itulah yang Kit Siang sedang lakukan.
 
Kebencian terhadap orang Melayu yang disemai oleh DAP di sekolah-sekolah vernakular, di dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga di laman-laman sosial kini telah membuahkan hasil.  Api kebencian antara kaum semakin membesar.  DAP pastinya tahu, bahawa jika mereka ingin mengulangi 13 Mei, maka inilah masanya.
 
Maka tidak hairanlah, sejurus selepas berkuasa penuh di Pulau Pinang, DAP mula menunjuk bongkak.  Parti itu secara terang-terangan menindas Melayu dengan cara merampas tanah dan premis perniagaan tanpa belas kasihan.  Sikap berat sebelah dipertontonkan tanpa tapisan.  DAP seolah-oleh berkata 'aku berkuasa, apa yang kamu boleh buat?'
 
DAP memberi tekanan kepada pembeli rumah dan juga peniaga berbangsa Melayu dengan berbagai cara.  Di masa yang sama, DAP mengerahkan jentera siber dan menggalakkan penyokongnya mencabar dan menghina Melayu semahu-mahunya.
 
Pemimpin DAP sendiri secara aktif menggunakan media sosial mereka untuk menunjuk kebencian, melabel, mengejek dan merujuk kepada pemimpin Melayu-UMNO dengan panggilan-panggilan yang buruk bagi mengundang  kemarahan dan tindak balas orang-orang Melayu.
 
Tidak cukup dengan itu, DAP menyentuh soal agama dan cuba melaga-lagakan Kristian dengan Islam.
 
Semua ini dilakukan oleh secara jelas dan sengaja serta 'bersiri'.  
 
Apabila saja terdapat tindakbalas dari orang-orang Melayu, maka DAP akan menuduh orang-orang Melayu sebagai ekstrem, radikal serta rasis.   Akhir-akhir ini, Lim Kit Siang dilihat lebih 'agresif' lagi apabila hampir setiap hari beliau menulis mengenai 'kemungkinan berlakunya 13 Mei yang dimulakan oleh golongan ekstrem'. 
 
Hakikatnya, yang ekstrem di sini adalah Kit Siang dan DAP.  Kit Siang adalah ekstremis Cina yang berlindung di sebalik nama 'rakyat yang berjiwa Malaysia', walhal seluruh perjuangannya adalah untuk menghapuskan kuasa politik Melayu serta mengubah struktur Malaysia seratus peratus agar memberi kelebihan kepada kumpulan yang menguasai ekonomi negara, iaitu 'kaum Cina'.
 
Tuduhan Kit Siang bahawa terdapat Melayu ekstremis hanyalah untuk menutup sikap ekstremis dirinya sendiri.  Jika benar Melayu itu ekstremis, tidak mungkin orang-orang Cina akan menjadi kaya kerana kuasa beli terbesar adalah di tangan Melayu.  Jika benar Melayu itu ektremis dan UMNO itu tidak adil terhadap minoriti, maka Kit Siang tidak mungkin hidup dan menjadi pemimpin parti politik pada hari ini, apatah lagi bersikap celupar dan biadap menuduh itu dan ini terhadap kerajaan.
 
Melayu sentiasa mengajak kepada perpaduan, buktinya ialah kita sentiasa mengimpikan satu sekolah untuk semua kaum.  Hanya kaum Cina sahaja yang beria-ia ingin terus terpisah dari arus pendidikan nasional.
 
Oleh itu, fikirkanlah sendiri, siapa yang bongkak, siapa yang rasis, siapa yang ekstremis dan siapa sebenarnya yang sedang giat berusaha untuk mengulangi 13 Mei?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved