Jumaat, 11 April 2014

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Pelajar MRSM <b>Alor Gajah</b> tidak sedar diri akibat disambar <b>...</b> - Kosmo

Posted: 02 Apr 2014 09:26 AM PDT

Pelajar MRSM Alor Gajah tidak sedar diri akibat disambar petir

Pelajar MRSM Alor Gajah tidak sedar diri akibat disambar petir

02/04/2014 4:34pm

MELAKA - Seorang pelajar tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara, Alor Gajah tidak sedarkan diri akibat disambar petir di padang sekolah tersebut petang semalam.

Ketika kejadian kira-kira 6.05 petang itu, Johan Jasmin, 13, bersama sekumpulan rakannya sedang menuju ke asrama selepas tamat menjalani aktiviti sukan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Md Rawi Mahmud berkata, anak bongsu dari dua beradik itu rebah akibat panahan petir tersebut.

"Sebelum kejadian, semua pelajar telah diarahkan berhenti dari menjalani aktiviti sukan lebih awal dari waktu kebiasaa iaitu pada 6.15 petang ekoran cuaca hendak hujan dan guruh telah berbunyi," katanya kepada pemberita semasa melawat pelajar tersebut di Hospital Melaka.

Beliau berkata, pelajar yang berasal dari Shah Alam, Selangor itu pada mulanya dihantar ke Hospital Alor Gajah sebelum dibawa ke Hospital Melaka.

Md Rawi berkata, Johan masih tidak sedarkan diri dan tidak mengalami kecederaan fizikal termasuk kesan melecur atau terbakar.

Beliau berkata, pelajar itu kini ditempatkan di unit rawatan rapi dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

"Kita masih menunggu perkembangan lanjut mengenai keadaan mangsa daripada pihak hospital dan pihak pengurusan tertinggi Mara dimaklumkan akan melawat mangsa dalam masa terdekat," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads