04 di sungai rambai - Google Blog Search |
Aerodome <b>Sungai Rambai</b> jadi lapangan terbang - Utusan Online Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST MELAKA 2 Feb. - Aerodrome Sungai Rambai di Kampung Tasek dekat sini bakal menempa sejarah apabila akan dinaik taraf sebagai lapangan terbang sokongan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) April ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, peruntukan bagi menaik taraf aerodrome sebanyak RM500,000 telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat. Menurutnya, peruntukan yang diperoleh itu akan digunakan bagi pembinaan menara kawalan, pejabat, cafe, hangar dan sebagainya bagi meningkatkan infrastruktur lapangan terbang Sungai Rambai itu. ''Masalah yang belum selesai ialah berkaitan pengambilan tanah berhampiran aerodrome seluas 0.45 hektar untuk pembinaan pelbagai infrastruktur termasuk membina menara kawalan baharu. ''Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah bersetuju untuk mengiktiraf Aerodrome Sungai Rambai sebagai lapangan terbang sokongan kepada LTAM. ''Ini satu pengiktirafan tertinggi sejak lapangan terbang ini dibuka 15 tahun lalu daripada sebuah landasan yang pendek dan telah dipanjangkan untuk memudahkan pesawat ringan mendarat," katanya di sini hari ini. Hasan berkata, sebagai lapangan terbang sokongan itu, Aerodrome Sungai Rambai akan menjadi pendaratan pesawat ringan seperti Cesna 172 dan Fokker jika LTAM menghadapi masalah. Menurutnya, masalah pengambilan tanah bagi pembinaan menara kawalan yang baharu di peringkat akhir rundingan dan ia dijangka selesai tidak lama lagi. Katanya, apabila semua masalah itu selesai, kerja-kerja menaik taraf Aerodrome Sungai Rambai akan bermula dan ia dijangka memberi nafas baharu kepada lapangan terbang tersebut. ''Saya merancang untuk menjadikan Aerodrome ini untuk lokasi penggiat sukan penerbangan khususnya paramotor dan mikrolight bagi golongan belia menceburi bidang penerbangan," katanya. Hasan berkata, landasan sepanjang itu akan terus menjadi tapak lokasi karnival udara Sungai Rambai Fly In 2014 sejak dianjurkan pada 1999. Beliau berkata, penganjuran Sungai Rambai Fly In yang berakhir hari ini terus mendapat perhatian pengunjung walaupun ia tidak sebesar karnival udara di tempat lain. ''Saya bangga karnival ini sudah berusia 15 dan tetapi mampu menarik kedatangan pelbagai pesawat ringan dan menjadi perhatian penggiat sukan penerbangan," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from di sungai rambai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan