ads

Khamis, 29 Mei 2014

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di tanjung tuan - Google Blog Search


Logam Bernilai RM20 Juta Dari Bangkai Kapal <b>Di Tanjung Tuan</b>

Posted: 24 May 2014 12:49 AM PDT

shadow

Bilah-bilah bilet yang diambil dari bangkai kapal MV Vikraman:-

PETALING JAYA: Firma yang terlibat dengan kapal yang mengangkut bangkai kapal di perairan Pulau Pinang turut mengambil logam dan besi bernilai RM20 juta daripada bangkai kapal lain di Negeri Sembilan.

Siasatan The Star terhadap aktiviti menyalahi undang-undang itu menunjukkan bahawa syarikat itu telah mengambil sisa-sisa logam dan bilet dari bangkai kapal berhampiran Cape Rachado, di perairan Tanjung Tuan, Negeri Sembilan, dua tahun yang lalu.

Selain menarik keluar besi buruk dari bangkai kapal di Selat Melaka dan Laut China Selatan, syarikat yang berpangkalan di Subang Jaya ini juga terlibat mengambil bilet, produk logam, khazanah dan artifak dari bangkai kapal lama yang telah tenggelam di tanjung itu.

Indergith Singh, pembantu peribadi kepada Tunku Datuk Kamil Ikram yang telah diberi hak untuk menyelamatkan kapal MV Vikraman yang tenggelam di tanjung itu pada September 1997 dan mendapatkan kembali bilet dari kapal itu berkata, firma itu merampas aset mereka ketika mereka memohon untuk mendapatkan kuasa sebagai wakil dari PE Global, syarikat insurans kapal bagi mendapatkan kembali barang-barang di atas kapal.

MV Vikraman sedang membawa bilet dan produk logam bernilai RM40 juta apabila kapal itu terbelah dua selepas berlanggar dengan kapal lain.

Dalam kejadian itu, 29 anak kapal terkorban.

Indergith berkata mereka akhirnya menerima surat kuasa daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 April.

"Walau bagaimanapun, bilet dari kemalangan kapal itu telah dibawa keluar secara haram sejak Julai tahun lalu oleh syarikat itu."

Beliau berkata mereka telah membuat dua laporan polis ke atas aktiviti haram yang dijalankan oleh syarikat penyelamatan itu. Polis mengesahkan laporan telah diserahkan.

Indergith berkata syarikat itu telah menjual barang rampasan bernilai RM20 juta kepada kilang peleburan di Klang.

Ahli sejarah, Yatim De Valda berkata dia telah bekerja dengan syarikat yang berpangkalan di Subang Jaya itu untuk mengenal pasti 37 bangkai kapal di luar pantai yang sama pada tahun 2012 tetapi memutuskan untuk meninggalkannya setelah mendapati syarikat itu tidak mempunyai dokumen-dokumen yang betul.

Katanya, dia meninggalkan syarikat itu apabila ia mengeluarkan besi buruk dari kapal komersial British SS Straits Steamer yang tenggelam pada tahun 1941.

Kapal perdagangan itu telah membawa keluarga British yang melarikan diri ke Singapura apabila perang meletus ketika tentera Jepun menyerang Tanah Melayu.

Bilangan mangsa di atas kapal itu tidak diketahui tetapi Yatim, yang telah menyelam di bangkai kapal itu mendapati terdapat botol-botol lama dan pakaian kanak-kanak dan bayi pada bangkai kapal.

Yatim, yang merupakan seorang bekas juruterbang syarikat penerbangan berkata terdapat 37 kawasan bangkai kapal arkeologi terletak di Cape Rachardo, ada yang bertarikh seawal abad ke-16 dan lebih dari 20 buah kapal perdagangan dan kapal-kapal perang yang karam semasa Perang Dunia II dan baru-baru ini.

Pegawai-pegawai dari firma yang berpangkalan di Subang Jaya itu enggan mengulas apabila dihubungi The Star.

Difahamkan Jabatan Laut telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan tekong dan sembilan warga China yang telah mengendalikan kapal Hai Wei Gong 889 yang telah digunakan untuk 'menyelamatkan' sekurang-kurangnya lima bangkai kapal, termasuk dua kapal perang Jepun, di perairan Pulau Pinang.

Pada Jumaat, The Star melaporkan bahawa Hai Wei Gong 889 telah ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Laut Wilayah Utara.

Kapal itu ditahan semasa menjalankan kerja-kerja di Pulau Kendi pada petang Selasa.

Kapal berdaftar Kemboja buatan China itu kini kini ditahan di Lumut.

-mStar

Comments

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved