Sabtu, 26 April 2014

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


pengerusi dap melaka, tuduh adun dap <b>ayer keroh</b> <b>...</b> - The Flying Kick

Posted: 23 Apr 2014 11:07 PM PDT


Sekali tengok macam ler anti sangat dengan penyelewengan. Hakikatnya yang berlaku ialah, kekalutan Lim Guan Eng cuba mengekalkan kuasanya menerusi konco-konconya di dalam DAP.

Seperti yang diketahui, Lim Guan Eng tidak mampu pergi ke Melaka lagi walaupun Melaka merupakan tempat dia mula mendapat tempat dalam politik. Ini adalah kerana Lim Guan Eng sudah buat terlalu banyak tahi di Melaka dan dia bukan sahaja tidak mendapat tempat lagi di Melaka, bahkan telah dihalau keluar dari Melaka oleh DAP sendiri.

Pun begitu, Lim Guan Eng yang cukup licik, telah menempatkan beberapa orang proksi kuasanya di negeri itu. Mereka inilah yang sentiasa memastikan Lim Guan Eng tidak benar-benar diserang, dijatuhkan dan bangkainya reput berulat. Proksi dan konco-konconya itulah yang kemudian mencetuskan pelbagai masalah dalaman.

Terbaru, perkelahian antara Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San yang juga merupakan ADUN Duyung dengan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menunjukkan dengan jelas Lim Guan Eng tidak dikehendaki dan dibenci oleh DAP Melaka.

Khoo Poay Tiong yang merupakan salah seorang daripada kumpulan yang menyokong Lim Guan Eng. Manakala Goh Leong San pula, bukan sahaja tidak sehaluan dengan Lim Guan Eng, bahkan menganggotai kumpulan yang berusaha menjatuhkan Lim Guan Eng daripada jawatan Setiausaha Agung DAP.

Goh Leong San telah meminta Jawatankuasa Tatatertib DAP Pusat menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Khoo Poay Tiong yang dituduh menyalahgunakan dana parti dengan pembelian sebuah kenderaan pacuan empat roda bernombor pendaftaran MBC 5900. Pacuan empat roda tersebut telah dibeli pada harga RM40 ribu. Seandainya Jawatankuasa Tatatertib DAP Pusat yang diketahui cukup kuat menyokong dan melindungi proksi-proksi serta konco-konco Lim Guan Eng gagal mengambil tindakan, perkara itu akan dipanjangkan kepada SPRM bagi siasatan lanjut.

Semuanya bermula apabila ADUN Duyung yang juga merupakan Pengerusi DAP Melaka itu, memuji pentadbiran Ketua Menteri Melaka, Harun Idris dalam sidang DUN baru-baru ini. Kesempatan itu telah diambil oleh Khoo Poay Tiong untuk mencaci Goh Leong San dan kumpulannya dengan mendapat restu daripada Lim Guan Eng.

Lebih menarik lagi ialah apabila Goh Leong San turut menuduh Khoo Poay Tiong menjadi dalang kepada kegiatan perjudian di Melaka. Lebih tepat lagi, menjadi kepala sindiket yang melindungi aktiviti-aktiviti haram di Melaka dengan menggunakan kedudukannya dalam politik.

Sebenarnya perpecahan DAP di Melaka lebih kritikal walaupun kurang diperkatakan. Setiap majlis yang dianjurkan sama ada dari kem Goh Leong San mahupun Khoo Poay Tiong akan dipulau oleh ahli-ahli dalam kem yang bertentangan. Apabila Lim Guan Eng berada di Melaka, dia akan mengelak daripada terserempak atau berjumpa dengan kumpulan Goh Leong San. Dalam majlis memberikan penghormatan terakhir kepada Karpal Singh di Pulau Pinang, hanya kumpulan Khoo Poay Tiong yang hadir, manakala kumpulan Goh Leong San pula 'memulau' majlis tersebut.

Sebaliknya kumpulan Goh akan mengadakan majlis berasingan MENGENANG KARPAL SINGH pada 30 April 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads