Ahad, 15 Mei 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Stailo

Posted: 15 May 2011 11:40 AM PDT

Kosmo Online - Stailo


Kisah wanita tercantik dunia

Posted:

Kisah wanita tercantik dunia

Kisah wanita tercantik dunia

Susunan IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my



NAMPAKNYA Jennifer Lynn Lopez atau popular dengan gelaran J.Lo bagai mengiyakan kata-kata bahawa umur itu sekadar angka. Biarpun bakal menginjak usia 42 tahun pada 24 Julai ini tetapi anak kelahiran The Bronx, New York, Amerika Syarikat (AS) itu masih tampil muda, langsing dan jelita.

Jadi tidak mustahil J.Lo yang sedang hangat dengan single terbarunya, On The Floor hasil duet bersama penyanyi Pitbull, dinobatkan sebagai Wanita Tercantik Dunia. Bahkan dia mengalahkan pesaing yang lebih muda daripadanya seperti Beyonce Knowles, 30, Reese Witherspoon, 35, Jessica Alba, 30 dan Angelina Jolie, 36.

Pengiktirafan itu adalah anjuran majalah People iaitu majalah mingguan di AS yang memaparkan rencah kehidupan selebriti Hollywood. Majalah terbitan Time Inc. itu mencatatkan jumlah edaran hampir mencecah empat juta di seluruh dunia.

Tahun 2011 menjadi tahun paling manis buat J.Lo apabila berpeluang mengecapi anugerah seumpama itu. Empat tahun lalu namanya sekadar memenuhi ranking 50 Wanita Tercantik Di Dunia anjuran majalah yang sama.

Pelantun lagu If You Had My Love itu bercerita: "Teruja dan sama sekali tidak menyangka meraih anugerah seperti ini, pada usia saya yang bukan lagi 25 tahun!

"Secara jujurnya, bukan mudah untuk mengekalkan penampilan yang sama seperti dua dekad lalu. Saya terpaksa bekerja keras bagi memastikan bentuk badan dan kulit wajah kekal menawan apatah lagi bergelar selebriti. Rasanya tidak wajar saya tampil di atas pentas atau muncul di kaca televisyen dengan imej yang selekeh."

Bicara anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu, tidak kira sama ada anda selebriti, orang kenamaan mahupun orang kebanyakan, selagi bergelar wanita adalah amat penting menjaga penampilan dan kecantikan diri. Dia menyifatkan kunci utama kecantikan itu lahir dari hati selain penggunaan produk penjagaan wajah.

Hidup bahagia


KEMPEN iklan pakaian jenama Gucci yang memilih Jennifer Lopez bersama si kembarnya, Emme (kanan) dan David.


"Saya bersyukur kerana mengecapi kehidupan yang amat membahagiakan di samping insan tersayang, sahabat dan perjalanan karier seni yang sentiasa mendapat sokongan padu daripada para peminat," tutur isteri kepada penyanyi Marc Anthony yang cukup menitikberatkan rejim penjagaan wajah yang sistematik.

Menyentuh rahsia kulit wajahnya yang mulus dan berseri, J.Lo, yang juga juri program realiti American Idol musim ke-10 memberitahu, dia tidak mengamalkan sebarang petua kecantikan yang luar biasa.

Pada masa yang sama, dia turut menolak kata-kata sinis segelintir individu yang mendakwa kecantikannya itu kerana dia ditaja pusat kecantikan wajah atau spa.

"Dakwaan itu tidak berasas. Saya sanggup membelanjakan sejumlah wang bagi semua rawatan kecantikan. Namun saya bukanlah individu yang bergantung pada khidmat rawatan kecantikan sahaja. Sebaliknya, setiap hari saya mengamalkan rutin membersih wajah sebelum tidur dan mengaplikasi krim pelembap pada waktu siang dan malam.

"Krim pelembap bertindak merawat dan melembapkan kulit wajah bermula daripada lapisan paling bawah. Krim Cocoa Butter jenama Body Shop antara krim pelembap kesukaan saya," kata J.Lo yang sentiasa membawa krim pelembap di dalam beg tangan terutamanya jika dia ke luar negara.

Dari aspek solekan, J.Lo yang sejak kecil sudah terdedah pada genre muzik pop, salsa, merengue dan bachata, menggemari solekan yang menggunakan warna kuning keemasan, hitam dan coklat.

Dalam kebanyakan acara hiburan atau sesi fotografi, selain pembayang mata, sepasang matanya kelihatan galak dengan penggaris mata nuansa hitam. Bibirnya pula dioles gincu bibir rona merah jambu atau coklat lembut.

Menurut jurusolek selebriti, Scott Barnes, J.Lo memiliki kening yang cantik kerana dia mempraktikkan beberapa teknik solekan yang jarang dilakukan oleh selebriti lain.

Rahsianya, sebelum mewarnakan kening dengan celak warna coklat, J.Lo akan menyapu sedikit wax rambut yang dicampur bersama pembayang mata. Kemudian kening tersebut disempurnakan dengan sapuan nipis maskara hitam.

"Saya hanya bersolek sebelum keluar bekerja atau bersantai bersama keluarga dan teman. Jika di rumah, saya seorang ibu dan isteri yang serba ringkas dan bebas daripada sebarang solekan. Kesibukan menguruskan rumah tangga dan melayan kerenah si kembar kadangkala membuatkan saya lupa pada hal-hal kecantikan (ketawa)," cerita J.Lo yang memiliki berat badan seberat 56 kilogram dan berketinggian 170 sentimeter.

Rejim penjagaan badan


ROBERTO CAVALLI (kiri) antara pereka fesyen yang bertanggungjawab mereka busana buat J.Lo.


Selain wajah, J.Lo yang berkecimpung dalam bidang seni seawal usia 25 tahun menerusi program televisyen komedi In Living Color turut dikagumi dan mendapat perhatian ramai kerana memiliki bentuk badan yang ideal.

Namun luah ibu kepada Emme Maribel Muniz dan Maximillian David Muniz, kedua-duanya tiga tahun, pengalaman mengalami pertambahan berat badan yang mendadak sewaktu mengandung meninggalkan kesan mendalam kepadanya.

"Selepas bersalin saya gerun untuk berdiri di depan cermin. Tidak sanggup melihat lemak-lemak berlebihan di lengan, punggung dan perut. Saya menjadi lebih kecewa apabila koleksi pakaian yang ada sebelum mengandung tidak muat dipakai.

"Jadi saya perlu cari jalan untuk menguruskan badan dengan bersenam, menari dan mengamalkan diet seimbang. Pada masa yang sama, saya kurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan sayur-sayuran serta protein.

"Disebabkan tidak mempunyai masa berkualiti ke gimnasium, maka saya mengupah seorang jurulatih peribadi di rumah dan menyertai latihan yoga," tutur J.Lo yang aktif melakukan latihan fizikal seperti berlari, menari dan bermain tenis.

Dalam pada itu, pereka fesyen terkenal yang merupakan sahabat karib kepada Jennifer Lopez, Roberto Cavalli memberitahu, J.Lo bukan saja obses pada aspek penjagaan wajah dan bentuk badan. Pada masa yang sama dia turut menyifatkan penyanyi wanita itu bijak berfesyen dalam apa jua acara dan tempat.

"J.Lo kerap meminta saya menghasilkan pakaian yang bersesuaian dengan bentuk badan, tema acara dan siri jelajah konsertnya. Mengenali J. Lo, pada pandangan saya dia seorang wanita yang sentiasa ingin tampil anggun apabila keluar dari rumah. Sebagai pereka fesyen saya amat mengaguminya kerana J.Lo antara selebriti yang bijak menyerlahkan busana pereka di depan khalayak.

"Pada masa yang sama dia juga menitikberatkan kombinasi aksesori, tas tangan dan sepatu mengikut busana pilihan," terang Cavalli mengenai J.Lo yang mempunyai rangkaian harumannya sendiri iaitu Glow.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersantai ke pantai cara Le Ann Maxima

Posted:

Bersantai ke pantai cara Le Ann Maxima

Bersantai ke pantai cara Le Ann Maxima


FABRIK dengan motif bunga yang ditampilkan dalam dres pendek (kiri), labuh (tengah) dan top.


MENYAMBUT kedatangan musim bunga/panas tahun ini pastinya sesuatu yang mengujakan penggemar fesyen. Apatah lagi dalam kalangan mereka yang mahu melengkapkan beg pakaian dengan koleksi busana yang menepati cita rasa percutian.

Warna biru, misalnya, membawakan elemen segar dalam setiap rekaan dan emosi si pemakai. Apatah lagi, pada musim ini Le Ann Maxima menawarkan pelbagai cetakan, warna-warna asas dan akuatik yang hampir dengan warna-warna semula jadi.

Musim bunga/panas begitu sinonim dengan air yang mempunyai efek pendingin yang mengimbangkan angin sepoi-sepoi musim bunga dan kehangatan musim panas.

Percutian ke pantai iklim tropika memberi ilham kepada jenama Le Ann Maxima untuk memenuhi keperluan itu dengan koleksi musim bunga/panas dengan rekaan-rekaan terkini.

Dres labuh dan pendek, denim, kemeja, blaus, aksesori sepadan dan jaket merupakan pertaruhan Le Ann Maxima untuk wanita-wanita yang mahukan percutian penuh bergaya.

Sempena pelancaran koleksi pakaian tersebut di butik Le Ann Maxima di Jaya One, Petaling Jaya baru-baru ini, Le Ann Maxima menampilkan tiga orang selebriti yang menjalani rutin hidup yang sibuk tetapi mahukan percutian penuh bermakna.

Mereka ialah Corianne Adrienne, Megan Tan dan Isma Hanum Husein. Wanita-wanita itu menunjukkan betapa pentingnya mengimbangkan antara kerjaya dan kehidupan serta sebab mereka memilih busana musim bunga/panas Le Ann Maxima.


WARNA biru merupakan elemen segar yang serasi dengan emosi si pemakai semasa percutian.


Pelakon Isma Hanum pada sidang media memberitahu, dia diperkenalkan dengan jenama itu ketika sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

"Selepas mencuba jenama ini, saya terus menggemarinya dan masih mengikuti perkembangannya dengan rekaan-rekaan terkini.

"Tema koleksi musim bunga/panas tahun ini iaitu underwater sesuai dengan mereka yang sukakan warna-warna lembut seperti biru," katanya.

Corianne yang baru dikurniakan cahaya mata pertama pula tercari-cari jenama dari Eropah yang lazimnya direka untuk wanita bertubuh tinggi lampai.

"Saya suka jenama Le Ann Maxima terutama dres labuh yang kelihatan feminin dan anggun," jelasnya.

Sementara itu, hos rancangan Quikie di TV8, Megan Tan pula tertarik dengan rekaan ringkas, selesa dan ringan daripada jenama Le Ann Maxima.

"Saya tertarik dengan koleksi Le Ann Maxima untuk musim bunga/panas tahun ini yang menampilkan warna biru yang juga warna kegemaran saya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mengekal kesihatan kuku

Posted:

Mengekal kesihatan kuku

Mengekal kesihatan kuku


MENYERIKAN kuku amat penting bagi mengelakkan kuku rapuh dan kusam.


RAMAI yang mengabaikan penjagaan kuku secara tidak sengaja kerana ia sebahagian kecil daripada tubuh badan kita. Pengabaian kuku sama ada dari sudut luaran atau dalaman dapat dilihat di permukaannya.

Dengan mewarnakan kuku, kekurangan kuku dapat disembunyikan tetapi jika dibiarkan berterusan, kerosakan pada permukaan kuku agak sukar dirawat atau kembali sihat dengan cepat.

Kuku yang rapuh berpunca daripada kekerapan bersabun. Berada di dalam ruang berhawa dingin dalam tempoh masa yang panjang juga boleh menjejaskan kesihatan kuku. Kuku boleh dilindungi dengan menyapukan losyen secara kerap.

Kuku perlu dibersihkan daripada bahan pewarna sebelum rawatan kuku dimulakan. Pastikan, pembersih itu mempunyai fungsi melembab. Kemudian rendamkan jari-jemari di dalam air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis selama lima minit untuk melembutkan kuku.

Selepas merendam, skrab jari-jemari untuk menghilangkan kotoran sebelum dibasuh semula dengan air suam.

Selepas dikeringkan, sapukan losyen pada kuku dan jari-jemari dan oleskan pelembut kutikel di tepi kuku. Selepas itu barulah kuku dan kutikel dirapikan serta permukaan kuku dikilatkan agar kelihatan berkilat.

Untuk memiliki kuku yang sihat, kepanjangan kuku perlu diambil kira. Kuku yang terlalu panjang akan memudahkan kotoran memasukinya manakala kuku yang terlalu pendek pula akan menyebabkan kecederaan.

Pilih pemotong kuku yang tajam untuk kemasan. Jangan rosakkan kuku dengan menggigitnya. Selain kuku mudah rosak, kotoran pada kuku juga akan masuk ke dalam mulut ketika makan.

Pewarna kuku

Amalan minum banyak air suam adalah salah satu tip untuk menyerikan kuku dari dalam. Ia dapat membantu melembabkan kuku, manakala untuk menguatkan kuku, makan makanan yang mengandungi kalsium seperti susu.

Memakai pewarna kuku membuatkan kuku kelihatan cantik, tetapi sekiranya pewarna kuku dipakai terlalu lama, warna asal kuku boleh berubah kekuningan. Bahkan, kuku yang berkilat menjadi kering.

Bagi mengelakkan perkara ini, pewarna kuku tidak boleh dipakai selalu. Kuku yang sihat adalah kuku yang bebas daripada sebarang pewarna kuku. Ketika menanggalkan pewarna kuku, gunakan kapas dan jangan menggosok kuku sebaliknya usapkan sahaja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 15 May 2011 09:25 AM PDT

Utusan Online - Johor


450 mesin judi dimusnah

Posted:

450 mesin judi dimusnah

450 mesin judi dimusnah

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


ROSLAN Zainuddin menunjukkan sebahagian daripada mesin judi sebelum dimusnahkan di Balai Polis Pasir Gudang, Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 14 Mei – Sebanyak 450 buah mesin judi bernilai hampir RM1 juta yang dirampas di premis-premis sekitar Seri Alam sejak empat bulan lalu dimusnahkan di Balai Polis Pasir Gudang, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, dalam tempoh itu, pihaknya telah menjalankan 109 serbuan dan membuka 81 kertas siasatan termasuk dua dibawa ke mahkamah.

"Sebanyak 27 premis perjudian telah diambil tindakan termasuk pemotongan bekalan elektrik," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, pihaknya akan bertindak agresif selepas ini untuk menangani kegiatan judi di premis-premis sekitar Seri Alam bagi membanteras aktiviti tersebut.

Sementara itu, beliau berkata, kadar jenayah bagi tempoh sama menurun sebanyak 136 kes iaitu 1,059 kes berbanding 1,195 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Jelasnya, penurunan sebanyak 11.4 peratus itu disumbangkan oleh jenayah harta benda dengan mencatatkan 841 kes berbanding 977 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menahan enam lelaki kerana terlibat dalam kes samun kedai runcit di Taman Desa Harmoni, di Seri Alam, Khamis lalu.

Menurutnya, kesemua yang ditangkap itu berumur antara 20 hingga 35 tahun dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMNO Pasir Gudang komited tambah pengundi berdaftar

Posted:

UMNO Pasir Gudang komited tambah pengundi berdaftar

UMNO Pasir Gudang komited tambah pengundi berdaftar

JOHOR BAHRU 14 Mei - UMNO Bahagian Pasir Gudang komited untuk menarik lebih ramai pengundi berdaftar di kawasan berkenaan menyertai parti sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sehingga Disember lalu kawasan Parlimen Pasir Gudang mempunyai seramai 85,378 pengundi iaitu meningkat 7.7 peratus berbanding 78,811 pengundi sebelum ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, pengundi berdaftar Melayu sebanyak 46 peratus atau 39,293 orang.

"Usaha untuk menambah pengundi berdaftar sentiasa kita lakukan tetapi ia masih tidak mencukupi," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang di Dewan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Bandar Seri Alam dekat sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, kekuatan UMNO Bahagian Pasir Gudang kini terletak pada 100 cawangannya yang bertambah lima lagi cawangan berbanding tahun lalu, manakala tiga lagi cawangan masih dalam pertimbangan.

Katanya, UMNO Bahagian Pasir Gudang akan terus mendekati masyarakat melalui kegiatan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kebajikan, agama dan kesihatan.

Selain itu, beliau turut menggesa jentera UMNO bahagian tersebut supaya mesra teknologi maklumat dan komunikasi seperti komputer, laman sosial Facebook, Twitter, blog dan laman web bagi menarik lebih ramai pengundi terutama generasi muda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 15 May 2011 09:22 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Rawatan selepas bersalin

Posted:

Rawatan selepas bersalin

Rawatan selepas bersalin

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto DJOHAN SHAHRIN SHAH
Terima kasih Tini Spa(www.facebook.com/tinispa)


Lulur membuang daki dan memulihkan kulit.


AMALAN berpantang selepas bersalin bukan sahaja menitik beratkan soal pemakanan ibu semata-mata tetapi juga merangkumi penjagaan tubuh badannya secara luaran dan dalaman.

Selain menjaga makan dan minum, proses mengembalikan kesegaran tubuh juga amat penting kerana seorang ibu perlu sentiasa sihat semasa menjaga bayi mereka dan bekerja semula selepas berpantang.

Namun kini, ramai yang menganggap amalan berpantang tidak lagi penting dan dianggap remeh.

Malah ada yang menganggap amalan berpantang hanyalah sesuatu yang merugikan.

Bagi wanita yang baru lepas bersalin, antara perkara yang ditekankan ialah urutan bagi menaikkan rahim atau di kalangan orang Melayu sebut sebagai sengkak rahim. Urutan ini dilakukan bagi menaikkan semula rahim yang kendur atau terjatuh semasa proses melahirkan anak.

Rawatan tradisional seperti sengkak rahim membantu mengecutkan otot-otot rahim dan menolak rahim masuk semula.

Ini dibantu dengan pemakanan yang betul seperti mengelakkan pengambilan makanan sejuk yang boleh menyebabkan urat kembang atau masuk angin.

Bertungku

Selain itu, amalan bertungku sering dipraktikkan semasa dalam pantang.

Ini kerana bertungku jika diamalkan selalu boleh membantu mengempiskan perut, menghilangkan garis kesan pembedahan untuk mereka yang baru bersalin dan memulihkan rahim yang jatuh atau 'simpan batu merian'.

Proses bertungku itu dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar perut, pangkal paha, berhampiran ari-ari, kaki, telapak kaki dan tumit.

Ia dilakukan selama satu jam dari bahagian hadapan hingga ke belakang. Jika dilakukan semasa berpantang, darah nifas akan mengalir dengan lancar selepas bertungku.

Justeru bertungku adakala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan.

Pada zaman moden ini, rawatan selepas bersalin ini bukan sahaja boleh dilakukan sendiri atau bidan di rumah, sebaliknya pusat kecantikan turut menyediakan rawatan tradisional untuk ibu bersalin seperti sauna, urutan dan tunku herba.

Di Tini Spa misalnya, menawarkan pakej rawatan bersalin di kedua-dua buah cawangan yang terletak di Ampang dan Shah Alam, Selangor.

Tidak hanya tertumpu untuk mendapatkan tubuh badan langsing, rawatan selepas bersalin ini sebenarnya penting untuk kesihatan luar dalam dalam seorang ibu.

Selain amalan tersebut, si ibu juga turut diberikan jamu dengan ramuan-ramuan tersendiri bagi menguatkan lagi kesihatan dalaman seseorang wanita.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jelitawan hitam manis

Posted:

Jelitawan hitam manis

Jelitawan hitam manis

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my



TANPA diduga, gadis yang memiliki raut wajah manja dan cantik ini rupanya begitu petah berbahasa Melayu dan Inggeris ketika membincangkan masa depan dan kerjayanya, membuatkan dia kelihatan lebih matang daripada usianya.

Dengan gaya ringkas dan bersahaja, Anna Syuhada Rifin, 24 kelihatan memiliki kecantikan semula jadi tanpa calitan solekan.

Menjadikan model sebagai kerjayanya, hari ini selepas empat tahun bergiat secara sepenuh masa dalam dunia modeling, Anna boleh berpuas hati dengan pencapaiannya.

Masakan tidak, selain menjadi model tetap Andrew Models, Anna kini membuktikan pencapaiannya apabila dinobat sebagai pemenang Andrews Models Most Promising Catwalk ketika Pencarian Model Estee Lauder 2010.

Siapa menyangka, pembabitan secara suka-suka akhirnya membuatkan wanita hitam manis ini jatuh cinta kepada bidang model. Malah tahun ini menjadi tahun paling sibuk bagi dirinya.

"Alhamdulillah... rezeki saya di sini. Tak sangka, sekadar hobi kini bidang ini menjadi bidang yang saya cintai. Perjalanan saya juga lancar dalam dunia model ," kata 'kaki internet' ini.

Menetapkan tekad menjadikan bidang ini sebagai kerjaya, Anna turut menyimpan cita-cita berjaya di peringkat antarabangsa.

"Saya ini kuat melancong. Macam-macam tempat nak pergi. Syukur, sejak bergelar model, saya sudah ke beberapa tempat menarik termasuk Singapura, Korea dan Indonesia.," ujarnya yang memiliki ketinggian 175 sentimeter.

Menyedari sepak terajang sebagai model, Anna bertuah kerana banyak mendapat bimbingan daripada agensi model Andrew malah dia juga lebih senang mengamalkan sikap terbuka menerima teguran dan nasihat.

Malah tegas Anna, fokus utamanya kini adalah untuk membina karier sekali gus menaikkan standard modeling tempatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 15 May 2011 03:56 AM PDT

Utusan Online - Kesihatan


Diet tapi tak kurus

Posted:

Diet tapi tak kurus

Diet tapi tak kurus

Pertemuan dengan Datin Y membuka mata saya bahawa ramai di kalangan kaum wanita mencuba pelbagai cara dan usaha untuk kurus namun seringkali menemui jalan buntu.

Datin Y adalah satu contoh insan yang tabah melalui pelbagai rawatan dan pengubatan dengan harapan untuk kurus.

Dia menunjukkan parut di perut hasil dari pembedahan dan prosedur sedut lemak yang lalu. Ada juga kesan parut lebar semasa pembedahan gastric by pass. Meskipun pembedahan itu berisiko tinggi beliau sanggup melaluinya.

"Kenapa tubuh saya masih gemuk meskipun pelbagai usaha dan cara telah saya buat?" keluhnya. Semasa Datin Y berusia 20-an beliau merupakan seorang wanita yang ayu dengan berat badan ideal. Selepas dikurniakan anak ketiga beliau mula sukar menurunkan berat badan. Pada mulanya Datin Y menganggap ia disebabkan oleh sikapnya yang gemar makan. Dia pun mula melakukan senaman dan mengurangkan makan. Meskipun mengamalkan diet yang ketat namun dia tidak berjaya untuk kurus.

Apabila kita makan, makanan akan diagihkan ke seluruh tubuh melalui empat cara.

1) Hati

Hati berfungsi sebagai organ yang menguraikan bahan toksik. Ini bermakna hampir kesemua bahan toksik dibawa ke hati dan hati akan menguraikannya sebelum ia boleh disingkir keluar dari tubuh kita. Selain itu hati juga berperanan mensintesiskan asid amino iaitu bahan protein yang mampu membantu baik pulih tubuh kita. Kulit, rambut, membrane dan sel-sel tubuh sentiasa berganti baru dan proses ini mampu dilakukan dengan adanya hati yang membekalkan asid amino yang mustahak. Apabia enzim dan hormon rosak maka lemak tidak dapat terurai dan sebaliknya melekat pada hati. Ini menjadikan masalah fatty liver atau hati berlemak. Fatty liver mencetuskan kerosakan hati. Sel-sel lemak berkumpul menyaluti organ. Ini membuatkan perut tampak besar dan sukar untuk kempis.

2) Otak

Otak menggunakan secara terus zat makanan yang diperlukan. Yang terpenting adalah glukosa. Keseimbangan paras glukosa dijaga oleh keseimbangan hormon dalam darah kita. Apabila kelenjar hormon bermasalah maka ketidakseimbangan paras gula membuatkan seseorang berasa berdebar debar dan mudah letih.

Apabila otak tidak mendapat cukup tenaga maka seseorang juga menjadi murung dan mudah berasa bosan.

3) Otot

Otot kita menggunakan banyak tenaga. Metabolisme pada otot boleh jadi berlaku secara erobik di mana otot menggunakan oksigen bagi menguraikan gula kepada tenaga dan boleh jadi juga secara unerobik di mana pemecahan glycogen tidak menggunakan oksigen. Hasil akhirnya ialah sejenis asid laktik yang membuatkan otot berasa sakit dan lenguh.

4)Adipose tisu

Adipose tisu ialah nama lain bagi tisu lemak dalam tubuh kita. Tisu lemak merupakan simpanan tenaga dalam tubuh. Apabia seseorang berada dalam keadaan berpuasa lemak ini akan diuraikan kepada tenaga. Bahan yang penting semasa penguraian ini ialah enzim dan hormon pemecah lemak. Di antara hormon dan enzim yang penting ialah insulin glucagon thyroid lipase dan banyak lagi jenis amylase yang bekerja bersama sama.

Kesan daripada hormon yang rosak amat perlahan. Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan sahaja lalu mereka beranggapan masalah itu adalah disebabkan penuaan. Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan. Apabila kerosakan hormon menjadi serious maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka.

Kerosakan metabolik turut menjejaskan rupa paras dan kulit mereka. Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis. Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stress.

Di Marissa Esthetik kami menggunakan pendekatan memberi kefahaman terhadap metabolism sebelum memulakan program penurunan berat badan. Hormon cortisol yang terlalu tinggi cenderung bukan sahaja mengumpul lemak, ia juga membuatkan kulit bengkak dan timbul tanda pigmentasi kehitaman pada kuit.

Ramai orang berkata obesiti disebabkan pemakanan yang salah dan mengambil kalori berlebihan. Namun mengapa setelah berdiet dan makan secara sedikit mereka tetap tidak kurus? Kalau sebab obesiti ialah kalori berlebihan kenapa kita sukar kurus meskipun makan sedikit.

Menganggap obesiti sebagai suatu penyakit yang mengancam kesihatan membolehkan kita berganding bahu di dalam masyarakat bagi merawat dan membendung kejadian ini. Rawatan obesiti bukan sahaja memerlukan pengurangan kalori. Sebaliknya kerosakan hormon metabolik perlu dirawat dan kebolehan tubuh menggunakan lemak sebagai tenaga perlu distimulasikan. Ini dinamakan rawatan secara customized iaitu memenuhi keperluan tubuh seseorang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Vitamin E tokotrienol untuk jantung

Posted:

Vitamin E tokotrienol untuk jantung

Vitamin E tokotrienol untuk jantung

Soalan: Saya mempunyai tekanan darah tinggi dan kolesterol. Selain mengambil ubat, saya disyorkan mengambil vitamin setiap hari untuk manfaat tambahan. Sebelum ini saya tahu vitamin E baik untuk kulit. Adakah Vitamin E mempunyai kelas yang berbeza?

Jawapan: Vitamin E merupakan salah satu vitamin yang penting untuk kesihatan. Vitamin E bukanlah nutrien tunggal, tetapi merujuk kepada keseluruhan keluarga yang mengandungi lapan kompaun yang larut lemak. Vitamin E terbahagi kepada 2 sub-kumpulan, iaitu tokoferol dan tokotrienol. Setiap satu daripadanya mengandungi 4 ahli, iaitu Alfa, Beta, Gama dan Delta.

Melalui makanan Vitamin E boleh diperolehi daripada minyak sayuran, bijian, kekacang, sayuran berdaun hijau, dan sesetengah makanan berasaskan bijirin yang diperkuat atau ditambah dalam formulasinya. Berbeza dengan vitamin E tokoferol yang lebih mudah diperolehi daripada pengambilan makanan harian, vitamin E tokotrienol lebih sukar kerana ia hanya hadir dalam kuantiti yang lebih kecil dalam makanan tertentu sahaja.

Cadangan pengambilannya sebagai suplemen tambahan kepada masalah kesihatan terutamanya jantung ada asasnya. Kajian di Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Kanada, malah di Malaysia sendiri menunjukkan pengambilan vitamin E tokotrienol secara konsisten bermanfaat untuk beberapa masalah kesihatan.

Kajian yang dibuat sama ada ke atas manusia mahupun haiwan memperlihatkan vitamin tokotrienol memberi manfaat kepada penyakit kardiovaskular dengan mencegah pengoksidaan kolesterol berbahaya, iaitu kolesterol LDL yang menjadi punca utama penyumbatan arteri.

Penyelidikan yang dibuat di Kenneth L. Jordan Heart and Research Foundation centre, Amerika Syarikat mengesahkan pengambilan Tokotrienol harian sebanyak 240 miligram menunjukkan ia berkeupayaan membaikpulih penyumbatan arteri. Selain itu, vitamin E tokotrienol juga mempunyai kemampuan untuk merendahkan paras kolesterol dengan merencatkan atau pengawalan aktiviti enzim HMG CoA reduktase yang menyamai kesan tindakan ubat anti hiperlipidemia.

Manfaat hebat yang tentunya sangat dihargai adalah kesan positifnya ke atas kanser payudara. Hasil penyelidikan menunjukkan vitamin tokotrienol berkebolehan merencatkan sel-sel tumor kanser payudara. Sebaliknya, tokoferol tidak memperlihatkan kesan yang signifikan. Berbanding tokoferol, tokotrienol didapati memberi kesan sinergistik dengan ubat anti estrogen yang digunakan dalam pengurusan kanser payu dara.

Pada tahun 2007, kajian telah dibuat di mana paras tokoferol dan tokotrienol diukur dalam sel-sel payu dara di kalangan rakyat Malaysia yang diet mereka mengandungi minyak kelapa sawit. Hasilnya mendapati paras tokoferol adalah sama dalam kedua-dua sel payu dara yang bersifat benigna (tumor yang tidak berbahaya) dan juga malignan (tumor berbahaya). Walau bagaimanapun, konsentrasi tokotrienol adalah lebih tinggi dalam tisu-tisu lemak di kalangan wanita yang menga-lami benigna. Ini menyokong kenyataan bahawa tokotrienol memberi manfaat perlindungan daripada kanser payu dara.

Secara perbandingannya, vitamin E tokotrienol terbukti 40 hingga 60 kali lebih poten sebagai anti oksida berbanding tokoferol. Aktiviti anti oksida vitamin E adalah meluas. Ia memberi kesan perlindungan yang terlibat dalam mencegah pengoksidaan lipid dalam tisu-tisu dan sel. Aktiviti khusus pula termasuklah meneutralkan radikal bebas dan memperbaiki kerosakan sel, terutamanya membran-membran sel. Vitamin E seringkali dicadangkan untuk pelbagai masalah degeneratif seperti penyakit kardiovaskular, kanser dan katarak.Ia juga penting untuk kesihatan kulit dan rambut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 14 May 2011 11:29 PM PDT

Utusan Online - Pendidikan


Kumpulan Utusan hargai jasa guru

Posted:

Kumpulan Utusan hargai jasa guru

Kumpulan Utusan hargai jasa guru

KUCHING 14 Mei - Festival Hari Guru 2011 merupakan hadiah Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad kepada warga pendidik yang telah banyak menabur jasa mendidik anak bangsa di samping membentuk mereka menjadi insan cemerlang.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin berkata, penganjuran itu diharap dapat memberikan nilai tambah kepada Sambutan Hari Guru yang disambut pada setiap tahun.

"Sebagai syarikat media terunggul, Kumpulan Utusan sangat berbesar hati kerana berpeluang menganjur acara seumpama ini yang merupakan antara khidmat sosial kami kepada masyarakat untuk menghasilkan modal insan cemerlang khususnya buat rakyat negeri ini.

"Ia tidak sahaja membantu meningkatkan profesion perguruan, tetapi apa yang lebih penting ialah dapat sama-sama menyumbang untuk menyalurkan ilmu kepada orang ramai melalui pelbagai aktiviti dan demonstrasi produk di gerai-gerai pempamer," katanya.

Beliau berkata, komponen-komponen pembelajaran melalui sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) dalam Utusan Malaysia, portal e-LAB.com.my dan portal tutor.com.my telah banyak membantu pelajar meningkatkan tahap pembelajaran mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berkayak simbolik pengorbanan pendidik

Posted:

Berkayak simbolik pengorbanan pendidik

Berkayak simbolik pengorbanan pendidik

KUCHING 14 Mei - Lima jurulatih Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Sarawak berjaya menamatkan cabaran berkayak sejauh 120 kilometer dari Sematan ke Tebingan Kuching, bersempena Festival Hari Guru 2011.

Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Abdillah Adam yang menyambut ketibaan mereka berkata, selain memeriahkan festival, aktiviti berkenaan juga merupakan satu simbolik betapa kerjaya perguruan menuntut pengorbanan berterusan.

Pada masa yang sama, katanya, kejayaan pasukan berkenaan boleh dijadikan perangsang kepada warga pendidik yang baru menceburi bidang berkenaan bahawa tiada perkara yang mustahil dicapai sekiranya ia disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

"Kejayaan ini membuktikan bahawa jurulatih Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Sarawak mempunyai kebolehan dan kemampuan baik dari segi mental dan fizikal," katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 14 May 2011 01:16 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bazaria peluang rezeki

Posted:

Bazaria peluang rezeki

Bazaria peluang rezeki

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto NOORADZRENE MOHD NOOR


Aneka pilihan aksesori.


Perencanaan hidup menjadi hambar dan seolah-olah masa terhenti sebelum tiba waktunya hanya gara-gara dadah. Begitulah kesan sekiranya seseorang menjadikan dadah sebagai alat untuk menyelesaikan masalah. Sedangkan lumrah hidup, tidak seorang pun individu terlepas daripada menerima ujian dan cabaran. Putaran hidup yang ditetapkan Allah umpama pusingan roda.

Kepada golongan penagih dadah, mereka tiada pilihan kerana kehidupan mesti diteruskan.

Mahu tidak mahu soal penolakan keluarga dan orang ramai tidak harus melunturkan semangat untuk kembali dalam masyarakat.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pilihan masih luas bagi bekas penagih yang memiliki ketabahan untuk mengharungi kehidupan baru yang sangat mencabar.

Masalah paling besar dihadapi ialah kesukaran mendapat kerja, iaitu aspek penting yang menentukan hala tuju kehidupan mereka. Ini kerana tanpa wang di saku untuk menanggung kos sara diri, akhirnya mereka berisiko terlibat dalam jenayah.

Namun tidak bagi Faisal Sulaiman, 39 yang memulakan hidup baru dengan membuka perniagaan di bazar larut malam Mines Down Town. Ternyata peluang yang diberikan oleh pihak Pertubuhan kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) memberi ruang kepada bekas penagih dadah itu untuk memulakan hidup baru dengan memulakan perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.

Bagi Faisal, kehidupan lampau adalah sebahagian daripada detik kehidupan yang harus diingati dan menjadi pengajaran berguna untuk membina masa hadapan.

Kehilangan pekerjaan dan keseronokan hidup menjadikan Faisal seorang yang tabah dan sabar menyusuri kehidupannya di sisi keluarga dan masyarakat.

Sewaktu menjadi penagih , beberapa perkara hilang dalam hidupnya seperti kerjaya dan hubungan dengan masyarakat di sekeliling. Akui Faisal, dia berubah menjadi seorang yang menentang undang-undang dan gemar mengganggu keharmonian hidup orang lain.

Segala-galanya berubah apabila dia diberhentikan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mengikuti program pemulihan. Dengan penerapan nilai-nilai agama, Faisal belajar untuk mengawal dan mengendalikan emosi agar dapat meneruskan kehidupan dan seterusnya menjadi insan yang berguna.

Paling membanggakan, Faisal berjaya pulih daripada dunia ketagihannya dan kini menjalani hidup bahagia di samping keluarga tersayang.

"Saya bukanlah penagih dadah yang kronik tetapi disebabkan dadah , terlalu banyak benda terpaksa saya tinggalkan. Akhirnya, saya nekad untuk berubah kerana sudah bosan dan hilang keseronokan dengan dadah . Malah dadah hanya menjadi beban dalam hidup saya. Walau apa jua stigma dan pemikiran masyarakat, itu adalah hak mereka. Tetapi, saya akan terus berusaha untuk membetulkan diri," kata Faisal yang mengakui cukup bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang di samping keluarga.

Atas bantuan abang ipar yang mahu dia memulakan hidup baru di Kuala Lumpur, dia memulakan perniagaan di Down Town Cheras KL dalam jualan tudung dan membuka cawangan di Down Town Mines.

Menurutnya, penagih yang kembali menagih dadah dengan menggunakan alasan masyarakat tidak boleh menerima bekas penagih seharusnya melihat kehidupan dari sudut positif. Alasan demikian perlu dibuang kerana ia hanya merugikan masa depan yang bakal dibina.

Sementara itu, Faisal berazam menjadi usahawan berjaya sebagai menyahut seruan kerajaan melahirkan lebih ramai usahawan belia yang berkebolehan.

Nasihatnya, mereka yang pernah jatuh kerana dadah perlu bangkit daripada kejatuhan.

"Sesiapa boleh berjaya jika ada kemahuan diri sendiri," ujarnya yang bersyukur jualan tudung di Down Town Mines mendapat sambutan.

Kehidupan

Di sebalik kemeriahan Down Town Mines ini, ia turut menjadi punca rezeki bagi ibu-ibu tunggal dan Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk membina kehidupan baru.

Down Town Mines tidak menampilkan imej tipikal sebuah tapak pasar. Sebaliknya ia seperti sebuah bazar larut malam yang lebih santai dan 'nyaman'. Mungkin seperti sesetengah pengunjung, penulis lebih tertarik untuk mencari barang jualan yang unik dan lain daripada yang lain.

Ketika mengelilingi tapak bazar itu, penulis terpandang sebuah gerai melukis potret yang dipenuhi pelbagai jenis lukisan. Bagaikan ada suatu tarikan untuk penulis berhenti.

Bazar larut malam ini ternyata mempunyai keunikan sendiri. Para pengunjung boleh mendapatkan apa sahaja barang keperluan mereka di sini.

Kemeriahan di Downtown Mines lebih dirasai pada malam hujung minggu terutama selepas hari gaji.

Anda boleh mendapatkan apa sahaja barangan daripada kasut, pakaian, aksesori, barangan bundle, cenderamata dan permainan kanak-kanak sehingga kepada barangan kesihatan.

Meskipun kebanyakannya produk import dan stailo, namun harganya berpatutan.

Kalau anda lapar, bazar ini menyediakan lapangan gerai makanan dengan pelbagai jenis masakan selain kemudahan surau untuk pengunjung.

Seronok juga penulis melihat sebahagian besar peniaga di bazar itu, rata-ratanya anak-anak muda dan wanita yang bersengkang mata sehingga awal pagi untuk mencari rezeki.

Menurut Pengerusi Eksekutif Pewaris, Datuk Seri Jaafar Shaari, Down Town Mines dibuka selepas pukul 7 malam sehingga 4 pagi diiktiraf bazar larut malam terbesar di Lembah Klang.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh e-mel ke minesdowntown@pewaris.org

aneka pilihan aksesori.

Amenorea jejas hormon wanita

Posted:

Amenorea jejas hormon wanita

Amenorea jejas hormon wanita

Soalan 1

SAYA Nur. Ingin bertanya mengenai haid saya. Hampir empat tahun saya tidak datang haid. Tanda-tanda awal seperti senggugut dan lendir tapi tidak keluar darah. Selain itu, saya juga mengalami masalah berat badan. Saya berumur 20 tahun dengan berat badan lebih kurang 80 kilogram lebih. Saya risau akan hal ini. Makin lama berat badan saya makin menaik. Saya ingin dapatkan lebih maklumat daripada doktor.

Jawapan: Tidak mengalami haid dalam jangka masa yang begitu lama adalah tidak normal. Keadaan ini dikenali sebagai amenorea. Amenorea bermaksud tidak datang haid (tiada menstruasi). Keadaan ini juga dikenali sebagai ovari tidak mengeluarkan ovum (anovulation). Amenorea sekunder ditakrif sebagai tidak datang haid secara berturut-turut selama enam bulan bagi wanita yang kedatangan haidnya tetap setiap bulan. Ia menandakan gangguan atau akibat masalah kesihatan secara umum contohnya disebabkan peningkatan berat badan menyebabkan wanita mengalami kegemukan atau obes, penghidap sindrom ovari polisistik, kencing manis, masalah malabsorpsi (penyerapan) usus, anoreksia dan lain-lain lagi. Pada ketika itu, kitaran haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang, ataupun langsung tidak subur, kerana ovum tidak dapat dilepaskan.

Masalah yang disebabkan oleh sindrom ovari polisistik adalah amat berkait rapat dengan masalah lain seperti obesiti dan kencing manis yang akan menimbulkan gejala haid yang tidak teratur. Saya jangkakan Indeks Jisim Badan (BMI) Nur adalah tidak normal kerana berat badan anda adalah 80 kilogram. Saya perlu mengetahui ketinggian Nur untuk mengira BMI tersebut. Mengekalkan BMI yang normal antara 20-25 (kg/tinggi m²) adalah perlu bagi seseorang wanita untuk mendapat kitaran haid yang teratur. Wanita obes (BMI >30 kg/m2) digalakkan untuk mengurangkan berat badannya. Pengurangan berat badan boleh dicapai dengan mengamalkan program pemakanan yang sihat. Senaman tetap patut dijadikan sebahagian daripada program pengurangan berat badan. Selain itu, pengurangan berat badan membantu untuk membaiki profil endokrin dan proses pengovulan serta memperbaiki kitar haid yang tak teratur.

Rehat atasi alahan mengandung

Soalan 2

Saya mengalami alahan yang sangat teruk sepanjang trimester pertama kehamilan. Benarkah terdapat ubat yang mampu mengatasi masalah ini? Jika ada, adakah ubat ini akan memberi kesan terhadap kandungan?

Jawapan: Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan aras hormon kehamilan yang dikenali sebagai 'human chorionic gonadotrophin' yang meningkat. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang kerana aras hormon tersebut akan berkurangan selepas trimester pertama. Bagaimanapun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Tiada ubat spesifik yang perlu diambil bagi mengatasi masalah alahan ini. Secara amnya doktor akan memberikan nasihat bagi mengurangkan simptom alahan dengan mengamalkan pemakanan yang kerap atau mengambil hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap dua jam) walaupun anda tidak lapar. Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan dari mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng. Jika tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas dan mengelakkan dari mengambil kafein. Semasa peringkat ini juga seseorang wanita perlu minum air dengan kerap sehingga 10 hingga 12 cawan sehari. Bagi rutin harian pula, anda hendaklah berehat secukupnya. Pada kebiasaannya, pengambilan vitamin mengandung tidak diberikan secara rutin pada peringkat ini kerana ia mungkin menyebabkan alahan bertambah teruk. Selain dari mengamalkan panduan di atas, kebiasaannya doktor akan memberikan ubat tahan muntah (anti-emetik) jika perlu. Anda perlu dimasukkan ke wad jika alahan tersebut teruk dan mengalami simptom dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi adalah pening-pening, dahaga dan pengeluaran air kencing yang sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera.

Ketuat di kemaluan

Soalan 3

Saya adalah gadis berumur 21 tahun, merupakan anak sulung dan tidak pernah melakukan seks. Baru-baru ini saya dapati ketuat di kemaluan (genital wart) saya berasa sakit. Ketuat itu memang ada sejak saya kecil dan meningkat dewasa.

Soalan saya, adakah mempunyai 'genital wart' itu normal? Bagaimana ia boleh tumbuh? Adakah perubahan pada ketuat tersebut disebabkan perubahan hormon? Adakah ketuat yang berdarah boleh menjadi tanda kanser servik? Bolehkah ketuat bertukar kepada malignant cell dan menyebabkan kanser di bahagian reproduktif wanita?

l Terima kasih.

Gadis, Ipoh

Jawapan: Daripada cerita di atas saya kurang pasti sama ada ketuat di kemaluan yang dialami itu genital wart atau tidak. Genital wart adalah tidak normal jika dialami oleh seseorang wanita. Genital wart atau kutil genitalis (Kondiloma Akuminata) merupakan kutil yang tumbuh di dalam atau di sekeliling faraj atau dubur. Ia berjangkit melalui hubungan seksual dan disebabkan oleh 'human papiloma virus'. Kebiasaannya kutil tersebut timbul selepas satu hingga enam bulan diinfeksi dan tumbuh dalam bentuk kluster dan bukannya satu sahaja. Wanita yang mengalami masalah ini disarankan menjalani ujian pap smear.

Saya yakin apa yang dialami sudah bertahun-tahun (sejak kecil lagi) adalah suatu ketumbuhan (kutil) yang jinak dan tidak bermasalah. Ketumbuhan yang ganas akan membesar dalam masa yang singkat. Kutil sebegini dikenali sebagai 'cutaneous skin tag', seperti kulit yang terlebih tumbuh. Kebiasaannya berlaku pada bahagian lipatan iaitu di bahagian leher, ketiak dan celah paha (pangkal paha). Ia tidak memudaratkan dan tidak sakit, tidak membesar dalam masa yang singkat. Selalunya ia bertangkai dan sebesar biji halba atau beras. Ia bertukar rupa dan mungkin menimbulkan kesakitan jika terluka dan diinfeksi oleh bakteria. Anda tidak memerlukan apa-apa rawatan bagi kutil sebegini. Bagi wanita yang ingin mendapat perawatan disarankan berjumpa dengan pakar kulit. Perawatan secara laser, krioterapi (pembekuan) atau pembedahan dengan bius lokal.

Untuk pengetahuan anda, sekarang sudah ada vaksin bagi mencegah diinfeksi oleh human papiloma virus. Human papiloma virus (HPV) jenis 16 dan 18 adalah penyebab utama kanser serviks bagi wanita. Vaksin yang ada di negara kita adalah Cervarix dan Gardasil. Vaksin ini boleh mencegah seseorang wanita daripada diinfeksi oleh HPV utama tersebut. Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat berkenaan pengambilan vaksin ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads