04 di alor gajah - Google Blog Search |
Bintun Sakinah: Fasa awal perantauan <b>di Alor Gajah</b> Posted: 07 Apr 2014 06:33 PM PDT In The Name of Allah Most Gracious Most Merciful Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, harini dah masuk hari kedua RR berada di bumi Alor Gajah ni. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekangan. Alkisah. Jarak masa dari Gambang ke Alor Gajah lebih kurang 3 jam sahaja. So, bila cau dari kampus jam 4ptg, jam 7mlm dah boleh sampai Gambang. Yeahhhh... Malam Sabtu tu, RR sewa homestay untuk bermalam. Homestay Hasidi. Sangat berbaloi. RM150. Selesa. Nyaman. Puas hati. Kawasan yang berdekatan dengan Puspakom Alor Gajah. Petang Sabtu tu, selepas membuang lelah di tempat penginapan, kami sekeluarga melawat tempat yang akan RR idami bermula esok. Alhamdulillah, walaupun sewa bilik, bagi RR dah cukup selesa. Empunya rumah sewa ni sangat baik. Bilik yang RR sewa ni mempunyai bilik air dan dapur yang berasingan dengan rumah makcik tersebut. Itu dah cukup selesa bagi RR. Takda org kacau. Dapur untuk masak ada. Peti ais untuk simpan barang basah pun ada. Tengahari Ahad tu, kami memunggah barang2 RR. Huhu...Sedih plak kne tinggal...Sendiri lagi.... Xpela, ini adat mencari rezeki. Ini adat merantau. Tiada yang mudah melainkan dengan pertolonganNya. Bonda dan abah bertolak pulang ke Gambang jam 1.15ptg. Jam 4.30ptg, mereka dah sampai di rumah Gambang. After membuang lelah, mereka bertolak pulang ke Kelantan jam 6 lebih. Jam 12.30 mlm, ma call dah sampai rumah. Sian ma abah. Huhuhuhu... Hari pertama lapor diri. Alhamdulillah, berjalan lancar. e-mail dah dapat, smart card pun dah wat. Cuma.....bilik RR je xde...Sob sob sob. Terpaksa merempat di bilik khas di library untuk tempoh yang RR pun tak tahu. Ekcelly, bilik RR dah ada, tapi lecturer yang terdahulu belum kemaskan lagi barang-barang dia. Dia kne study leave. Xpela, atleast ada internet untuk study dan bilik untuk tidur. Ngehngehngeh.... RR dah dapat list subjek untuk mengajar pada sem depan, June intake and Sept intake. Intake June ni untuk para advance student dari MRSM yang nak wat persediaan untuk ke luar negara. Manakala intake Sept ni untuk intake yang normal (ijazah). 1) Analytical and Organic Chemistry - pelajar tahun1 2) Chemical Engineering Laboratory 1 - pelajar tahun 1 3) Chemical Engineering Science (Physics) - pelajar tahun 1 4) Introduction to Biochemical Engineering - pelajar tahun 2 Tu dia subjek yang perlu RR ngajar --> ekcelly kne study jugak. So, untuk April and Mei ni, masa untuk RR study dan wat notes and wat tutorial and segala bagai persediaan lagi. Plus kne tolong lecturer ICOLE mark paper (final exam)...redha je la... Moga Allah permudahkan RR, aameen.... ICOLE Apa itu ICOLE? Ekcelly, RR sebenarnya staff akademik untuk ICOLE, international college of UniKL. Tetapi RR terpaksa ditempatkan di MICET, Alor Gajah kerana Jurusan Chemical Engineering hanya berlokasi di sini. Kami terpaksa menumpang kampus MICET sehinggalah kampus kami sendiri (ICOLE) beroperasi sepenuhnya. Di sini, kebanyakan tenaga pengajar ICOLE hanya dipinjamkan dari MICET dan hanya 4 orang (termasuk RR) adalah perintis tenaga pengajar ICOLE buat masa sekarang. Ekcelly, buat masa sekarang, jurusan yang ditawarkan under ICOLE baru sahaja 3 iaitu Chemical Engineering, Mechanical Engineering, dan Electrical Engineering. Moga Allah permudahkan RR dalam apa jua perkara yang RR lakukan. Robbi Yassir, Wala Tua'ssir. Harini dah hari kedua RR di MICET. RR masih terasa janggal dan rimas lagi. Terpaksa skema.SKEMA tu adalah benda yang paling RR xsuka. Fresh staff lah katakan. Penat dah duk senyungggggg. Penat dah duk tanya orang kat mana bilik tutor5? kat mana bilik kuliyah 2? kat mana surau? kat mana kafe? kat mana HR? MICET ni ekcelly xbesar mana pun, tapi disebabkan orang baru, terpaksalah.... G surau pun student duk panggil awak awak.... Sebab baby face nye pasai...Kah kah kah...Ni kne solat taubat malam ni. Ada unsur riya'.... Ok, satu lagi, kat bilik ni, cam bilik kebal, line tepon pun seciput, line internet pun secoet! Dah sampai waktu peak, bar yang 3, dah jadi 1....komanggggg... p/s: tetiba rindu mereka mereka kat umah.... =( |
You are subscribed to email updates from di alor gajah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan