ads

Ahad, 9 Mac 2014

di negeri melaka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri melaka - Google Blog Search


Pinjaman perumahan tanpa faedah untuk penjawat awam <b>Melaka</b> <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2014 01:39 PM PST

PERASMIAN: Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob menerima teks ucapan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron di Perasmian Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka keTiga Belas di Melaka, semalam. — Gambar Bernama

MELAKA: Melaka bersedia melaksanakan skim pinjaman perumahan tanpa faedah bagi penjawat awam di negeri ini jika kedudukan kewangan kerajaan negeri mengizinkan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Namun, kerajaan negeri perlu mengkaji dengan mendalam kemampuan kewangannya sebelum melaksanakan skim itu, katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-13 oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, semalam.

Cadangan pelaksanaan skim itu dikemukana Mohd Khalil semasa berucap merasmikan persidangan itu, bagi membantu rakyat kurang berkemampuan memiliki rumah mampu milik di negeri itu.

Pada 13 Feb lepas, Kerajaan Negeri Johor mengumumkan pelaksanaan Skim Pinjaman Perumahan Anggota Perkhidmatan Awam Johor Tanpa Faedah berkuat kuasa 1 Mac lepas, dengan memansuhkan faedah empat peratus pinjaman itu sebelum ini.

Idris berkata dalam melaksanakan skim itu, Melaka tidak boleh dibandingkan dengan Johor kerana Melaka mempunyai sumber kewangan agak terhad berikutan keluasan negeri yang kecil dan tidak banyak sumber semula jadi.

"Jika hasil kita terutamanya pelancongan dan pelaburan bertambah, saya rasa kita tiada masalah untuk kita laksanakan (skim itu) tetapi saya ingatkan, kewangan negeri kita perlu seimbang," katanya.

Ditanya mengenai satu lagi cadangan Mohd Khalil supaya Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditambah terutamanya di kawasan pinggir bandar di negeri ini, beliau berkata cadangan itu sedang dilaksanakan kerajaan negeri.

"Setakat ini, ada enam (KR1M) dengan setiap satu di kawasan Parlimen… kita sedang berusaha mengadakan KR1M skala sederhana di setiap 28 DUN negeri ini," katanya.

Idris juga berkata kerajaan negeri akan mengkaji cadangan orang ramai untuk memindahkan KR1M dari Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk lebih tinggi. — Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved