Kalau diperhatikan banyak masjid-masjid lama di Rembau dan  Melaka mempunyai senibina bercirikan budaya dari negara China. Misi Laksamana  Cheng Ho ke Tanah Melayu dan Tanah Jawa telah banyak mengIslamkan penduduk di  sini termasuk Parameswara sendiri
      Penemuan batu bersurat di Phang-rang, Vietnam memberi  petunjuk bahawa Islam turut disebarkan   dari jurusan selatan Negara China. Besar kemungkinan juga batu bersurat  yang ditemui di Terengganu pada 702 H ada kaitannya dengan arus kedatangan  Islam dari China.
      Cheng Ho dilahirkan pada tahun 1371 di Distrik Kunyang,  Provinsi Yunnan, sebuah wilayah Tiongkok yang sejak lama sudah dihuni  masyarakat China pemeluk agama Islam. Cheng Ho berasal dari bangsa Hui, salah  satu bangsa minoriti Tionghoa.
      Menurut buku "Ahlul Bait Rasulullah SAW &  Kesultanan Melayu", Laksamana Cheng Ho (Haji Mahmud Shams 1371–1433)  adalah dari keturunan Rasulullah dari Yi-Bu-Lai-Xi-Mo (Ali Zainal Abidin) bin  Hou Sai-Ni (Sayidina Hussain) bin Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW.
      Diceritakan Parameswara hanyalah dianggap sebagai ketua suku  bagi sebuah perkampungan kecil sehinggalah beliau diakui oleh Maharaja China,  Yung Lo sebagai Raja Melaka. Cheng Ho telah memerdekakan Melaka daripada Siam.  Cheng Ho telah meninggalkan sebuah batu bersurat mengenai pengisytiharan ini  namun ianya telah dimusnahkan pada 1512M ketika jatuh ketangan Portugis.
      Warna kuning yang menjadi warna kebesaran sultan adalah  anugerah kerajaan China yang bermula dengan pelbagai hadiah kebesaran yang  dipersembah oleh Cheng Ho seperti payung berwarna kuning.
      Ukiran masjid-masjid telah dibantu oleh petukang dari China  yang pulang bersama-sama Parameswara yang berangkat dengan 450 orang pengiring  setelah menerima jemputan Maharaja Yung Lo selepas Parameswara memeluk agama  Islam.
      Di Jawa Timur ada dua masjid yang menggunakan nama Masjid  Muhammad Cheng Ho di Surabaya dan satunya lagi di Pandaan, Kabupaten Pasuruan.
        Papan di Jawa saya dirikan
    Kalau sungguh bagai di kata
    Badan dan nyawa saya berikan
      Pantun ini memberi gambaran bagaimana orang Cina yang  menetap di tanah Jawa datang membantu mempertahankan Melaka ketika Portugis  menyerang Melaka.
      Pemerintah China dari Dinasti Ming telah mengadakan hubungan  dagang yang akrab dengan Melaka sebelum kedatangan Portugis. Dinasti Ming  begitu marah apabila Portugis menyerang Melaka. Sebagai tindakbalas, apabila  wakil tentera Portugis tiba di tanah besar China, mereka telah diserang,  dibunuh atau dipenjara.
      Pedagang dari China telah memboikot urusan dagang dengan  Portugis di pelabuhan Melaka. Orang-orang Cina di Melaka telah berpindah untuk  berdagang melalui Sg Linggi dan di pelabuhan Lubok China, Rembau.
      Itulah sebabnya nama tempat ini diberi nama Lubok China.  Anak Bendahara Tun Perak iaitu Tun Zainal Abidin telah dilantik menjadi Dato  Lubok China.
      Oleh kerana itu Dato Syahbandar telah dilantik merupakan  Orang Besar Undang di Rembau dari suku Biduanda Sedia Raja (Waris Nan Dua  Carak) untuk menjaga perihal pengurusan pelabuhan dan percukaian di Lubuk  China.
                 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan