Ahad, 25 Mei 2014

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


<b>Melaka</b> Ingatkan Atlet Jaga Nama <b>Negeri Di</b> Sukma | MYNEWSHUB

Posted: 11 May 2014 07:32 PM PDT

MELAKA – Atlet Melaka diingatkan agar menjaga nama baik negeri sepanjang temasya Sukan Malaysia (Sukma) Perlis 2014 yang dijadualkan dari 24 Mei hingga 4 Jun ini.

Ketua Kontinjen Datuk Ab Rahaman Ab Karim turut memberi amaran tindakan tegas terhadap atlet negeri itu yang didapati melanggar peraturan seperti terbabit dadah, minuman keras dan berjudi sepanjang temasya.

"Sepanjang 16 edisi Sukma yang kita sertai tiada atlet negeri ini yang langgar peraturan jadi saya ingatkan jangan ada yang cuba nak jadi yang pertama," katanya kepada Bernama di sini.

Melaka akan menghantar 239 atlet bagi menyertai 21 daripada 23 acara yang dipertandingkan dengan sasaran 25 emas.

Katanya keputusan Melaka untuk bertanding hanya dalam 21 acara adalah berdasarkan keupayaan atletnya pada masa ini.

"Kita mahu hantar atlet yang mampu bersaing, kita tidak mahu hantar atlet semata-mata hanya untuk mencukupkan kuota atau tiket sertai sahaja," katanya. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads