Sabtu, 24 Mei 2014

04 di ayer keroh - Google Blog Search

04 di ayer keroh - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di ayer keroh</b> - Google Blog Search

Posted: 14 May 2014 11:40 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ice Princess: Aktiviti <b>di</b> Tasik <b>Ayer Keroh</b>

Posted: 02 Mar 2014 05:33 AM PST

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

"okay, kiri.. kiri.."
"kanan pulak.."
"eh, u kiri la, i kanan.."
"eh, u nak ke mana pulak ni? i nak ke sana.."
"apesal u kayuh sana? kan i dah cakap i nak pergi belah sana.."

aktiviti di petang hari pada hari ini ialah berkayak..
huish, dah lama tau zizie tak berkayak.. last time, 2007. masa form 3.
cik abam kita ni la sibuk nak berkayak.

lokasi terbaik berdekatan dengan rumah kitorang ialah di Tasik Ayer Keroh.
kat Tasik Ayer Keroh ni, macam-macam aktiviti air yang ditawarkan.
paddle boat, kayak, wall climbing, water ball, berbasikal dan macam-macam lagi.
untuk kayak, bayarannya hanya rm 3 seorang dan masanya unlimited.
berkayak la kau sepuas hati noq..

seronok ke tak?
seronok ler.. dah lama tak main air tau. hehe.

masa zizie berkayak tu, nampak satu pasangan ni, bukan main seronok berdating..
seronok betul dorang bercintan cintun. kalah zizie tau.


dua ekor burung undan yang sibuk bercinta. muehehe.
tasik ayer keroh ni bersebelahan sahaja dengan zoo melaka.
kawasan si burung undan sejoli ni, ialah kawasan zoo.
sebenarnya, ada jaring yang memisahkan antara kami berdua.

berbalik kepada dialog di atas, nampak tak macam mana zizie dengan cik abam bertekak?
tak adalah gaduh teruk pun, bertikam lidah aje siapa cara dayung dia tak hebat.. kehkehkeh.

sukan berkayak ni, mengajar kita untuk bekerjasama mengharungi cabaran.
kalau zizie kayuh sebelah kanan, cik abam sebelah kiri, memang tak bergerak la kayak kitorang.
so, kita perlu berbincang step yang perlu dilakukan supaya kayak tu bergerak seperti yang kitorang nak..
dan ketika inilah, lagu wonderpet berkumandang.. hehehe.

nota zizie : lenguh tangan sebab dah lama tak mendayung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads