Selasa, 27 Mei 2014

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di klebang</b> - Google Blog Search

Posted: 17 May 2014 09:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG MELAKA: 04 <b>di klebang</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Mar 2014 09:33 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Girang bermain layang-layang <b>di</b> pantai <b>Klebang</b> Melaka | AkuBiomed

Posted: 16 Dec 2013 06:20 AM PST

Masih lagi berkisar aktiviti di Melaka pada minggu lepas. Kali ini membawa anak-anak bermain layang-layang pantai Klebang Melaka. Entri ini lambat disiarkan berbanding entri Muzium Kapal Selam Melaka di pantai Klebang.

pantai klebang melaka

Selepas mengunjungi kapal selam Agosta 70 di Muzium Kapal Selam, saya membawa anak- anak ke pantai Klebang untuk mereka bermain di taman mainan awam dan bermain layang-layang di pantai.

taman mainan kanak-kanak

baby aslah main gelongsor

abang koning main buaian

Angin yang kuat memang sesuai untuk menerbangkan layang-layang. Tidak perlu usaha untuk menaikkan layang-layang kerana angin pantai yang agak kuat.

bermain layang-layang di pantai klebang melaka

layang-layang burung helang

abang ngah bermain layang-layang

abang ngah bermain layang-layang

abang ngah bermain layang-layang

abang ngah bermain layang-layang

abang ngah bermain layang-layang

abang ngah bermain layang-layang

abang long terbang layang-layang

abang long bermain layang-layang

pantai klebang melaka

22 total views, 2 views today

itqan: Bisnes Coconut Shake <b>Klebang</b>

Posted: 19 May 2014 04:30 PM PDT

1.0 Pengenalan

Usahawan dianggap sebagai penggerak kepada pembangunan ekonomi sesebuah masyarakat dan negara. Golongan usahawan sering kali dikaitkan dengan golongan peniaga atau pengusaha yang bersedia menghadapi risiko atau keadaan pulangan kepada pelaburan yang tidak pasti. Golongan ini kerap menceburi bidang perniagaan baru dan unik. Mereka didorong oleh sifat inovatif dan kreatif bagi meningkatkan daya saing dan sekali gus menyediakan lebih banyak pilihan pengguna.

Scarborough dan Zimmerer (1998) menakrifkan usahawan sebagai seseorang yang mencipta perniagaan baru secara tidak nyata untuk tujuan mencapai keuntungan dan pertumbuhan perniagaan melalui cara mengenalpasti peluang dan pengumpulan keperluan sumber kepada capital. Kuratko dan Hodgetss (2004) menakrifkan usahawan sebagai seseorang yang menerima tugas untuk mengurus, mentadbir dan mempercayai risiko dalam perniagaan.

Usahawan juga ialah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang digunakan oleh sesiapa saja bagi tujuan penelitian, perancangan yang baik dan pertimbangan apabila melaksanakan urusan keusahawanan. Makna dan definasi usahawan adalah berbagai dengan tertib tertentu. Sebagai contoh ahli ekonomi melihat usahawan sebagai pembawa sumber, pekerjaan, kebendaan dan lain-lain aset melalui kombinasi yang luarbiasa menjadikan nilainya lebih besar daripada sebelumnya, mereka juga yang mencadangkan perubahan, pembaharuan dan peraturan baru untuk menjana keuntungan.

Ahli psikologi menakrif usahawan dari segi tempoh pencapaian. Bagi ahli psikologi usahawan adalah individu yang bergerak mencari cabaran dan penyelesaiannya. Walaupun setiap definisi menunjukan usahawan dari perbezaan pandangan yang kecil, semuanya mengandungi persamaan fahaman seperti pembaharuan, kekayaan, pengurusan, penciptaan, dan pengambilan risiko. Usahawan adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi bagi tujuan penelitian, perancangan pertimbangan yang baik dalam mengimplementasikan proses keusahawanan.

Keusahawan boleh disifatkan sebagai kebolehan, kemampuan serta kecenderungan seseorang usahawan untuk mencari peluang-peluang perniagaan, mengadapatasi elemen-elemen inovatif dalam produk yang dikeluarkan atau perkhidmatan yang ditawarkan, membentuk sesuatu organisasi perniagaan, perangka perancangan dengan strategik, mengusahakan perniagaan tersebut dan seterusnya memastikan bahawa perniagaan tersebut berkembang.  

1.1 Latar Belakang Kajian

Skop kajian ini hanya memfokuskan kepada pelanggan yang ingin menikmati bermacam sajian di kedai coconut shake yang terletak di Klebang, Melaka serta pemilik kedai tersebut. Kaji selidik melibatkan 20 orang responden.

1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian ini mengenal pasti faktor-faktor usahawan coconut shake yang berjaya.

2.0 Sorotan Kajian

Bermula dengan hanya menjual air kelapa dan air tebu secara kecil-kecilan sejak tujuh tahun yang lalu, usahawan muda, Shafie Ahmad mencipta satu fenomena baru dengan menghasilkan minuman yang diberi nama Coconut Shake Klebang. Beliau pernah mendapat keuntungan hasil jualannya sebanyak RM5.00 dan melalui pelbagai detik sukar sebelum gerainya dikenali ramai. Atas dorongan keluarga dan beberapa kali percubaan untuk mendapatkan rasa yang sesuai, akhirnya beliau berjaya mencipta coconut shake yang lazat dan membangkitkan selera sesiapa yang merasainya. Gerainya yang terletak di persimpangan Klebang ke arah Pulau Gadong sering menjadi tumpuan pelanggan yang ingin mencuba keenakan minuman tersebut.

Menurut Shafie, idea untuk menghasilkan minuman tersebut tercetus daripada cadangan adik iparnya yang mencadangkan untuk membuat coconut shake. Sebelum ini, coconut shake tidaklah popular seperti minuman yang lain, namun sebagai pelopor coconut shake ini mengakui sambutan yang diterima daripada pelanggan sangat mengujakan. Meskipun mendapat saingan daripada gerai-gerai lain yang turut menjual coconut shake, gerai Coconut Shake Klebang tetap menjadi tumpuan orang ramai.

Lazimnya Shafie menyediakan 300 biji kelapa muda sehari dan secara puratanya pelanggan mencecah hingga 1000 orang dan akan meningkat dua kali ganda apabila menjelang hujung minggu. Namun, sempena hari-hari cuti sambutan dan perayaan, gerai Shafie boleh menerima kunjungan kira-kira 3000 orang pelanggan, malah beliau sendiri terkejut apabila minuman jualannya mendapat sambutan menggalakkan. Walau bagaimanapun, beliau tidak lokek untuk memberikan resipi membuat minuman tersebut iaitu dengan mencampurkan semua ramuan isi dan air kelapa segar yang ditambah dengan air gula dan aiskrim vanila. Harga bagi segelas coconut shake biasa ialah RM1.70, manakala untuk dibawa balik pula dijual dengan harga RM2.00. Sementara itu, coconut shake istimewa yang dicampur dengan sesenduk aiskrim vanila pula dijual dengan harga RM2.20 dan RM2.50 untuk dibawa pulang.

Bermula dengan membuka gerai kecil di tepi jalan, beliau telah berjaya memperluaskan kawasan perniagaannya di mana beliau mengguna kawasan halaman depan rumahnya sebagai lokasi untuk berjamu selera beserta dengan kawasan tempat letak kenderaan, manakala gerai kecilnya yang dahulu dijadikan sebagai tempat pembungkusan coconut shake. Malah, lokasi tersebut lebih sesuai dan sinonim dengan jenama produk beliau iaitu Coconut Shake Klebang. Kini perusahaannya semakin dikenali ramai dan sering menjadi buah mulut masyarakat sekitar, hingga menjadi bahan cadangan kepada sesiapa sahaja yang ingin berkunjung ke Melaka sebagai salah satu lokasi yang perlu disinggahi.

Selain dari coconut shake, tarikan yang lain yang ada di kedai tersebut adalah nasi lemak, kuih-muih, mee goreng, pulut kuning dan air tebu. Waktu operasinya adalah pada hari Isnin hingga Ahad, dibuka dari pukul 12:30 hingga 6:30 petang, manakala untuk hari Jumaat pula, dari pukul 2:00 hingga 6:30 petang.

2.1 Sejarah Kelahiran Coconut Shake Klebang

Shafie bin Ahmad lahir pada tahun 1962 di Pulau Pinang. Kemudiannya, beliau memasuki Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun 80-an dan terus menetap di Melaka dari tahun 1981. Beliau berkahwin pada usia 28 tahun dan mendapat lima orang anak. Selepas beberapa tahun berrsara daripada angkatan tentera, beliau merasakan elaun pesara sahaja tidak mencukupi untuk menampung kehidupannya bersama-sama ahli keluarganya. Jadi, beliau mengambil inisatif untuk membuat perniagaan.

Perniagaan pertama adalah membuat tanaman serai di mana setiap pagi dan petang beliau akan berkebun untuk memastikan tanamannya yang dihasilkan berkualiti. Dengan berkat Ilahi, beliau berjaya meraih keuntungan sebanyak RM500 sebulan secara kasar. Walau bagaimanapun, pendapatan daripada menjual tanaman serainya, masih belum cukup untuk menyara seisi keluarganya serta membayar hutang. Tambahan lagi, anak-anak beliau masih bersekolah.

Kemudiannya, beliau diberi peluang untuk berniaga air tebu dan kelapa dengan berbekalkan modal sebanyak RM2500 di mana arwah kakaknya telah memberinya modal tersebut. Dengan modal tersebut beliau telah membeli mesin tebu dengan harapan akan dapat kembali modal tersebut untuk dipulangkan kepada arwah kakaknya. Pada mulanya, beliau menumpang kedai kawannya yang menjual air kelapa dan pisang goreng untuk menjalankan perniagaannya. Setelah sebulan beliau menjalankan perniagaannya, beliau telah diusir oleh pemilik kedai tersebut. Daripada kejadian tersebut, beliau bertekad dan berazam untuk terus mendalami bidang perniagaan. Beliau juga kembali berniaga semula di simpang masuk ke kawasan rumahnya.

Setelah empat bulan menjual air tebu dan kelapa, adik iparnya yang bekerja sebagai doktor di Pulau Pinang telah memberi beliau sebuah idea yang bernas di mana beliau perlu memperbaharui perniagaan beliau dengan menjual coconut shake kerana pada masa itu coconut shake masih belum diperkenalkan kepada penduduk di negeri Melaka. Sebelum menjual coconut shake, beliau beserta keluarganya telah beberapa kali membuat percubaan untuk menghasilkan rasa yang sesuai. Akhirnya beliau telah berjaya mencipta coconut shake yang lazat, kemudiannya beliau terus memperkenalkannya kepada orang ramai. Pada masa tersebut, beliau hanya mempunyai satu mesin tebu dan satu mesin blender untuk membuat coconut shake. Siapa sangka, beliau berjaya menarik minat ramai pelanggannya dengan menjual coconut shake.

Kini, tempat yang dahulunya beliau menjual tebu telah bertukar menjadi tempat pembungkusan coconut shake manakala di hadapan halaman rumahnya dijadikan tempat untuk makan. Selain itu, beliau juga menyediakan kawasan tempat letak kenderaan yang boleh tahan besarnya. Beliau juga mendapatkan khidmat pembekal kelapa di Tangkak, Johor. Kadang-kadang beliau akan memesan sebanyak 1000 biji kelapa dalam sehari atau dua hari dan jika waktu cuti, sebanyak 2000 lebih biji kelapa telah dipesan. Beliau juga tidak lagi bekerja seorang diri, malah beliau telah mengupah seramai sepuluh orang pekerja, empat orang di tempat pembungkusan makanan dan enam orang lagi di kawasan makan. Kadang-kadang beliau turut dibantu oleh anak-anaknya dan isteri beliau menguruskan bahagian kewangan.

Pada masa kini, pendapatan beliau secara kasar adalah sebanyak RM1000 hingga RM2000 sehari. Jika cuti umum, pendapatan beliau akan meningkat sebanyak dua kali ganda. Beliau juga sentiasa mengingatkan ahli keluarganya supaya rajin bersedekah, mesra pelanggan dan tidak berkira dengan pelanggan. Selain itu, beliau amat menitik berat mengenai kebersihan gerainya supaya pelanggan berasa selesa untuk terus datang ke gerainya dan yang paling penting jangan mudah berputus asa.

3.0 Metodologi Kajian

Kaedah yang digunakan adalah dengan menemu ramah pemilik kedai. Hasil temu ramah dikategorikan dalam bentuk tema setelah dibuat transkripsi melalui alat perakam suara. Kaedah kedua adalah mengedarkan soal selidik kepada 20 pelanggan yang datang ke kedai tersebut. Selain itu, lawatan ke tempat kajian lapangan dibuat untuk mengetahui dan merasai sendiri suasana berada di tempat kajian. 

4.0 Hasil Kajian

Rajah 1 menunjukan bilangan responden perempuan yang lebih ramai datang ke kedai ini. Rajah 2 pula menunjukan peratus umur yang selalu datang ke kedai ini. Umur lingkungan 21-30 tahun menunjukan tahap kekerapan datang lebih tinggi. Rajah 3 menunjukan tentang bangsa yang datang ke kedai coconut shake ini. Majoriti pelanggan adalah etnik Melayu diikuti etnik Cina dan India. Rajah 4 menunjukan tempat tinggal responden datang ke kedai coconut shake. Majoriti pelanggan adalah dari luar Klebang iaitu lebih 60 %.

Berdasarkan Rajah 5, kebanyakan pelanggan yang pergi ke kedai tersebut gemar datang bersama-sama kawan-kawan iaitu sebanyak 70%. Hal ini kerana kawasan kedai ini berhampiran dengan kawasan futsal, tempat belajar dan tempat kerja, jadi berkemungkinan mereka akan singgah di kedai ini untuk menghilangkan rasa lapar dan haus. Sebanyak 26% datang bersama keluarga kerana keluarga juga merupakan tempat yang sering diluangkan masa bersama, manakala 4% pula seorang diri.

Kebanyakkan pelanggan yang mengetahui kedai ini adalah daripada kawan mereka masing-masing iaitu sebanyak 75% kerana kawan-kawan merupakan satu pengaruh yang besar di mana kedai ini dijadikan tempat untuk berborak dan meluangkan masa. Media massa pula sebanyak 15% kerana usaha pemilik kedai tersebut mengiklankan kedainya melalui internet dan menyebarkan kad bisnesnya, manakala daripada keluarga pula sebanyak 10%. Hal ini berkemungkinan disebabkan masa yang terhad dan kerja yang banyak menyebabkan perkara ini berlaku.

Berdasarkan Rajah 7, sebanyak 81% menunjukkan minuman yang sering dipesan adalah Coconut Shake Special kerana rasanya yang sedap dan harga yang dikenakan sangat berpatutan. 14% pula adalah Coconut Shake biasa kerana ada pelanggan yang tidak boleh makan ais krim dan 5% pula adalah air kelapa.

Daripada peratusan yang dapat kita lihat di dalam carta di atas, sebanyak 6% pelanggan yang sangat selalu berkunjung ke kedai ini, 11% selalu berkunjung, 39% kadang-kadang dan 44% jarang-jarang ke sini. Mengikut data yang diperolehi, peratusan pelanggan yang jarang-jarang berkunjug ke kedai ini adalah yang paling tinggi. Manakala pelanggan yang kadang-kadang berkunjung adalah kedua tertinggi diikuti oleh pelanggan yang selalu berkunjung ke sini.

Kaji selidik kepada pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke kedai Coconut Shake Klebang ini adalah mengenai kekerapan mereka berkunjung ke sini. Keputusan yang diperolehi adalah sebanyak 11 daripada 20 orang (55%) kerap berkunjung ke sini dan selebihnya tidak. Pelanggan yang kerap berkunjung ke sini adalah disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah pelanggan tinggal berhampiran dengan kawasan Klebang, pelanggan ingin menikmati rasa coconut shake asli dan juga keenakan nasi lemak. Majoriti pelanggan yang kerap berkunjung ke sini adalah daripada kawasan Melaka. Namun begitu, ada juga pelanggan yang datang dari luar negeri Melaka contohnya Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Rata-rata pengunjung bersetuju bahawa minuman coconut shake di sini berbeza daripada tempat lain. Ramai pengunjung mengatakan bahawa minuman coconut shake di sini lebih istimewa dan sedap. Keunikan minuman coconut shake ini dapat dirasai oleh pelanggan sehingga ada yang membeli bungkus selepas minum di kedai ini. Kebanyakan pelanggan mengatakan bahawa coconut shake di sini lebih asli daripada kedai-kedai lain yang menjual minuman yang sama.

Jika dibandingkan harga minuman coconut shake di sini dengan tempat lain, coconut shake di Klebang ini jauh lebih murah dan berpatutan. Sebanyak 15 daripada 20 orang bersetuju bahawa minuman coconut shake di sini murah dan berpatutan. Selain daripada tarikan utama minuman coconut shake kedai ini juga menyediakan minuman dan makanan sampingan yang lain. Antaranya ialah air kelapa segar, air tebu, dan beraneka makanan seperti nasi lemak, bihun goreng, pulut kuning dan pelbagai jenis kuih tradisional Melayu. Kesemua minuman dan makanan ini dijual dengan harga yang murah dan berpatutan.

Majoriti pelanggan yang berkunjung ke sini akan memesan satu gelas minuman coconut shake. Ada juga yang akan memesan dua gelas setiap kali berkunjung ke sini. Pelanggan yang datang daripada jauh akan memesan tiga gelas dan ke atas untuk setiap kali berkunjung ke sini. Pada kebiasaannya pelanggan akan memesan minuman Coconut Shake Special setiap kali datang ke sini. Jarang ada pelanggan yang akan memesan minuman lain kerana tarikan utama di sini adalah minuman Coconut Shake Special dengan rasa asli yang enak.

Secara keseluruhan soal selidik 100% pelanggan berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pekerja-pekerja di kedai ini. Selain itu, para pelanggan juga amat berpuas hati dengan minuman coconut shake yang ditawarkan di kedai ini.

5.0 Kesimpulan

Kajian lapangan ini menyentuh tentang pengukuhan keusahawan di Malaysia dan faktor-faktor yang menyebabkan kejayaan perniagaan. Antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan bisnes coconut shake ialah kesediaan untuk mencuba walaupun beberapa kali mengalami kegagalan, sokongan daripada saudara mara dan pemilihan lokasi bisnes yang strategik. Selain daripada itu, penyelidikan ke atas cita rasa pelanggan turut memainkan peranan dalam memajukan bisnes,

Rujukan

Komuniti Desa, Melaka Bandaraya Bersejarah. (2011, Jun). Kampung Klebang Besar. http://telecentre.my/kampungklebangbesar/index.php/ms/keusahawanan.html

Konsep Keusahawanan (2009, April). http://usahawanbistari.blogspot.com/2009/04/konsep-keusahawan.html

Reena (2012, March) . Klebang Coconut Shake. http://www.reenaonline.com/2012/03/klebang-coconut-shake.html


Zahir Zainudin, Muhammad Hafizuddin Mohd Gazali, Faiz Adzhar Abdul Halim, Muhammad Naqiuddin Samarul Fuad, Syahidatul Syakilla Abdul Rahman, Rozana Zainuddin
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads