ads

Rabu, 9 April 2014

04 di bukit katil - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di bukit katil - Google Blog Search


MP <b>Bukit Katil</b> fail notis permohonan batal pertuduhan ABN News | BM

Posted: 31 Mar 2014 02:39 AM PDT

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, hari ini memfailkan notis permohonan untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya menyertai perhimpunan 'Blackout 505′ di perkarangan sebuah masjid, di sini.

Shamsul Iskandar memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Fahda Nur & Yusmadi di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. 

Dalam permohonan itu, Shamsul Iskandar, yang juga ketua Angkatan Muda Keadilan, mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah cacat, defektif dan tidak menepati kehendak-kehendak tempat larangan, selain ia adalah satu penyalahgunaan proses dan mempersenda keadilan.

Beliau mendakwa pertuduhan itu lebih cenderung bermotif politik, perbuatan pendakwaan terpilih, dilakukan dengan niat jahat dan menjejas kedaulatan undang-undang.

Shamsul Iskandar yang hadir bersama peguam Yusmadi Yusoff memohon pertuduhan di bawah Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan 2012 terhadapnya digantung dan/atau diketepikan dan dibatalkan.

Beliau berkata seksyen itu tidak digubal secara berperlembagaan dan bertentangan dengan Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, yang menyekat hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman termasuk perhimpunan di dalam kawasan jarak 50 meter di tempat ibadah yang telah disenarai sebagai tempat larangan untuk berhimpun.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar memohon perintah mahkamah supaya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Pada 5 Ogos 2013, Shamsul Iskandar; Timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 36; dan Naib Ketua, Mohd Nazree Mohd Yunus, 29; mengaku tidak bersalah menyertai perhimpunan di tempat larangan iaitu dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya di sini antara 12 tengah hari dan pukul 1.15 tengah hari pada 22 Jun.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved