04 di merlimau - Google Blog Search |
20 rumah rosak dipukul ribut <b>di Merlimau</b> - Utusan Online Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT Mariah Senin bersama anaknya dan Abdul Samad Abdul Rahman (tengah) dan Abdul Abu Abdul Rahman menunjukkan bumbung rumah mereka yang diterbangkan angin di Kampung Ayer Merbau, Merlimau, Melaka, semalam. - UTUSAN/NURSURAYA ZULKIFLI JASIN 16 April - Kira-kira 20 buah rumah penduduk di Ayer Merbau, Merlimau, dekat sini rosak akibat dipukul ribut lewat petang semalam. Bagaimanapun, tiada penduduk yang cedera dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu. Seorang mangsa, Mariah Senin, 70, berkata, sewaktu kejadian, dia sedang menikmati minuman petang di bahagian belakang dapur rumah bersama salah seorang anaknya. Menurutnya, dia dikejutkan dengan bunyi dentuman yang sangat kuat dari atas bumbung rumah mereka dan menyangka sebatang pokok jering berdekatan tumbang kerana ketika itu hujan lebat dan angin kencang. Saya terkejut apabila melihat sebahagian besar bumbung rumah diterbangkan angin sehingga ada yang tercampak di halaman rumah jiran. Pada mulanya saya ingin masuk ke dalam rumah untuk melihat apa yang berlaku, namun ditegah oleh anak kerana bimbang keselamatan saya. Kemudian kami bergegas ke tempat yang lebih selamat kerana melihat bumbung beberapa rumah jiran lain turut diterbangkan angin," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Mariah berkata, kejadian itu adalah yang pertama kali dialaminya sejak 40 tahun menetap di situ. Katanya, buat masa ini dia dan dua anaknya, Abdul Abu Abdul Rahman, 47, Abdul Samad Abdul Rahman, 41, dan seorang menantu menumpang di rumah jiran berhampiran kerana keadaan rumahnya masih belum selamat untuk didiami. Seorang lagi mangsa, Norizan Samad, 38, sewaktu kejadian, dia sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama empat orang anaknya yang berusia lingkungan empat tahun hingga 12 tahun. Tiba-tiba saya terdengar bunyi objek jatuh di atas siling rumah selain mendapati kipas rumah telah dibasahi hujan. Terkejut dengan keadaan itu saya kemudiannya menyuruh anak-anak keluar menyelamatkan diri," katanya yang tinggal di rumah berkenaan sejak 10 tahun lalu. Tambahnya, dia hanya mengetahui atap rumah tercabut diterbangkan angin kencang selepas keluar ke halaman rumahnya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ayer Merbau, Zakaria Hamid berkata, setakat ini tiada penduduk dipindahkan akibat kejadian itu. Kita telah pergi kesemua rumah yang mengalami kerosakan untuk memberikan bantuan dan menasihatkan mereka yang terlibat membuat laporan polis bagi memudahkan urusan pengagihan tabung bencana alam oleh Pejabat Daerah Jasin," katanya. |
You are subscribed to email updates from di merlimau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan