Ahad, 15 Mei 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 15 May 2011 09:20 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


EKSKLUSIF: Za'ba dipersenda

Posted: 14 May 2011 03:01 PM PDT

MukaDepan

ROZLIN Za'ba Mohd Redza menunjukkan rangka katil peninggalan datuknya yang masih lagi disimpan di rumahnya di Jalan Gasing , Petaling Jaya. Katil ini sepatutnya diambil Lembaga Muzium Negeri Sembilan 10 tahun lalu untuk dipamerkan di Teratak Za'ba di Batu Kikir.

ROZLIN Za'ba Mohd Redza menunjukkan rangka katil peninggalan datuknya yang masih lagi disimpan di rumahnya di Jalan Gasing , Petaling Jaya. Katil ini sepatutnya diambil Lembaga Muzium Negeri Sembilan 10 tahun lalu untuk dipamerkan di Teratak Za'ba di Batu Kikir.

Waris kecewa khazanah tinggalan pendeta tidak dihargai

KUALA LUMPUR: "Tok Tai akan menangis dalam kubur jika tahu khazanah warisannya tidak dihargai," kata cucu Pendeta Za'ba, Rozlin Za'ba Mohd Redza, merujuk panggilan mesra Allahyarham datuknya, Tan Sri Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia 38 tahun lalu.

Beliau kesal kerana Teratak Za'ba yang dibina dengan kos hampir RM2 juta, di kampung asalnya, di Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan 10 tahun lalu, seperti tidak menghargai sumbangan tokoh berkenaan kerana hampir keseluruhan bahan pameran dalam memorial itu bukan milik Allahyarham, sedangkan keluarga mereka sanggup menyerahkan khazanah tinggalan Za'ba secara percuma.

Berita lanjut, dapatkah naskhah akhbar Berita Harian hari ini

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

amamiza

Apa di tangis apa di rayu, keadaan ini memang genting dalam metafora orang kita. Perkara=perkara yang sepatutnya dipelihara dan dijadikan warisan sejarah tidak mengatasi daripada apa yang dapat mempercepatkan pencapaian diri untuk jadi loncatan nama. Lihatlah sahaja apa yang terjadi pada pengurusan awam secara keseluruhan segalanya bermusim macam durian.

Suria

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh tokoh bangsa ini. Jasamu sangat besar dan terus menyuluhi anak bangsa hingga kini.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kuan Yew, Chok Tong berundur

Posted: 14 May 2011 02:56 PM PDT

MukaDepan

Lee Kuan Yew

Lee Kuan Yew

SINGAPURA: Dua bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong mengumumkan peletakan jawatan dari Kabinet semalam, menyusuli keputusan pilihan raya terburuk Parti Tindakan Rakyat (PAP) sejak kemerdekaan republik itu pada 1965.

Kuan Yew, 87, yang juga Menteri Mentor dan Chok Tong, 69, Menteri Kanan, membuat pengumuman bersama mengenai persaraan itu dengan menambah bahawa generasi muda semakin mendesak untuk turut memberi pandangan mengenai keputusan masa depan mereka.

"Kami sudah mengkaji suasana politik baru dan bagaimana ia mempengaruhi masa depan. Kami sudah memberi sumbangan kepada pembangunan Singapura.

"Masanya sudah tiba bagi generasi baru untuk membawa Singapura ke depan dalam keadaan lebih rumit dan kompleks. Perdana Menteri dan pemimpin muda dalam pasukannya perlukan permulaan baru," kata Kuan Yew dan Chok Tong.

Kuan Yew adalah Perdana Menteri mulai 1959 hingga 1990 dan Chok Tong mengambil alih selepas 2004. Dua pemimpin itu menang kerusi Parlimen dalam pengundian terbaru, 7 Mei lalu.

PAP meraih 60 peratus undi, menurun daripada 67 peratus berbanding pengundian 2006 dan 75 peratus pada 2001.
Parti Pekerja (WP) menang enam kerusi dalam pilihan raya terbaru, bilangan terbanyak sejak kemerdekaan negara itu.

Mengambil kira perkhidmatan mereka, Kuan Yew dan Chok Tong mempunyai 91 tahun pengalaman dalam politik.

Kuan Yew adalah Perdana Menteri paling lama di kalangan anggota Komanwel dan di rantau Asia.

Chok Tong pula menyertai kerajaan pada 1977 selepas menamatkan perkhidmatan dengan firma perkapalan Neptune Orient Lines.

Beliau pantas mendaki tangga kuasa apabila menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1985 dan Perdana Menteri pada 1990 sebelum menyerah kuasa kepada Lee Hsien Loong pada 2004.

Kuan Yew dan Chok Tong, bagaimanapun, terus menjadi Ahli Parlimen, mewakili Tanjong Pagar dan Marine Parade. – Agensi

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 15 May 2011 07:49 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Lelaki terbunuh dalam pergaduhan

Posted: 15 May 2011 04:51 AM PDT

SIBU: Seorang lelaki yang cuba mendamaikan pertengkaran antara dua rakan yang lain berkesudahan dengan dia dikatakan membunuh salah seorang daripada mereka dan mencederakan seorang lagi.

Kejadian berlaku di lobi sebuah hotel di sini kira-kira 11.45 malam tadi apabila kedua-dua mangsa dikatakan menyerang lelaki berkenaan.


Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Ramson Hassan, 39, dari Jalan Nanas.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail berkata suspek telah menyerah diri kepada polis pada pukul 4.30 pagi tadi dan ditahan reman selama seminggu.


Beliau berkata sebelum kejadian, si mati dan rakannya yang cedera itu yang dikenali sebagai Soon Hock Hoe, 38, sedang minum bersama 10 yang lain di ruang rehat hotel.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua suspek kes kematian penganggur ditahan

Posted: 15 May 2011 04:04 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Polis menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kes memukul seorang penganggur hingga mati kerana dipercayai mencuri besi di Kampung Sungai Ular, Kuala Berang Khamis lalu.

Suspek pertama merupakan seorang pemandu lori yang berumur 27 tahun ditahan di sebuah warung di Bukit Ajil, Kuala Berang kira-kira jam 4.50 petang semalam, manakala seorang lagi suspek yang bekerja sebagai buruh berusia 21 tahun ditahan 10.00 pagi tadi di rumahnya di Kampung Tajin, Kuala Berang.


Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata dengan tertangkapnya dua suspek itu polis percaya dapat menyelesaikan kes bunuh tersebut.

"Melalui siasatan yang dilakukan, kita telah mengenal pasti beberapa lagi suspek yang terlibat dan akan melakukan beberapa lagi tangkapan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.


Menurut Manoharan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 15 May 2011 07:09 AM PDT

Kosmo Online


7 sekeluarga ditahan kes rompak

Posted:

7 sekeluarga ditahan kes rompak

7 sekeluarga ditahan kes rompak

15/05/2011 3:48pm

JOHOR BAHARU - Seorang pemandu teksi dan kesemua enam anggota keluarganya ditahan polis berhubung kes kejadian tetak, membawa senjata berbahaya di tempat awam dan merompak stesen minyak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaacob berkata, tujuh sekeluarga itu ditahan polis pada kira-kira 2.05 petang di Taman Pelangi selepas berjaya dipujuk oleh polis supaya menyerah diri. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

APMM rampas 592 kg gula

Posted:

APMM rampas 592 kg gula

APMM rampas 592 kg gula

15/05/2011 3:31pm

TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau merampas 592 kilogram gula pasir yang cuba diseludup keluar menggunakan bot jongkong dan feri penumpang dari Tawau dalam dua operasi.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau, Komander Maritim Amran Daud berkata, daripada jumlah itu, 442 kg dirampas dari sebuah feri yang dalam perjalanan dari sini ke Sungai Melayu, Pulau Sebatik, pada Jumaat.

Sebanyak 150 kg lagi dirampas dari sebuah bot jongkong yang juga dalam perjalanan dari sini ke Sungai Melayu kira-kira pukul 3 petang semalam, katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata dalam operasi kedua itu APMM turut merampas 140 liter petrol dan 93 kg minyak masak. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar IPT ditahan kes dadah

Posted:

Pelajar IPT ditahan kes dadah

Pelajar IPT ditahan kes dadah

15/05/2011 3:17pm

KUANTAN - Seorang pengedar dadah dan tiga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) adalah antara lapan yang ditahan membabitkan kes dadah dalam dua operasi di sini dan Genting Highlands semalam.

Dalam kes pertama, tujuh lelaki termasuk tiga pelajar IPT itu ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan kira-kira pukul 5 pagi di sebuah apartmen di Genting Highlands.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supritendan Yap Toon Khuan berkata, ketika serbuan terdapat 40 lelaki dan 27 wanita dalam apartmen berkenaan.

"Semua mereka diminta menjalani ujian air kencing, tujuh daripada mereka didapati positif penyalahgunaan dadah," katanya.

Sementara itu dalam satu lagi operasi di Jalan Haji Ahmad di sini petang semalam, seorang lelaki dipercayai pengedar dadah berjaya ditahan polis hasil maklumat awam.

Lelaki berusi 30 tahun itu ditahan di pekarangan rumahnya dalam operasi pukul 5.45 petang.

Turut ditemui satu paket plastik dipercayai mengandungi dadah jenis syabu seberat 50.2 gram, katanya.

Toon Khuan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 15 May 2011 03:32 AM PDT

Utusan Online - Utara


Belajar memandu dipantau

Posted:

Belajar memandu dipantau

Belajar memandu dipantau

Oleh AZMAN MD. NOOR
utusankedah@utusan.com.my

BALING 14 Mei – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengambil pendekatan serius yang lebih efektif terhadap calon baru dan institut latihan memandu di negeri ini bagi melahirkan lebih ramai pemandu cekap dan berhemah di jalan raya selepas mendapat lesen.

Pengarahnya, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, pendekatan itu ialah memberi penekanan terhadap latihan dan pengajaran serta memantau kesemua 16 institut itu di kedah.

"Ia penting kerana setiap institut terbabit bertanggungjawab melahirkan lebih ramai pemandu yang berdisiplin di jalan raya ke arah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya," katanya kepada pemberita selepas melawat Institut Memandu Pakatan Latihan Baling di sini, hari ini.

Beliau berkata, tenaga pengajar institut memandu bertanggungjawab memastikan semua sukatan pembelajaran disampaikan dengan berkesan kepada calon latihan memandu.

"JPJ amat mengharapkan kerjasama setiap institut supaya mengikut sukatan pembelajaran yang ditetapkan oleh JPJ agar pemandu baru mematuhi peraturan jalan raya apabila mereka selesai mengikuti latihan dan pengujian," katanya.

Terdahulu, beliau turut meninjau bangunan untuk dijadikan pejabat kecil JPJ di daerah ini bagi memudahkan masyarakat setempat berurusan dengan JPJ tanpa perlu ke Kulim atau Sungai Petani.

"Pejabat kecil JPJ di daerah ini perlu kerana memberi kemudahan kepada penduduk di luar bandar mendapat faedah kerana jarak untuk berurusan dengan JPJ Sungai Petani dan Kulim amat jauh," katanya.

Sementara itu, beliau meminta ibu bapa agar menasihatkan anak-anak mereka sentiasa memakai topi keledar ketika menunggang motosikal dan jangan menganggapnya sebagai perkara remeh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

24 pelajar keturunan Siam rayu masuk universiti

Posted:

24 pelajar keturunan Siam rayu masuk universiti

24 pelajar keturunan Siam rayu masuk universiti


BOON Som Inong (dua dari kanan) melihat slip keputusan SPM seorang pelajar cemerlang pada majlis penyerahan surat rayuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 14 Mei - Seramai 24 pelajar keturunan Siam yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas, hari ini merayu kepada kerajaan agar memberi peluang kepada mereka untuk menyambung pelajaran di mana-mana universiti negara ini.

Ahli Dewan Negara, Senator Boon Som Inong berkata, pelajar-pelajar itu kecewa apabila sebelum ini dimaklumkan gagal mendapat tempat di mana-mana matrikulasi institusi pengajian tinggi (IPT) dan dinasihatkan membuat rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU).

Katanya, pelajar terbabit yang berasal dari seluruh negara sepatutnya boleh diberikan tempat kerana memperoleh kelayakan minimum daripada 6A hingga 10A dalam peperiksaan tersebut tahun lepas.

"Saya faham bahawa persaingan ke universiti sekarang sangat sengit namun selain pencapaian akademik, faktor latar belakang juga perlu diambil kira.

"Ini kerana pelajar ini bukan saja mendapat keputusan cemerlang tetapi berasal dari kawasan pedalaman dan keluarga mereka juga berpendapatan rendah," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam pada itu, seorang pelajar terbabit, Arnong Vaneeda Vik Chan, 18, berkata, walaupun memperoleh 9A dia gagal memasuki kursus Matrikulasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi jurusan farmasi.

"Kini saya terpaksa menduduki tingkatan enam namun saya berharap sangat untuk masuk kursus pilihan saya itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Waspada pegawai PPDNKK palsu

Posted:

Waspada pegawai PPDNKK palsu

Waspada pegawai PPDNKK palsu

PULAU PINANG 14 Mei - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri meminta orang ramai supaya berwaspada dengan pihak yang menyamar sebagai pegawai penguat kuasa agensi itu.

Ini berikutan terdapat laporan mengenai tiga orang yang menyamar pegawai penguatkuasa telah memeras wang daripada peniaga supaya tidak diambil sebarang tindakan undang-undang di atas kesalahan yang mereka lakukan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, M. Guna Selan berkata, mereka yang menyamar itu memeriksa beberapa premis pemborong gas petroleum cecair (LGP) di kawasan Seberang Perai Tengah di sini.

"Kumpulan tersebut akan memeras wang di antara RM2,000 hingga RM20,000 daripada peniaga sebagai ganjaran tidak dikenakan tindakan undang-undang ke atas mereka.

"Sekiranya orang ramai was-was dengan kehadiran pegawai penguatkuasa yang memeriksa mereka, sila dapatkan kepastian dengan meminta mereka menunjukkan kad kuasa," katanya di sini semalam.

Guna Selan memberitahu, pihaknya turut menerima dua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kegiatan kumpulan terbabit.

Menurutnya lagi, laporan polis juga akan dibuat untuk tindakan selanjutnya.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi talian 04-2616167 atau 04-2616168 atau 1-800-886-800.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 15 May 2011 03:27 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Trend baru pecah rumah

Posted: 14 May 2011 09:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kawasan perumahan bertingkat seperti rumah pangsa dan pangsapuri antara 'hot spot' terbaru penjenayah melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kegiatan pecah rumah seakan menjadi trend apabila pihaknya sering menerima laporan daripada penduduk berkenaan.


"Jika dulu kegiatan ini sering dilakukan di kawasan rumah teres, kini ia tidak mengira lokasi kerana sesiapa saja berisiko menjadi mangsa," katanya selepas merasmikan Penubuhan Komuniti Polis atau Community Policing di Pangsapuri Mutiara Magna, Metro Prima Kepong, di sini, semalam.

Katanya, pecah rumah juga antara kegiatan jenayah tertinggi dicatatkan di kawasan perumahan bertingkat.


Beliau turut menggalakkan suri rumah menyertai KP dan bekerjasama dalam memberi maklumat kepada pihak berkuasa.


"Biasanya kegiatan pecah rumah dilakukan waktu siang selepas penghuni keluar bekerja. Sebab itu kita perlukan kerjasama penduduk kerana polis tidak mampu bertindak tanpa maklumat orang awam," katanya.

Penubuhan Komuniti Polis dianggap sebagai pendekatan praktikal polis bekerjasama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), penduduk setempat dan Rela dalam usaha membanteras jenayah di kawasan masing-masing.


Acara lain diadakan ialah pameran dan pertunjukan aksi anjing mengesan dadah. Hadir sama Pengerusi Komuniti Polis Mutiara Magna, Asisten Komisioner Ahasrap Khan M Aslam.

Hadir sama, Pengerusi Komuniti Polis Mutiara Magna, Asisten Komisioner (ACP) Ahasrap Khan M Aslam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

>Cara Salih hidup berpoligami

Posted: 14 May 2011 09:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Salih bukan saja cekal mengharungi cabaran dunia seni hingga bertahan lebih 30 tahun, malah berjaya melayari hidup berumah tangga bersama tiga isteri dan 11 anak. Bukan calang-calang orang mampu melakukannya.

Sudah tentu ia bukan jalan mudah untuk dilalui penggiat seni serba boleh ini. Baginya, ia satu proses panjang dan hanya dapat dibentuk jika seseorang itu dapat mengenal diri sendiri.


Itulah bekalan yang cukup kuat dalam diri Salih untuk memimpin isteri selama mengamalkan poligami.

"Saya lakukan semua ini atas jalan agama, selepas saya mengenali diri sendiri. Maksudnya, mengenal diri sendiri dengan hal keagamaan berasaskan ilmu dan pengalaman.


"Ia bukan diperoleh dalam tempoh satu dua hari seperti mengikuti kursus perkahwinan. Ia memerlukan satu proses pembelajaran yang panjang," katanya.


Tidak dinafikan, Salih boleh dikatakan suami yang bijak mengekalkan keharmonian keluarga dengan hidup berpoligami, iaitu selepas memulakannya pada 1993 apabila berkahwin dengan Norraha Hamad, 43, sebagai isteri keduanya ketika itu.

Pasti ada rahsia di sebaliknya, dan bagaimana Salih mengekalkan kesejahteraan keluarga sehingga tiga isterinya boleh menerima keinginannya untuk berkahwin satu lagi.


Berikut serba sedikit rahsia yang dikongsi Salih bersama Metro Ahad bagi menjaga kebahagiaan rumah tangga dan keluarganya.

  • RUTIN HARIAN MENJADI SUAMI KEPADA TIGA ISTERI
    Dulu, ketika beristeri dua, Salih bergilir selang sehari untuk ke rumah setiap isterinya. Namun, apabila beristeri tiga, rutin demikian tidak lagi dipraktikkannya.

    "Cara begitu sudah tidak sesuai, kena ambil masa lama untuk ke rumah setiap isteri," kata Salih.


    Sekarang, selepas balik bekerja di konti dari jam 6 hingga 10 pagi, Salih luangkan masa lebih kurang dua jam secara bergilir ke rumah isterinya.


    Bagi Salih, tidak timbul masalah membuat giliran kerana rumah setiap isterinya terletak berhampiran antara satu sama lain.


    "Lepas kerja, saya pastikan berkunjung ke rumah semua isteri dan luangkan masa bersama anak. Saya titik beratkan hal ini demi menjaga hubungan kekeluargaan, terutama dengan anak.


    "Sebab itu saya banyak menolak pelawaan mengikuti program rakaman televisyen yang memerlukan komitmen tinggi. Ia boleh menjejaskan masa bersama keluarga, kalau sehari dua hari tinggalkan mereka tidak mengapa, lebih daripada itu saya perlu fikir dua tiga kali," katanya.


    Tidak dinafikan, pembabitan dalam dunia seni ada kala membuatkan Salih terpaksa berpisah dengan keluarga, namun ia tidak menjadi masalah.


    "Isteri dan anak faham tanggungjawab serta karier saya. Pun begitu, kedua-duanya juga penting buat saya, sama ada keluarga dan karier.


    "Sebagai ketua keluarga, perkara ini menjadi amanat dan tugas yang perlu saya pikul, dua perkara ini perlu seimbang," katanya.


    Yang pasti, Salih bakal menerima seorang lagi teman hidup dalam diari hidupnya, dan sudah tentu rutin hariannya ada sedikit perubahan dengan kedatangan orang baru.


    "Memang akan ada perubahan, tetapi tidak banyak. Agama dan pengalaman banyak mendewasakan saya melalui perkara baru dalam hidup," katanya.

  • BAGAIMANA SALIH AGIH PERBELANJAAN KELUARGA?
    Tanggungjawab memberi nafkah terhadap tiga isteri bukan tugas mudah. Bagaimanapun, ia tidak menjadi masalah kepada Salih, jika tidak masakan dia sanggup menambah seorang lagi isteri dalam hidupnya.


    Bagi Salih, soal pemberian belanja rumah untuk isteri dan anak adalah keutamaan buat dirinya, tambahan pula ia adalah tuntutan dalam agama dan wajib bagi seorang suami.


    "Dah tahu diri tu berpoligami, faham-faham sajalah. Bagilah duit belanja untuk semua isteri," katanya tersenyum.


    Dalam hal ini, Salih 'melaburkan' wang titik peluhnya kepada seisi keluarga hasil pendapatan bekerja sebagai deejay di konti Sinar FM, pengacara dan bayaran persembahan majlis tertentu yang mencecah puluhan ribu.


    "Saya bagi sama rata, semuanya sama. Duit rumah, duit kereta semua isteri dan belanja harian, yang tinggal untuk saya hanya duit poket dan belanja rokok.


    "Berapa jumlah keseluruhan tidak perlu saya jelaskan. Cuma yang saya boleh beritahu, jika ramai isteri, banyak jugalah belanjanya, tetapi itu tidak menjadi masalah buat saya kerana saya tahu rezeki di tangan Tuhan," katanya.


    Menurut Salih, dalam aspek perbelanjaan, dia terlebih dulu mengagihkan wang pendapatan kepada keluarga dan anak.


    "Untuk saya sendiri, itu semua kemudian. Yang penting, keluarga dulu. Percayalah, jika kita lakukan semua itu dengan keredaan, Allah akan membantu kita.


    "Apa yang saya peroleh sekarang, bukan kerana diri saya. Semua atas ketentuan Tuhan, Dia yang memberikan rezeki kepada saya," katanya.

  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: Mutakhir

    Posted: 15 May 2011 03:24 AM PDT

    Berita Harian: Mutakhir


    Israel bedil rakyat Palestin dekat sempadan Gaza

    Posted: 15 May 2011 02:37 AM PDT

    [unable to retrieve full-text content]BANDARAYA GAZA: Seorang saksi menyatakan tentera Israel melepaskan dua tembakan meriam kereta kebal dan mesingan ketika kumpulan rakyat Palestin berarak menuju sempadan Gaza-Israel.

    Kelantan tidak mampu sedia rumah kos rendah: Nik Aziz

    Posted: 15 May 2011 02:25 AM PDT

    Mutakhir

    KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui kerajaannya tidak mampu menyediakan rumah kos rendah untuk golongan miskin di negeri itu disebabkan permintaan yang cukup tinggi.

    Mursyidul Am PAS itu berkata, kerajaan negeri membelanjakan RM50 juta bagi tempoh 2006 hingga 2010 di bawah Program Rumah Mampu Milik.

    "Bagaimanapun, keperluan rumah kos rendah di negeri ini masih tinggi dan kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk tujuan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek rumah awam kos rendah Wadi Iman yang dilaksanakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di Kok Lanas, dekat sini hari ini. Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan memerlukan 6,364 unit rumah untuk menampung keperluan golongan berpendapatan rendah, termasuk 2,800 di jajahan Kota Baharu.

    "Kita percaya masih banyak lagi rumah awam kos rendah diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah di negeri ini, walaupun dalam kerajaan tidak berkemampuan menyediakan kemudahan itu kerana masalah peruntukan," katanya.

    Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus berusaha memenuhi keperluan itu dengan kerjasama agensi kerajaan negeri dan swasta bagi melaksanakan projek sedemikian di seluruh negeri.

    Pada sidang media sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Anizam Abd Rahman, berkata kerajaan negeri akan memastikan setiap projek perumahan yang dilaksanakan tidak terbengkalai.
    "Ini perlu bagi mastikan matlamat dasar dan konsep kerajaan negeri iaitu satu rumah satu keluarga tercapai," katanya.- BERNAMA


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Dalam Negeri

    Posted: 15 May 2011 03:24 AM PDT

    Utusan Online - Dalam Negeri


    Bekas tentera mantapkan PDRM

    Posted:

    Bekas tentera mantapkan PDRM

    Bekas tentera mantapkan PDRM

    Oleh ROZIANAH RISMAN
    pengarang@utusan.com.my


    Bekas anggota tentera, Ros Mohamad Tarmizi Othman (kanan) dan Md. Daud Mukri melihat anugerah yang diterima di Kuala Kubu Bharu, semalam.


    KUALA KUBU BHARU 14 Mei – Pemikiran berasaskan strategi laut biru perlu diterapkan dengan lebih meluas di dalam agensi-agensi kerajaan bagi mencapai objektif di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

    Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, strategi itu turut merangkumi program latihan asas dan pelaksanaan rondaan polis yang menggunakan kemudahan tentera.

    "Justeru, PDRM telah mengaplikasikan pendekatan tersebut dengan mengadakan kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ia melibatkan pengambilan bekas tentera untuk menjadi anggota polis bagi membekalkan anggota polis yang berpengalaman dalam jangka masa pendek," katanya.

    Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena perbarisan tamat latihan siri pertama PLAK konstabel bagi bekas tentera di Maktab PDRM di sini, hari ini. Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong.

    Menurut Khalid, berdasarkan sasaran pelan strategik lima tahun PDRM, pihaknya menyasarkan untuk melatih seramai 12,000 pelatih.

    Pada majlis itu, Ros Mohamad Tarmizi Othman telah dianugerahkan Platun 1 Terbaik manakala Konstabel Md. Daud Mukri menerima Pelatih Keseluruhan Terbaik.

    Menurut Khalid, berdasarkan sasaran pelan strategik lima tahun PDRM, pihaknya menyasarkan untuk melatih seramai 12,000 pelatih.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Langkah kurangkan beban rakyat

    Posted:

    Langkah kurangkan beban rakyat

    Langkah kurangkan beban rakyat

    KUANTAN 14 Mei - Kerajaan memahami kesusahan rakyat berikutan kenaikan harga barang dan sentiasa mencari kaedah untuk mengurangkan beban tersebut.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia satu- satunya negara yang mengawal harga barang dengan subsidi untuk mengurangkan beban rakyat.

    "Kenaikan harga barang tidak boleh dijadikan alasan menuduh kerajaan tidak membuat sesuatu untuk rakyat," katanya pada majlis ramah mesra bersama penduduk Kg. Sungai Ular di sini hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tuanku Mizan melawat Muzium Padi

    Posted:

    Tuanku Mizan melawat Muzium Padi

    Tuanku Mizan melawat Muzium Padi


    Tuanku Mizan Zainal Abidin diiringi Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Azizan Abdul Razak tertarik melihat cara penghasilah kuih peneram di Muzium Padi, Alor Setar, semalam.


    ALOR SETAR 14 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan melawat Muzium Padi di sini yang memaparkan sejarah penanaman padi di Kedah sehingga menjadi negeri Jelapang Padi di Malaysia.

    Ketibaan Seri Paduka disambut Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta kenamaan negeri dan Exco kerajaan negeri.

    Seri Paduka memulakan lawatan di aras dua dan menyaksikan beberapa demonstrasi seperti penghasilan kertas buatan tangan daripada jerami, mencanting batik, pembuatan seramik dan menitik bedak sejuk selain demonstrasi makanan tradisional berasaskan beras seperti emping kerabu, kuih karas, kuih peneram, emping nyiur dan putu beras.

    Yang di-Pertuan Agong seterusnya melawat aras satu yang menempatkan peralatan tradisional pesawah seperti kuku kambing, tenggiling, renggam, kepok dan lain-lain.

    Seri Paduka yang meluangkan masa hampir dua jam di muzium itu turut menyaksikan panorama sawah padi dan perkampungan tradisional Melayu dari puncak Gunung Keriang melalui paparan mural di platform berputar dalam muzium itu.

    Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah yang dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke negeri ini mulai semalam berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Rakyat di Dewan Wawasan, Jitra di sini, malam ini.

    Tuanku Nur Zahirah yang diiringi Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun mempunyai jadual berasingan pagi ini iaitu menyusuri Sungai Merbok dan melawat Muzium Perhutanan di Gunung Jerai, dekat sini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Selatan

    Posted: 15 May 2011 03:04 AM PDT

    Utusan Online - Selatan


    Jangan keji polis - MB

    Posted:

    Jangan keji polis - MB

    Jangan keji polis - MB


    Mohamad Hasan merasmikan Karnival Pencegahan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan diperhatikan oleh Ismail Omar serta Osman Salleh (kiri) di Seremban, semalam.


    SEREMBAN 14 Mei - Orang ramai diminta berhenti memanggil anggota polis dengan pelbagai gelaran tidak baik kerana ia akan menjatuhkan maruah dan imej anggota keselamatan itu.

    Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkataan mengeji dan memburuk-burukkan imej anggota polis tidak memberi sebarang faedah kerana anggota keselamatan itu yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam.

    "Anggota polis bekerja siang dan malam tidak mengira waktu untuk memastikan keamanan dan ketenteraman awam terjaga. Tak usah kita beri gelaran yang tidak baik. Kenanglah jasa anggota pasukan ini," katanya berucap merasmikan Karnival Pencegahan Jenayah Kontinjen Polis Negeri Sembilan di Dataran Senawang dekat sini, hari ini.

    Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh.

    Menurutnya, anggota masyarakat perlu bersama-sama menangani jenayah dan tidak membebankan anggota polis dengan isu kecil seperti mengawal tong gas.

    Untuk tujuan itu, katanya, kerajaan negeri akan memikirkan supaya ada mekanisme yang mewajibkan setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dengan segera.

    "Bagi taman perumahan yang tiada KRT, ia juga perlu diwajibkan penubuhannya dengan segera supaya SRS dapat digerakkan dalam usaha menangani jenayah di kawasan perumahan," jelasnya.

    Sementara itu pada sidang akhbar selepas itu, Ismail memberitahu, bukan jumlah anggota polis yang ramai menjadi ukuran dalam menangani krisis jenayah, tetapi komitmen dan kerjasama orang awam adalah satu faktor penting bagi menyelesaikan kes.

    Mengenai penglibatan Polis Tentera (MP) dalam rondaan bersama pasukan polis, Ismail menegaskan, ia akan dipertingkatkan selepas mendapat maklum balas yang baik daripada rakyat.

    Pada majlis hari ini, demonstrasi cegah jenayah dipertontonkan pada umum selain gaya menunggang motosikal berkuasa tinggi, pertunjukan paraglider, perarakan kenderaan polis dan kaedah menyuraikan rusuhan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    10,000 sertai Hari Belia NS hari ini

    Posted:

    10,000 sertai Hari Belia NS hari ini

    10,000 sertai Hari Belia NS hari ini

    SEREMBAN 14 Mei - Seramai 10,000 belia dijangka menghadiri sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini, esok.

    Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharuddin Jali memberitahu, majlis yang dijadualkan bermula pukul 9 pagi itu dijangka disertai oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain persatuan-persatuan belia dari seluruh negeri.

    Jelasnya, program itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang turut menyampaikan beberapa anugerah sempena sambutan berkenaan.

    "Sempena program ini, pihak jabatan juga menganjurkan beberapa aktiviti yang bermula esok dan diisi dengan pelbagai program pada hari berikutnya untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Belia Negara 2011 peringkat negeri," katanya.

    Menurut Baharuddin, pelbagai pameran juga akan diadakan melibatkan penyertaan agensi-agensi kerajaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Beliau berkata, orang ramai khususnya golongan belia dijemput untuk bersama-sama meraikan sambutan itu.

    "Sambutan Hari Belia Negara dilihat sebagai satu pengiktirafan kerajaan kepada pemimpin belia, penggerak belia, rakan kongsi serta agensi berperanan dalam pembangunan belia," jelas beliau.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Rakyat Sabah dapat 175,000 unit komputer 1Malaysia

    Posted:

    Rakyat Sabah dapat 175,000 unit komputer 1Malaysia

    Rakyat Sabah dapat 175,000 unit komputer 1Malaysia

    TAWAU 14 Mei — Kerajaan memperuntukkan 175,000 unit komputer riba 1Malaysia untuk diagih kepada rakyat di Sabah secara berperingkat bermula tahun lepas, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, K.Juslly Elis.

    Beliau berkata, jumlah itu merupakan 14 peratus daripada keseluruhan 1.2 juta unit komputer riba 1Malaysia yang sedang dan bakal diagih kepada rakyat di seluruh negara melalui tiga fasa.

    "Melalui fasa pertama, sebanyak 10,000 unit komputer 1Malaysia telah diagih kepada penduduk Sabah termasuk pelajar pada tahun lepas," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan komputer riba 1Malaysia kepada sekolah-sekolah menengah di sini, hari ini.

    Seramai 1,000 pelajar daripada 10 sekolah di kawasan Parlimen Kalabakan menerima komputer masing-masing yang disampaikan oleh Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.

    Juslly berkata, sebanyak 49,832 unit komputer akan diagih ke dalam fasa kedua dan 52,000 unit lagi pada fasa terakhir. -BERNAMA

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Timur

    Posted: 15 May 2011 01:22 AM PDT

    Utusan Online - Timur


    Masjid Raja siap Ramadan

    Posted:

    Masjid Raja siap Ramadan

    Masjid Raja siap Ramadan

    Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
    pengarang@utusan.com.my

    KUALA TERENGGANU 14 Mei – Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa Masjid Raja yang terletak di Chendering akan dapat digunakan selewat-lewatnya sebelum bulan Ramadan tahun ini.

    Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, jaminan itu diberikan setelah kontraktor yang berkenaan berjanji untuk menyelesaikan projek pembinaan masjid itu yang hampir terbengkalai sebelum ini.

    Jelas Ahmad, beliau juga telah meminta supaya kontraktor tersebut menyegerakan pembinaan masjid itu dan tidak mengemukakan sebarang alasan lagi.

    Katanya, projek yang menelan belanja sebanyak RM9.2 juta itu sepatutnya siap pada bulan September tahun lepas tetapi terpaksa ditangguhkan sebanyak dua kali atas masalah yang disebabkan kontraktor.

    "Sehubungan itu, saya berharap mana-mana kontraktor yang diberi tanggungjawab melaksanakan sebarang projek selepas ini agar menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke Chendering di sini, hari ini.

    Hadir sama Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok, Datuk Che Mat Jusoh; Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

    Masjid Raja Chendering telah didirikan sejak tahun 1951 dan dirobohkan untuk pembinaan semula sekitar tahun 2008 yang lalu.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Muhamad Fairus terima sumbangan

    Posted:

    Muhamad Fairus terima sumbangan

    Muhamad Fairus terima sumbangan


    Salleh Busu (kanan) menyampaikan cek kepada Adnan Mukhtar (kiri) ketika melawat Muhamad Fairus Firdaus di rumahnya di Marang, kelmarin.


    MARANG 14 Mei - "Saya teringin ke sekolah semula, jumpa cikgu dan kawan-kawan," kata Muhamad Fairus Firdaus Adnan, 18, yang terlantar di rumahnya di Padang Mengkuang di sini sejak dua tahun lalu.

    Namun peluang untuk ke sekolah semula agak sukar dalam keadaannya yang lumpuh akibat kemalangan selain pendengarannya turut terjejas dan terpaksa menggunakan alat sokongan pernafasan serta tiub saluran makanan.

    Menurut anak sulung daripada tujuh beradik itu, dia dilanggar kereta ketika melintas jalan untuk pulang ke rumah selepas menghadiri kelas komputer.

    "Ketika kejadian, saya berada di tingkatan empat. Bagaimanapun saya bersyukur kerana keluarga sentiasa bersama," katanya yang ditemui selepas penyerahan cek sumbangan Takaful Malaysia di rumahnya semalam.

    Cek bernilai RM15,000 itu diserahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Salleh Busu kepada bapanya, Adnan Mukhtar, 42.

    Adnan mengucapkan terima dan bersyukur dengan sumbangan yang diterima daripada Takaful Malaysia melalui Skim Takaful Pelajar Sekolah-Sekolah Malaysia.

    Katanya, sumbangan berkenaan boleh digunakan untuk membeli susu, lampin dan kos perubatan anaknya yang mencecah RM1,000 sebulan.

    "Saya hanya bekerja sendiri dan pendapatan tidak mencukupi apatah lagi perlu menanggung enam lagi anak termasuk empat yang masih bersekolah," katanya.

    Dalam pada itu, Salleh berkata, JPNT akan cuba membantu Muhamad Fairus Firdaus kembali ke sekolah sekiranya keadaan kesihatannya mengizinkan.

    "Dia kini bukan sahaja tidak mampu duduk tetapi memerlukan bantuan alat pernafasan dan penjagaan rapi.

    "Bagaimanapun, kita bercadang menghantar guru untuk mengajarnya di rumah sekiranya dia tidak mampu ke sekolah agar proses pembelajarannya tidak terhenti," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Lelaki Siam ditemui mati tergantung di pokok rambai

    Posted:

    Lelaki Siam ditemui mati tergantung di pokok rambai

    Lelaki Siam ditemui mati tergantung di pokok rambai

    TUMPAT 14 Mei - Seorang tukang rumah, Eh Chai a/l Eh Rak, 28, ditemui mati tergantung pada dahan pokok rambai di kawasan kebun berhampiran rumahnya di Kampung Cherang, Chang Empat dekat sini, kelmarin.

    Lelaki berbangsa Siam yang telah menduda selama lima tahun itu ditemui tergantung di dahan pokok berkenaan oleh bapanya, Eh Rak a/l Chau Kung, 50, kira-kira pukul 1.10 pagi ketika hendak membawa lembu meragut rumput di kawasan kebun itu yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka.

    Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Sharifuddin Yusof ketika dihubungi semalam berkata, polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan mendapati, tiada kesan luka atau lebam pada mayat lelaki berkenaan.

    "Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menemui sembilan biji pil kuda di dalam poket seluar lelaki terbabit," katanya.

    Menurutnya, mayat lelaki terbabit telah dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya lewat petang semalam.

    Katanya, berikutan tiada unsur jenayah, polis telah mengklasifikasikan kematian lelaki terbabit sebagai mati mengejut.

    Sementara itu, adik lelakinya, Ronna Chai, 24, yang ditemui di Rumah Mayat Hospital Tumpat memberitahu, ayahnya masih bersedih dengan kejadian tersebut dan sama sekali tidak menduga sikap berdiam diri dan murung abangnya itu merupakan petanda buruk.

    "Seminggu ini perangai abang pelik sedikit, dia tiba-tiba berubah menjadi murung dan gemar bersendirian. Kebiasaannya, pada setiap malam dia akan keluar dan duduk-duduk di kedai makan saya di kampung Putih dekat sini," katanya.

    Menurutnya, mendiang meninggalkan seorang anak perempuan berusia tujuh tahun.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: BeritaUtama

    Posted: 15 May 2011 01:17 AM PDT

    Harian Metro: BeritaUtama


    Hargai pengorbanan

    Posted: 14 May 2011 09:48 AM PDT

    KUALA LUMPUR: Sebuah rumah untuk setiap isteri. Itu pemberian eksklusif penyanyi, pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai Sinar FM, Salih Yaacob, 50, kepada semua isterinya termasuk bakal isteri keempat, Emi, 24.

    Beliau yang dijangka melengkapkan kuota poligami dengan penuntut ijazah sarjana di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) itu selepas Aidilfitri ini berkata, rumah berkenaan sebagai hantaran kepada Emi dan hadiah kepada tiga isterinya yang terdahulu.

    Menurutnya, pemberian itu bakal menjadi hadiah terhadap segala pengorbanan semua isterinya selama ini.

    "Ketiga-tiga isteri saya menerima pelbagai ujian dan dugaan akibat berpoligami. Walaupun sering dipandang negatif, ia tidak mematahkan semangat mereka. Kerana itu, saya ingin menghargai kekuatan mereka yang menyokong saya selama ini.


    "Bukan mudah untuk berpoligami. Setiap hari, ada saja dugaan dan ujian yang perlu dihadapi ketiga-tiga isteri saya. Malah, masyarakat kita rata-ratanya sering memandang isu poligami ini sebagai sesuatu yang negatif.


    "Pada masa sama, mereka (isteri) yang menjadi orang kuat di belakang saya sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Namun, sifat rendah diri dan tabah yang diterapkan dalam diri masing-masing menjadikan mereka kuat, dan itu adalah kekuatan bagi saya," katanya dalam temubual bersama wartawan Metro Ahad di sini.

    Menurut Salih, dia bercadang membeli rumah baru berkenaan dalam satu kawasan di sekitar Lembah Klang bagi menempatkan setiap isteri dan anaknya.

    Buat masa ini, ketiga-tiga isterinya menetap di Kampung Pandan.

    "Rumah mereka (ketiga-tiga isteri) masing-masing di sini. Bagaimanapun, tidak ada lagi rumah kosong untuk menempatkan bakal isteri keempat.

    "Jadi saya perlu mencari satu kawasan perumahan baru yang lebih luas dan selesa untuk mereka. Saya lebih suka mereka tinggal berdekatan. Dengan cara ini, saya ada banyak masa untuk menjaga dan bersama mereka," katanya.

    Sambil berbual, Salih membawa wartawan melihat ketiga-tiga apartmen milik isterinya yang terletak berhampiran di antara satu sama lain.

    Apartmen didiami isteri pertama dan kedua dibeli hasil titik peluhnya berkecimpung dalam dunia seni kira-kira tiga dekad lalu, manakala kediaman isteri ketiga disewa.

    Tinjauan Metro Ahad mendapati rumah isteri pertama dan kedua diubah suai dengan corak hampir sama seperti hiasan dalaman dan perabot. Begitupun, kediaman isteri ketiga tidak sempat ditinjau kerana kesuntukan masa berikutan Salih ada urusan lain.

    Menurut Salih, dia memastikan layanan kepada setiap isteri dan keluarganya sama adil dan saksama supaya mereka mampu hidup aman dan selesa hasil pendapatannya.

    "Alhamdulillah, tidak ada satu pun yang kurang. Jika seorang mendapat kereta, yang lain juga dapat. Ini yang cuba saya terapkan terhadap keempat-empat isteri nanti. Syukur kepada Allah, kami hidup selesa hasil rezeki pemberian-Nya.

    "Apa yang saya miliki kini menjadi kejayaan bagi setiap isteri dan anak. Jika mahu diikutkan, kejayaan saya adalah kejayaan untuk mereka.

    "Saya percaya, ini semua rezeki anak dan isteri. Rezeki saya hanya untuk membeli sekotak rokok. Mungkin jika tidak berpoligami, rezeki saya tidak seperti ini," katanya berseloroh.

    Pelawak popular itu kembali mencuri tumpuan masyarakat seluruh negara selepas akhbar ini secara eksklusif menyiarkan gambar bakal isteri keempat Salih yang berwajah ala Arab pada ruangan muka depan Khamis lalu.

    Bagaimanapun, Salih ketika ditanya tarikh sebenar perkahwinannya bersama gadis kelahiran Johor itu masih berahsia dan menjelaskan, semuanya terserah pada takdir dan kuasa Allah.

    "Saya serahkan semuanya kepada Allah kerana saya cuma mampu merancang. Insya-Allah, jika tiada halangan, saya akan melangsungkan perkahwinan selewat-lewatnya hujung tahun ini," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Bayi tercampak keluar kereta

    Posted: 14 May 2011 09:31 AM PDT

    IPOH: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan memeranjatkan anggota bomba dan penyelamat apabila didapati masih selamat dan hanya luka ringan selepas tercampak keluar dari kereta dinaiki sejurus kenderaan itu terbabas ke bahu lebuh raya.

    Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, bayi terbabit, Nik Norfarwizah Arbiah Mohd Fazli ditemui menangis di atas jalan raya sebelum diangkat dan segera dihantar ke hospital.

    Ketika kejadian, ibu mangsa, Suriani Abdul Latif, 31, cedera parah dan tidak sedarkan diri manakala adik Suriani, Abdul Fatah Abdul Latif, 27, yang memandu kereta maut di tempat kejadian.

    Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Abdul Fatah gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang tepi lebuh raya berhampiran Kilometer 290, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Simpang Pulai, di sini.


    Suriani ketika ditemui di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun berkata, dia tidak sedar apa berlaku kerana tidur sambil mendakap bayinya di tempat duduk depan.


    Menurutnya, Fatah yang bekerja sebagai kerani di Universiti Perguruan Sultan Idris Shah (UPSI) Tanjung Malim sebelum itu mengambilnya di rumah di Bukit Sri Sentosa, Bukit Beruntung, Selangor untuk pulang bersama-sama di kampung mereka di Manong, Kuala Kangsar.

    "Saya hanya tersedar pagi ini di katil hospital dengan kulit kepala terkoyak dan mulut pecah.

    "Apa yang saya fikirkan hanya keadaan bayi dan seorang lagi anak saya, Nik Fawas Iskandar Mohd Fazli, 5, yang ketika itu di tempat duduk belakang," kata surirumah berkenaan.

    Menurutnya, dia masih terkejut dengan kejadian itu berikutan adiknya sebelum itu sempat berbual dan menyatakan hasrat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya tidak lama lagi.

    Sementara itu, suami mangsa, Nik Mohd Fadhli Nik Mohd Hasnuddin, 33, yang ditemui di hospital itu berkata, dia dimaklumkan berhubung kemalangan itu oleh anggota polis trafik Ipoh, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

    Dia yang bertugas sebagai pegawai Rela di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields mendakwa ketika itu menjalani kursus dua minggu di Kem Sungai Udang Melaka.

    "Akibat terlalu terkejut, saya pitam beberapa minit sebelum dihantar menaiki kereta oleh rakan setugas ke hospital di Ipoh bagi melawat isteri dan dua anak.

    "Paling merunsingkan saya ketika itu adalah keadaan bayi perempuan saya. Saya dimaklumkan dia melambung keluar dari kereta itu sebelum jatuh ke atas jalan raya," katanya.

    Bagaimanapun, dia bersyukur kerana bayinya terselamat dan hanya mengalami keretakan kecil di belakang kepala selain luka ringan di dahi.

    "Namun saya diberitahu doktor bahawa seorang lagi anak saya, Nik Fawas patah kaki kiri selain retak pada belakang tempurung kepala, menyebabkan pendarahan dalaman," katanya.

    Menurutnya, sebelum itu dia rasa tidak sedap hati dan tidak membenarkan isteri dan anaknya pulang ke kampung, namun isterinya tetap mahu meneruskan hasrat itu.

    Dua lagi anaknya, Nik Nur Farah Aliya , 4, dan Nik Nur Farahana, 2, berada di kampung ketika kejadian.

    Sementara itu, jenazah Abdul Fatah dituntut ahli keluarga di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun jam 1 pagi semalam untuk dikebumikan di kampung halamannya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Muka Hadapan

    Posted: 15 May 2011 01:15 AM PDT

    Utusan Online - Muka Hadapan


    Golongan belia amat penting

    Posted:

    Golongan belia amat penting

    Golongan belia amat penting

    KUALA LUMPUR 14 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata golongan belia sebagai kumpulan demografi terbesar rakyat Malaysia amat penting kepada hala tuju dan masa depan negara.

    Perdana Menteri berkata kejayaan wawasan dan kesemua prakarsa nasional - Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), serta Model Baru Ekonomi (NEM), bersama dengan Rancangan Malaysia ke-10 yang menjadi asas lonjakan negara bagi pusingan terakhir ke arah Wawasan 2020, memerlukan sumbangan pro-aktif golongan belia.

    Menurutnya dalam konteks ini golongan belia yang seharusnya menjadi penggerak yang memacu negara ke tahap yang negara impikan.

    "Golongan belia mencerminkan harapan masa hadapan negara, saudara saudari semua adalah penting untuk masa depan negara – the best hope for the nation's future.

    "Tampil ke hadapan mengambil tampuk utama transformasi Negara. Jadikanlah usia muda ini sebagai landasan ke masa hadapan yang diingini, yang diimpikan," katanya dalam perutusan sempena Hari Belia Negara 2011, dalam blog 1Malaysianya hari ini.

    Hari Belia Negara 2011 yang bertemakan 'Belia Pemangkin Transformasi', disambut esok.

    Najib yang turut mengucapkan selamat menyambut Hari Belia kepada seluruh warga belia Malaysia berkata hari ini negara sedang menangani cabaran yang monumental, iaitu cabaran untuk merealisasikan wawasan kebangsaan bagi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

    Katanya, Malaysia memiliki tradisi unik bersikap pragmatik dan bukan dogmatik, mengambil jalan yang perlu sama ada ia senang mahupun sukar bagi memetakan laluan nasional yang bersifat transformatif.

    Perdana Menteri berkata semangat dan azam yang membara di kalangan anak muda, seharusnya disalurkan ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat yang dapat membangunkan diri dan mengambil peluang sosioekonomi yang kian bertambah.

    "Semangat kesukarelawan juga harus dinyalakan kembali, dipacu oleh daya tenaga serta idealisme golongan belia. Taburlah khidmat bakti dengan penuh keikhlasan kerana wang ringgit tidak akan kekal namun budi baik yang tetap dikenang," katanya.

    Najib berkata berpaksikan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, beliau percaya golongan belia akan terus memacu negara ke hadapan.

    Menurutnya sebagai pewaris bangsa, agama dan negara, golongan muda sewajarnya meneruskan perjalanan mulia ini, lebih-lebih lagi dalam memupuk dan menyuburkan perpaduan nasional. — BERNAMA

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita gembira menanti guru esok

    Posted:

    Berita gembira menanti guru esok

    Berita gembira menanti guru esok


    Muhyiddin Yassin bersama Hishammuddin Tun Hussein dan Adnan Yaakob menarik pukat pada program mesra bersama nelayan Kampung Kempadang sempena lawatan kerja sehari di Pahang, semalam. - BERNAMA


    KUANTAN 14 Mei - Para guru bakal menerima berita gembira apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu beliau akan mengumumkan sesuatu untuk mereka sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengumuman tersebut akan menyuntik semangat para guru yang sanggup berkorban demi mendidik anak bangsa.

    "Insya-Allah ada berita baik akan diumumkan kerana peranan guru amat penting bukan sahaja mendidik tetapi membangunkan negara dalam semua bidang.

    "Paling utama ialah soal menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan sasaran menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020," katanya pada sidang akhbar di majlis bersama warga pendidik, pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk mukim Beserah di sini hari ini.

    Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

    Muhyiddin memberitahu, kerajaan telah menggariskan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang akan menyediakan peluang pekerjaan serta tenaga kerja terlatih dalam semua bidang.

    Katanya, terdapat 12 sektor ekonomi perlu diisi dengan tenaga kerja terlatih yang merupakan cabaran besar untuk disediakan dalam tempoh 10 tahun akan datang dan menuntut komitmen padu daripada warga pendidik.

    Tambahnya, tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi menerapkan sifat baik, berakhlak dan berbudi pekerti kepada pelajar.

    Justeru katanya, dalam tempoh akan datang, Kementerian Pelajaran akan membantu warga pendidik daripada segi kebajikan guru, perjawatan, peralatan dan infrastruktur bagi membantu meningkatkan kecekapan guru dalam pengajaran.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kunjungan hormat

    Posted:

    Kunjungan hormat

    Kunjungan hormat


    Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud mengadakan perbincangan dengan Najib Tun Razak di Riyadh, Arab Saudi, kelmarin.


    Lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Arab Saudi bermula kelmarin diyakini mampu membuka laluan lebih luas kepada kedua-dua negara untuk meningkatkan kerjasama dalam semua aspek.

    Najib selepas mengadakan pertemuan dengan Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud turut mengumumkan bahawa Malaysia menyokong penuh tindakan terbaru Arab Saudi dan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk mencapai keamanan, perdamaian dan kestabilan jangka panjang di Bahrain.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    The Malaysian Insider :: Bahasa

    Posted: 15 May 2011 01:14 AM PDT

    The Malaysian Insider :: Bahasa


    Ibrahim Ali tak wakili majoriti Melayu, kata Hishammuddin

    Posted: 14 May 2011 11:16 PM PDT

    Hishammuddin Hussein merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar pagi tadi. — Foto oleh Jack Ooi

    SUNGAI BESAR, 15 Mei — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang malam tadi mengisytiharkan perang jihad ke atas masyarakat Kristian tidak mewakili keseluruhan kaum Melayu negara ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

    "Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam.

    "Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan," kata Menteri Dalam Negeri ini selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar di sini pagi ini.

    Oleh itu kata Hishammuddin (gambar), "biar rakyat memutuskan siapa yang mereka mahu diwakili."

    Katanya, terdapat juga kumpulan ekstremis di kalangan orang Cina negara ini.

    Dalam ceramah dekat Kuala Lumpur malam tadi, Ibrahim memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

    Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

    Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang.

    "Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan," katanya.

    Ketika ditanya sama ada Ibrahim, bekas ahli Umno, dilihat sebagai ahli politik berpengaruh, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, wakil rakyat itu hanya dianggap berpengaruh jika "anda semua" menjadikannya berpengaruh.

    Katanya, menjadi tanggungjawab media untuk memastikan suhu ketegangan mereda untuk negara menuju ke depan.

    "... tetapi ada pihak lain yang mencetuskan sentimen benci dan pecah belah," kata Hishammuddin.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Anti-Lynas: Polis tahan empat anggota DAP

    Posted: 14 May 2011 10:39 PM PDT

    Empat anggota DAP menghiasi logo protes loji Lynas dan kemudian ditahan polis di Kuantan hari ini.

    KUANTAN, 15 Mei — Polis menahan empat anggota DAP pagi ini kerana mengadakan demonstrasi memprotes loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

    Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Anthony Loke, yang hadir ketika kejadian memberitahu The Malaysian Insider, polis menahan empat anggota parti itu ketika protes mereka hampir berakhir.

    Katanya, program membantah bermula dengan pembukaan pusat khidmat DAP Kuantan di Jalan Beserah di sini pada pukul 10 pagi tadi sebelum memulakan demonstrasi ringkas.

    "Ia hanya demonstrasi kecil... tiga daripada kami memberikan ucapan, (Adun Triang), Leong Ngah Ngah, (Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR) Azan Ismail dan kemudian saya.

    "Ketika saya hendak berucap, OCPD Kuantan datang dan minta kami menghentikan acara ini. Saya memberitahu bahawa kami hampir mahu mengakhiri majlis, jadi selepas hujah kecil, kami berjaya menamatkan demonstrasi kami dan meminta setiap orang supaya bersurai," katanya ketika dihubungi.

    Loke menjelaskan, pemimpin-pemimpin DAP berkumpul untuk sesi bergambar untuk media dan ketika empat anggota parti menunjukkan kain rentang anti-Lynas yang hanya tertera logo.

    "Melihat perkara ini OCPD dengan serta-merta mengarahkan pegawai-pegawainya menahan mereka, mendakwa ia tindakan provokasi," katanya lagi.

    Empat yang ditahan itu terdiri daripada timbalan ketua DAPSY Kuantan Lee Chin Chen, timbalan ketua DAP Bentong Chow Yu Hui, pegawai khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Ting Siow Shuen dan pemberita Rocket Khor Huey Ying.

    Loke berkata, keempat-empat mereka telah dibawa ke ibu pejabat polis daerah Kuantan.

    Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang mengetuai kempen anti-Lynas di kawasannya berkata, adalah jelas pihak polis untuk menunjukkan kuasa dan autoriti mereka.

    "Mereka hanya mahu menunjukkan mereka berkuasa. Mereka belum pun memulakan (demonstrasi) dan sudah ada kehadiran polis yang ketat di kawasan itu," kata Naib Presiden PKR ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: Nasional

    Posted: 14 May 2011 11:41 PM PDT

    Berita Harian: Nasional


    KL sokong pelan damai Bahrain

    Posted: 14 May 2011 04:29 PM PDT

    Nasional

    NAJIB berbincang dengan Raja Abdullah Abdulaziz pada sesi pertemuan di Riyadh, kelmarin. - Foto Saudi Press Agency

    NAJIB berbincang dengan Raja Abdullah Abdulaziz pada sesi pertemuan di Riyadh, kelmarin. - Foto Saudi Press Agency

    Malaysia sedia hantar pasukan pengaman bantu kekal kestabilan: PM

    KUALA LUMPUR: Malaysia menyokong penuh tindakan terbaru Arab Saudi dan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk mencapai keamanan, perdamaian dan kestabilan jangka panjang di Bahrain.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berada di Arab Saudi, kelmarin, membuat pengumuman itu selepas menghadap Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud.

    "Malaysia menyokong penuh semua keputusan berdaulat yang diambil oleh Arab Saudi dan negara-negara anggota GCC untuk memelihara kestabilan serta keselamatan wilayah ini dalam tempoh yang mencabar ini," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di sini, malam kelmarin. Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Riyadh, Arab Saudi dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, pagi kelmarin.
    Perdana Menteri dan delegasinya bertolak ke Qatar, semalam bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke negara Teluk berkenaan.

    Najib berkata, Malaysia menyokong proses dialog nasional yang dilancarkan Putera Mahkota, Salman Hamad Al Khalifa, untuk menangani aspirasi penduduk Bahrain dan meredakan ketegangan di negara berkenaan.

    Malah Perdana Menteri turut mengumumkan kesediaan menghantar pasukan pengaman ke Bahrain.
    "Mengambil kira hakikat ini, Malaysia mengumumkan bersedia menghantar pasukan pengaman ke Bahrain jika diminta berbuat demikian oleh kepemimpinan Bahrain," katanya.

    Pasukan tentera itu, kata Najib akan membantu misi sah tentera GCC yang melaksanakan peranan penting untuk memastikan kejayaan dialog nasional di Bahrain.

    "Sekiranya dijemput, Malaysia akan menganggapnya sebagai satu penghormatan yang besar untuk menawarkan bantuan dalam usaha murni ini," katanya.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Nik Aziz mesti terima hakikat

    Posted: 14 May 2011 04:27 PM PDT

    Nasional

    MUHYIDDIN dipeluk warga emas selepas mengimamkan solat Zuhur di Masjid Rumah Murah Batu Hitam Beserah, Kuantan, semalam. - Foto Azmaidi Abidin

    MUHYIDDIN dipeluk warga emas selepas mengimamkan solat Zuhur di Masjid Rumah Murah Batu Hitam Beserah, Kuantan, semalam. - Foto Azmaidi Abidin

    Siasatan pelaku dalam video seks untuk cari kebenaran: Muhyiddin

    KUANTAN: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, digesa tidak terus menjatuhkan hukum sebaliknya perlu berkata benar walaupun pahit berhubung isu lelaki dalam rakaman video seks yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Timbalan Perdana Menteri turut menyifatkan pemimpin PAS itu hanya menjawab isu berkenaan lebih berasaskan politik dan bukan hukum kerana umat Islam juga tahu hukum dalam Islam.

    "Apabila sudah menjadi perhatian umum maka kerajaan perlu buat siasatan, tetapkan fakta sebenarnya...penting soal sebegini untuk diselesaikan. "Jadi bukan soal hukum kita semua. Orang Islam tahu hukum tetapi yang penting ialah mencari hak kebenaran. 'Ulil haq walau ka naburoo' yang bermaksud katalah benar walaupun kebenaran itu pahit," katanya pada sidang media pada majlis bersama lebih 2,000 warga pendidik, badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk Beserah, dekat sini, semalam.

    Beliau mengulas laporan akhbar semalam berhubung kenyataan Nik Aziz menyifatkan mereka yang mengaitkan Anwar dengan rakaman video seks itu, tidak akan masuk syurga.

    Muhyiddin berkata, menjadi kebiasaan bagi Nik Aziz menjawab kenyataan sedemikian lebih kepada kepentingan politik.

    "Ini fatwa baru dia (tak masuk syurga tuduh Anwar), saya fikir Nik Aziz biasanya begitulah," katanya.
    Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata keputusan analisis pakar dari Amerika Syarikat diperoleh pihaknya kelmarin, sekali gus membuktikan bahawa rakaman video seks itu adalah benar dan bukan diubahsuai.

    Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau akan mengumumkan khabar gembira kepada warga pendidik sempena Sambutan Hari Guru, esok yang diharap dapat menyuntik semangat mereka yang sanggup berkorban demi mendidik anak bangsa.

    Selain itu, katanya, Kementerian Pelajaran mengkaji mewujudkan kelas tambahan bahasa Inggeris jika mendapati penguasaan bahasa Inggeris pelajar sekolah terutama di luar bandar dan pedalaman masih rendah walaupun sudah menyediakan pelbagai program bagi memperkasakan bahasa itu.

    Sebelum itu hujan lebat tidak melunturkan semangat lebih 1,500 penduduk Kampung Sungai Ular untuk memeriahkan Majlis Sarapan 1Malaysia yang dihadiri Muhyiddin di pekarangan Masjid Qariah di sini, pagi semalam.

    Masjid kecil berusia lebih 100 tahun terletak di tepi jalan utama Kuantan-Kemaman menjadi tumpuan walaupun program hanya dijangka bermula pada jam 9.30 pagi.

    Dalam hujan lebat, Muhyiddin turut diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Jenayah

    Posted: 14 May 2011 11:33 PM PDT

    Utusan Online - Jenayah


    Ambil tindakan undang-undang

    Posted:

    Ambil tindakan undang-undang

    Ambil tindakan undang-undang

    Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
    pengarang@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 14 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya mahu pihak berkuasa terutama pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seseorang yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas video tersebut disahkan tulen.

    Selain itu, beliau berkata, pihak yang mendedahkan video tersebut mesti disiasat segera iaitu bagaimana mereka memperoleh video berkenaan dan siapa dalang di sebalik rakaman video itu.

    Menurutnya, pendakwa syarie perlu melakukan tindakan sama terhadap pihak terlibat dan bukannya membiarkan mana-mana pihak sesuka hati melakukan maksiat, berzina dan seterusnya merakam serta mengedarkan perbuatan yang amat jijik dari segi agama dan moral itu.

    "Saya percaya tindakan boleh dikenakan dalam bentuk perundangan sama ada oleh polis atau mahkamah syariah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

    "Sekiranya kerajaan Indonesia boleh mengambil tindakan terhadap penyanyi Ariel Peterpan (terlibat rakaman video lucah) mengapa Malaysia tidak?" katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

    Polis semalam mengesahkan rakaman video seks melibatkan pelaku didakwa mirip Anwar adalah tulen setelah pasukan itu mendapatkan khidmat pakar pengimejan video dari luar negara dipercayai Amerika Syarikat (AS).

    Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, tiada keperluan undang-undang untuk pihaknya mendedahkan pelaku di dalam video terbabit.

    Mengulas lanjut, Juanda berkata, tindakan tegas dan segera daripada pihak polis juga boleh mengelakkan isu itu menjadi semakin parah selain mampu membantutkan sebarang usaha khususnya pihak yang mahu mengambil kesempatan.

    "Kita tidak mahu imej polis dan undang-undang Malaysia tercalar akibat tidak ada ketegasan dalam menguatkuasakan undang-undang dalam usaha kita menjaga akhlak serta memelihara moral rakyat.

    "Video seks adalah salah dari segi agama dan undang-undang. Begitu juga tidak ada mana-mana agama dan sistem moral yang membenarkan manusia berzina, merakamkan aksi itu dan mengedarkannya untuk tontonan umum," ujarnya.

    Seperkara lagi, beliau berkata, pihak polis sebenarnya berperanan sebagai pihak yang wajib menjalankan tugas hisbah (penguatkuasaan undang-undang) dalam sebuah negara Islam iaitu wajib menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar supaya wujud masyarakat berakhlak dan bermoral.

    Dalam pada itu, beliau menyarankan Malaysia mengikut jejak Indonesia kerana negara itu mempunyai undang-undang antipornografi dan antipornoaksi.

    "Selain kes seorang artis terkenal beberapa minggu lalu, seorang ahli Parlimen sebuah parti Islam di Indonesia juga dikenakan tindakan kerana menonton rakaman video lucah sewaktu sidang Parlimen.

    "Hasil rakaman kamera seorang wartawan terhadap perbuatannya itu Ahli Parlimen berkenaan dikenakan tindakan dan sanggup meletakkan jawatan kerana mengambil tanggungjawab terhadap tingkah lakunya itu," katanya lagi.

    Sehubungan itu, beliau sekali lagi mendesak semua pihak berkuasa sama ada polis, Jabatan Peguam Negara, penguat kuasa syariah, pendakwa syarie dan mahkamah syariah agar tidak hanya menjadi penonton dan duduk atas pagar sama seperti rakyat biasa.

    "Semua pihak yang bertanggungjawab soal penguatkuasaan undang-undang ini bertanggungjawab terhadap undang-undang dan di hadapan Allah SWT," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Polis siasat secara profesional

    Posted:

    Polis siasat secara profesional

    Polis siasat secara profesional

    KUALA LUMPUR 14 Mei - Kementerian Luar mengesahkan rakyat Malaysia, Nazarudin Saidin, 38, yang dilaporkan diculik di Pulau Sulu, selatan Filipina pada 8 Mei lalu kini ditahan oleh kumpulan Abu Sayyaf.

    Pegawai dari Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City, Mindanao, Mohammad Azhar Mazlan memberitahu, Polis Kebangsaan Filipina (PNP) mengesahkan Nazarudin kini dalam tahanan kumpulan tersebut.

    "Berikutan itu, kementerian akan terus bekerjasama dengan pihak PNP dalam usaha memastikan Nazarudin dibebaskan dengan secepat mungkin," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

    Nazarudin dari Sungai Buloh, Selangor sebelum ini dilaporkan diculik di Pulau Sulu di selatan Filipina pada 8 Mei lalu.

    Sementara itu, di KUALA KUBU BHARU, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima maklumat berhubung penahanan peniaga Malaysia itu yang dilaporkan diculik oleh 10 lelaki bersenjata.

    Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, berikutan maklumat itu, rundingan sedang diadakan antara PDRM dan pihak berkuasa negara tersebut bagi membincangkan tentang keselamatan mangsa.

    "Buat masa ini, kita sedang berunding dengan pihak autoriti di negara itu dan tindakan susulan akan diambil bagi memastikan keselamatan mangsa tidak terjejas," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan latihan asas kepolisan untuk bekas tentera di Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Politik

    Posted: 14 May 2011 11:24 PM PDT

    Utusan Online - Politik


    Berkata benar walaupun pahit – TPM

    Posted:

    Berkata benar walaupun pahit – TPM

    Berkata benar walaupun pahit – TPM

    KUANTAN 14 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta berkata benar dalam isu rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun ia pahit untuk diterima.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu tersebut, malah siasatan dijalankan untuk mengetahui fakta sebenar berhubung rakaman itu.

    "Bila keluar video tersebut dan dikaitkan dengan orang ternama iaitu ketua pembangkang, sudah tentu ramai ingin tahu tentang perkara itu. Jadi, disebabkan ia menjadi perhatian awam, maka perlu dilakukan siasatan dan tetapkan fakta yang sebenar," katanya di sini hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Eskay: Rakyat dapat menilai moral sebenar Anwar

    Posted:

    Eskay: Rakyat dapat menilai moral sebenar Anwar

    Eskay: Rakyat dapat menilai moral sebenar Anwar

    KUALA LUMPUR 14 Mei – Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yakin, rakyat sudah dapat menilai kebenaran mengenai moral sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas pakar pengimejan video Amerika Syarikat mengesahkan rakaman video seks adalah tulen.

    Ini kerana, jelas beliau, adalah mustahil Korea Selatan dan Amerika Syarikat turut 'berkonspirasi' bagi 'membunuh' karier politik ketua pembangkang itu sebagaimana didakwa Anwar, setiap kali salah laku moralnya didedahkan kepada umum.

    "Pengesahan oleh pakar Amerika ini membuktikan bahawa pendedahan saya adalah benar selepas keputusan serupa juga dibuat oleh pakar tempatan dan Korea Selatan. Saya yakin rakyat sudah boleh menilai siapa sebenarnya Anwar kerana ini bukti sahih.

    "Malah saya juga sudah bersumpah laknat. Ini menunjukkan saya yakin saya di pihak yang benar tetapi Anwar yang menuduh video ini satu konspirasi, sehingga sekarang tidak berani untuk bersumpah," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengesahan polis buat kali kedua, bahawa rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar adalah tulen dan bukan merupakan teknik superimpose (pertindihan).

    Mengulas lanjut, Shazryl Eskay berkata, beliau selaku individu yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks itu telah memberi kerjasama sebaik mungkin kepada pihak polis bagi memastikan siasatan lengkap sepenuhnya.

    Ditanya sama ada wajar atau tidak pelaku yang mukanya mirip dengan Anwar didedahkan, beliau yakin tidak lama lagi polis akan mendedahkan perkara itu kerana skandal tersebut sudah menjadi isu nasional.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Rencana Utama

    Posted: 14 May 2011 11:05 PM PDT

    Kosmo Online - Rencana Utama


    Gurindam ratu lebah

    Posted:

    Gurindam ratu lebah

    Gurindam ratu lebah

    Pemungut madu lebah tualang di Sik, Kedah mengalunkan dua rangkap gurindam untuk memujuk ratu lebah supaya mengarahkan puluhan ribu askarnya turun ke tanah.



    BAGI orang biasa, berdiri dengan sebelah kaki sambil menukang di atas pokok tualang setinggi bangunan 10 tingkat mustahil untuk dilakukan.

    Namun, bagi sekumpulan pemungut madu lebah asli di sekitar hutan di Tasik Pedu, Tasik Ulu Muda dan Tasik Gubir yang terletak di daerah Sik, Kedah, ia bukan satu masalah besar.

    Dengan lilitan kemas tali keselamatan di pinggangnya, Che Man Hashim, 63, cermat mengatur langkahnya. Sebagai ahli paling senior dalam kumpulan yang terdiri daripada lapan sekawan itu, dia masih gagah memanjat pokok hutan yang tertinggi di Asia Tenggara itu untuk membuat tangga berbentuk V.

    Tangga tersebut yang dipanggil sigai merupakan kayu pokok pisang yang dipaku pada batang pokok tualang bagi membolehkan peraih madu memanjatnya hingga ke puncaknya.

    "Dalam satu ekspedisi mengutip madu, empat orang diperlukan untuk membuat sigai. Saya merupakan dua orang pertama yang akan memanjat pokok dan mula memasang sigai hingga melepasi separuh ketinggian pokok.

    "Tugas itu kemudian disambung oleh dua orang rakan lain yang lebih muda kerana semakin tinggi memanjat, semakin besar cabaran serta risikonya," katanya yang mesra disapa Pak Teh.

    Sesekali mendongak ke atas, sayup-sayup kelihatan puncak berdaun yang mekar dengan cabang-cabang dahan melintang, yang menjadi tempat koloni lebah hutan daripada jenis Apis Dorsata membuat sarang.

    Ternyata, bukan mudah untuk memungut madu liar. Kesempatan untuk melihat sendiri proses pengambilan madu lebah tualang akhir April lalu di hutan Tasik Ulu Muda, Kedah, memberi perspektif sebenar tentang nilai mahal madu lebah liar.

    Tiga syarat


    SAIZ perdu pokok tualang ini sebesar tujuh pemeluk lelaki dewasa.


    Pokok tualang yang kami dekati bukan calang-calang. Terletak di kawasan permatang yang berbukit-bukau, perdu pokok saka ini dianggarkan menyamai saiz pemeluk tujuh lelaki dewasa.

    Menurut Pak Teh, setiap pokok tualang terdapat jumlah sarang yang berbeza, bergantung pada tinggi serta jarak di antara pokok-pokok lain.

    "Satu pokok biasanya boleh menempatkan di antara 50 hingga 60 sarang. Ada juga pokok yang memiliki lebih 100 sarang. Ia bergantung pada musim. Bila musim lawas, biasanya jumlah sarang tidak banyak. Tapi apabila musim lebat, memang tidak menang tangan dibuatnya.

    "Saiz sarang juga berbeza-beza, biasanya panjangnya mencecah 1.2 meter (m) dan ada juga yang boleh memanjang sampai 1.8 m," katanya lagi.

    Dianggarkan, satu sarang bersaiz 0.9 m boleh menempatkan 50,000 hingga 70,000 ekor lebah yang terdiri daripada lebah ratu, lebah jantan dan lebah betina.

    Dalam kasta keluarga serangga himenoptera ini, lebah betina merupakan lebah pekerja yang keluar menghisap nektar daripada lebih 100 jenis debunga di sekitar hutan dan menyimpannya di pundi manisan.

    Ia kemudian dipindahkan ke sarang lebah, lebih tepatnya, dibawa ke indung madu.


    AKAR kayu merau menghasilkan asap yang tidak memedihkan mata dan bunga api yang cantik.


    "Lebah betina bertindak sebagai lebah pekerja manakala lebah jantan akan duduk di sarang untuk memastikan ratu lebah dapat bertelur," kata Abdul Samad, 53.

    Selesa dengan panggilan Pak Ngah, beliau memberitahu, ada tiga syarat yang perlu diikut jika ingin jadi pengambil madu tualang.

    "Tidak boleh gayat, kena tahan sakit dan boleh berjaga malam kerana kerja pengumpulan madu hanya boleh dilakukan pada waktu tengah malam ketika bulan gelap iaitu di antara 23 hingga 7 haribulan mengikut kalendar Hijrah.

    "Jika bulan terang atau diambil pada waktu siang, penglihatan lebah lebih sensitif dan ia boleh bertindak agresif," katanya.

    Pak Ngah berkata, semua pemungut mesti melalui saat gayat pada awal kerjaya mereka. Apatah lagi apabila berada di puncak pokok yang tingginya seperti 12 tingkat bangunan.

    "Ketika itu, kalau ada angin kuat, kecut perut dibuatnya," ujarnya.

    Disengat


    INDUNG madu yang diambil diperah dan ditapis menggunakan besen lubang-lubang sebelum disimpan di dalam gelen.


    Musim aktif untuk memungut madu lebah tualang bermula pada bulan Januari hingga Mac setiap tahun.

    "Biasanya lebah akan mencari tempat bersarang pada bulan Oktober dan menjelang Disember, manisan yang dikumpul sudah boleh diambil.

    "Hari ini merupakan tuaian terakhir pada tahun ini, tidak hairanlah lokasi pokok lebih jauh ke dalam hutan," katanya.

    Usai melihat kerja-kerja memasang sigai petang itu, kami pulang semula ke kawasan perkhemahan yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan.

    "Khemah kena jauh dari pokok tualang, takut lebah menyerang semasa madunya diambil nanti," ujar Pak Ngah.

    Selepas solat Isyak, dengan berpakaian tebal, kami bergerak ke lokasi pokok tualang itu.

    Sampai di sekitar perdu pokok tinggi itu, ahli termuda dalam kumpulan itu, Sabri Md. Zain, 35, bersedia untuk memanjat pokok dan menyambung kerja membuat sigai.

    Pernah disengat ratusan lebah sepanjang 10 tahun memungut madu tualang, dia hanya menggunakan madu sebagai penawar.

    "Bila kena 'tembak' memang sakit, tapi bila sudah biasa, tidak rasa sangat sakitnya. Bila berada di atas, sengatan lebah memang tidak dapat dielak.

    "Penawar paling mujarab ialah sapukan madu di tempat yang disengat, insya-Allah, tidak bengkak," katanya yang akan menjual hasil kutipan madu kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada harga RM120 sekilogram (kg).


    KERJA memasang sigai dianggap cabaran terbesar dalam operasi memungut madu.


    Sementara Sabri bersama rakannya Zaini Abdul Hamid, 45, memanjat pokok, ahli kumpulan yang lain berada di bawah memotong kayu pisang untuk dibuat sigai.

    Menurut Sabri, kayu jenis itu digunakan kerana teksturnya yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.

    Sementara dua rakannya naik ke atas, Ramli Yusof, 45, leka memeriksa jamung yang dibuat daripada akar pokok merau.

    "Akar pokok merau dipilih kerana ia mengeluarkan bunga api yang cantik ketika jatuh ke tanah. Asapnya juga tidak memedihkan mata," katanya.

    Lebih kurang pukul 12 malam, setelah sigai siap dibuat, kedua-dua pembuat sigai tadi turun.

    Kali ini mereka mengenakan pakaian yang lebih tebal, penutup kepala, cermin mata, sarung tangan dan stoking sebagai langkah berjaga-jaga terhadap serangan lebah.

    Setelah semuanya siap, Pak Ngah mengetuai rutin membaca surah al-Fatihah serta beberapa surah lain dan diikuti doa agar operasi pada malam itu berjalan lancar.

    Bunga api


    BERBALOI... para pemungut madu bergambar selepas selesai tugas mereka.


    Dua orang pengumpul madu mula memanjat sigai dan menuju ke sarang yang telah dikenal pasti. Mereka turut menarik jamung yang dihulur dari bawah.

    Ketika itu kami disuruh duduk diam dalam keadaan gelap gelita.

    "Jangan risau, nanti bila masa yang sesuai tiba, saya akan beritahu dan anda boleh mengambil gambar," kata Ramli kepada sekumpulan jurugambar yang sudah bersedia dari tadi.

    Apabila jamung dinyalakan dan diketuk di dahan, terdengar bait-bait gurindam dialunkan untuk memujuk lebah turun ke tanah, mengikut ritma bunga api dari akar merau tadi.

    "Intan manis turunkan ikut bunga bintang. Turunlah ke bumi duduk diam-diam."

    Ditanya tentang asal-usul gurindam tersebut, Ramli menjelaskan, ia diperoleh daripada orang dulu-dulu.

    "Tidak pasti siapa yang mula-mula mengalunkan gurindam ini untuk kutip madu. Namun, ia berkesan untuk menarik perhatian lebah keluar dari sarang dan turun ke tanah," tambahnya.

    Serentak itu, puluhan ribu lebah menghurung bunga api berwarna merah dan mengikutnya jatuh ke tanah.

    Masa itu digunakan sebaiknya oleh pengutip madu di atas pokok untuk mengerat indung madu dan membawanya turun menggunakan palong atau besen yang diikat tali.

    "Hanya indung madu diambil manakala sarangnya ditinggalkan untuk menarik lebah datang bersarang pada musim akan datang," kata Ramli.

    Operasi malam itu tidak berhenti di situ. Indung madu yang diturunkan menggunakan palong tadi diperah dan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam gelen putih yang tersedia. Malam itu, mereka berjaya megutip 35 kg madu dari dua sarang.

    Dibantu pencahayaan minimum, penulis sempat merasa keenakan madu tualang liar. Rasanya memang sedap, ia tidak terlalu manis.

    Malah, sedikit rasa masam yang hadir di hujung sudu plastik menjadikan sesi merasa madu pada pukul 2 pagi itu tidak cukup dengan hanya tiga suapan madu!

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pantang larang makan madu

    Posted:

    Pantang larang makan madu

    Pantang larang makan madu


    MADU tualang memang kaya dengan khasiat namun pengambilannya harus berwaspada.


    MADU lebah tualang memang memiliki kelebihan berbanding madu yang dihasilkan oleh lebah ternak.

    Antara ciri penting yang begitu sinonim dengan madu ialah paras gula atau sukrosa dan kepekatannya.

    Menurut pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Padang Terap, Azmi Ishak, kualiti madu boleh diuji di Pusat Memproses Madu Lebah di daerahnya.

    "Kepekatan madu bergantung kepada kematangannya ketika dikutip. Madu matang lebih pekat dan berwarna kuning kemerahan. Madu tualang juga mempunyai kandungan gula di antara 0.5 hingga lima peratus dan air tidak kurang 22 peratus.

    "Selepas ketulenannya disahkan, madu tersebut akan ditapis untuk tujuan pembersihan dan dimasukkan ke dalam mesin penyahlembapan untuk proses menyejat kandungan air sehingga ke paras yang ditetapkan," jelas Azmi.

    Menurutnya, proses tersebut dilakukan untuk mengelak madu menjadi masam dan memudahkan proses pembotolan.

    Lantaran paras sukrosa yang rendah, Azmi menambah, madu tualang sangat sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hingga warga emas.

    Malah, pesakit diabetes juga boleh mengambil madu tualang yang disahkan asli keluaran FAMA di bawah jenama Agromas.

    "Begitupun, ada pantang bila makan madu. Jangan makan madu dalam masa empat jam anda makan ubat.

    "Selain itu, hindari mengambil madu bersama tembikai kerana tindak balas kimia yang terhasil daripada percampuran dua makanan itu boleh mendatangkan reaksi negatif pada tubuh," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tuah dada wanita terkaya Britain

    Posted:

    Tuah dada wanita terkaya Britain

    Tuah dada wanita terkaya Britain

    Dianugerahkan susuk tubuh yang memukau mata lelaki dan ditambah pula keindahan busana pereka fesyen terkemuka, kemunculan Kirsty Bertarelli sememangnya mencuri tumpuan dalam mana-mana majlis keraian.


    KIRSTY dikatakan memiliki mata yang cantik dan senyuman yang menawan.


    "DIA jauh tersasar daripada jangkaan saya. Amat merendah diri dan mudah bergaul. Dia berdansa di atas meja. Dia lantang dan gemar berseronok," kata seorang tetamu di sebuah parti yang dihadiri Kirsty pada musim panas tahun lalu di selatan Perancis.

    Pendek kata, hidup Kirsty Bertarelli dilimpahi keseronokan.

    Dilahirkan sebagai Kirsty Roper di bandar kecil Staffordshire, England, gadis pingitan itu baru sahaja dinobatkan wanita terkaya Britain menerusi ikatan perkahwinannya dengan pewaris empayar farmasi Switzerland-Itali, Ernesto Bertarelli.

    Dalam senarai wanita terkaya Britain pada tahun ini, dia berada di kedudukan teratas dan tersendiri sekali gus memintas Ratu Elizabeth II, J.K. Rowling dan Slavica Ecclestone.

    Masakan tidak, kerana aset bersama Kirsty dan suaminya dianggarkan mencecah £6.87 bilion (RM33 bilion).

    Ratu cantik


    KIRSTY berjinak-jinak dengan dunia ratu cantik semasa berusia 17 tahun.


    Dengan rambut perangnya, bibir mongel dan paras rupa menawan, tidak sukar untuk meneka mengapa Ernesto boleh tertawan pada wanita itu kali pertama mereka bertemu.

    "Mudah sahaja, Kirsty ada rupa, Ernesto pula miliki wang. Wanita itu juga membuatkan hidupnya seronok," kata seorang rakan pasangan tersebut.

    Kepada keluarga hartawan Bertarelli yang berpindah dari Itali ke Switzerland pada tahun 1970-an susulan ugutan culik oleh kumpulan militan Briged Merah, Kirsty tak ubah seperti jelitawan eksotik apabila mereka pertama kali melihatnya dalam dakapan Ernesto.

    Wanita itu jauh berbeza dengan mana-mana gadis yang dianggap sepadan dengan pewaris kekayaan empayar farmasi tersebut.

    Buat permulaan, Kirtsy merupakan bekas ratu cantik Britain dan pemenang tempat ketiga Miss World. Dia juga gemar berpakaian seperti seorang gadis rock kerana itulah dirinya yang sebenar - gadis yang meminati bidang muzik dan memiliki kerjaya kedua sebagai pencipta lagu pop.

    Malah, semasa Kirsty pertama kali bersua dengan Ernesto di Sardinia, Itali dia mencipta sebuah lagu cinta untuknya yang berjudul Black Coffee.

    Lagu tersebut kemudian muncul sebagai lagu popular kumpulan penyanyi wanita Britain, All Saints.

    Jika ramai lelaki berfantasi untuk dibuai cinta seorang bekas ratu cantik, kehadiran Kirsty adalah satu realiti untuk Ernesto.

    Pasangan itu berkahwin pada tahun 2000 di Switzerland dalam majlis yang dipenuhi pemandangan menarik Banjaran Alphine disusuli parti untuk 250 tetamu di Geneva.

    Menyoroti kehidupan harian mereka seterusnya sebagai pasangan suami isteri boleh menimbulkan perasaan cemburu di sanubari sesiapa sahaja.

    Seiringan bersama, dia dan Ernesto akan berseronok dalam parti hujung minggu yang diadakan di atas kapal persiaran mereka, Vava, di perairan Selatan Perancis dan Sardinia.

    Jaga penampilan


    KEKAYAAN KIRSTY dan Ernesto kini melebihi harta Ratu Elizabeth II.


    "Seperti anda jangkakan, terdapat hidangan arak mahal dan tetamu yang hebat," kata seorang rakan yang menghadiri parti tersebut.

    Ernesto kemudian akan membenarkannya bersantai bersama rakan-rakan perempuannya di atas kapal berkenaan untuk mengembalikan tenaga selepas penat berparti.

    "Mereka membuang toksin, mengawasi berat badan, memakan salad, kacang almond dan menolak satu sama lain ke dalam laut apabila sudah penat," kata seorang rakannya.

    Kirsty semenangnya mementingkan penjagaan kejelitaan aslinya dan dia dikatakan amat menyukai jenama Dior, Chanel dan Armani.

    Wanita itu merupakan segelintir individu bertuah yang memiliki tubuh menawan, wang dan gaya hidup elegan.

    Dia pernah muncul dengan memakai seluar legging berharga £3,000 (RM14,588) sewaktu menyanyi di sebuah konsert persendirian di Switzerland.

    Namun, adalah silap untuk menyatakan Kirsty dan Ernesto sebagai pasangan yang gemar hidup berfoya-foya.

    Apabila berada di Switzerland, mereka hidup tenang dan cuma muncul untuk majlis amal di samping bermain golf, tenis, berbasikal, bermain ski atau berkhemah bersama keluarga dengan membawa sebuah dapur gas kecil.

    Rentak kehidupan pasangan suami isteri itu bertukar apabila pasangan itu berjauhan dari rumah.

    Ketika itu, mereka adalah individu sofistikated yang sinonim dengan jet peribadi, kapal persiaran dan tentunya parti.

    Kemunculan mereka di luar kawasan tidak lengkap tanpa iringan pasukan pengawal peribadi dan limosin kalis peluru.

    Ernesto pernah berkata, sekiranya diberi pilihan, beliau mahu menghabiskan kebanyakan masanya bersama keluarga dan kapal persiarannya dan bukan di pejabat seperti dilakukan bapanya yang meninggal dunia di usia muda.

    Namun, realiti adalah berbeza dan gaya hidup mewah yang mereka nikmati turut memiliki cabarannya tersendiri.

    Beberapa bulan lalu, Ernesto mengadakan parti hebat sempena hari jadi ke-40 Kirsty dengan kos mencecah AS$3 juta (RM9 juta). Rancangannya adalah untuk menyewa hartanah tepi pantai seluas 2,694 meter persegi di pantai Miami untuk tujuan tersebut.

    Bagaimanapun, pasangan itu dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa memajak keseluruhan tempat awam untuk majlis peribadi tidak dibenarkan di Miami.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Malaysiakini :: Berita

    Posted: 14 May 2011 07:30 PM PDT

    Malaysiakini :: Berita


    Kuan Yew, Goh bersara dari kabinet Singapura

    Posted: 14 May 2011 05:15 AM PDT

    Menteri Mentor Lee Kuan Yew dan Menteri Kanan Goh Chok Tong membuat keputusan untuk berundur daripada Kabinet, sekali gus merintis laluan bagi Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta pasukannya mempunyai rekod kerja tanpa apa-apa kesilapan masa silam.

    NONEDalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, kedua-dua pemimpin itu berkata: "Kami telah pun mengkaji situasi politik terbaru dan memikirkan bagaimana ia boleh menjejaskan masa depan.

    "Kami telah pun memberi sumbangan kepada pembangunan Singapura. Masanya sudah tiba bagi generasi muda untuk membawa Singapura maju ke hadapan dalam situasi yang lebih sukar dan rumit.

    "Perdana Menteri dan pasukan pemimpin muda beliau perlu mempunyai rekod kerja tanpa apa-apa kesilapan masa silam. Generasi lebih muda, selain mempunyai kerajaan bebas rasuah dan meritokratik serta menikmati taraf hidup yang tinggi, juga ingin lebih melibatkan diri dalam keputusan yang memberi kesan terhadap mereka," kata kedua-dua pemimpin itu.

    Selepas berakhirnya pilihan raya umum yang menjadi titik perubahan, kedua-dua pemimpin berkata: "Kami membuat keputusan untuk berundur daripada Kabinet dan menyerahkan kepada kumpulan menteri muda sepenuhnya untuk mendekati dan melibatkan diri dengan kalangan generasi muda dalam membentuk masa depan Singapura kita.

    "Namun pasukan muda harus sentiasa mengingati kepentingan generasi lebih tua. Generasi yang telah memberi sumbangan kepada Singapura mesti dijaga dengan baik," kata mereka.

    --Bernama

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    'Tak logik' isytihar negara Kristian depan Muslim

    Posted: 14 May 2011 04:57 AM PDT

    Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merpersoalkan logik di sebalik dakwaan terdapatnya konspirasi Kristian-DAP sedangkan pertemuan kontroversi sekumpulan pastor itu turut dihadiri orang Islam.

    Katanya, tuduhan terhadap wakil rakyat parti itu dan pastor -- untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan memastikan perdana menteri daripada penganut agama itu --
    tidak berasas kerana Jeff Ooi seorang Buddha.

    NONELim (kiri) menegaskan bahawa adalah" tidak boleh diterima akal" untuk mengisytiharkan hasrat itu dihadapan penganut agama Islam.

    "Adakah kamu bermaksud untuk berkata pastor berbohong. Ini sudah melampau. Kamu boleh mencurigai Ooi - tetapi beliau seorang penganut Buddha, kenapa pula beliau mahukan negara Kristian?" tanya Lim dalam sidang media di Pulau Pinang.

    "Kita bukan hanya bercakap tentang seorang pastor tetapi beberapa orang, termasuk mereka yang mewakili pertubuhan dan kesatuan, untuk menuduh mereka berbohong adalah isu yang sensitif," tambahnya.

    "Nampaknya Utusan seperti cuba menutup pembohongannya sendiri. Satu pembohongan dizahirkan, lebih banyak pembohongan diperlukan untuk menutupnya."

    [Baca berita penuh]

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Mahkamah

    Posted: 14 May 2011 07:14 PM PDT

    Utusan Online - Mahkamah


    Keputusan kes Anwar esok

    Posted:

    Keputusan kes Anwar esok

    Keputusan kes Anwar esok

    KUALA LUMPUR 14 Mei - Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui nasibnya Isnin ini dalam perbicaraan di mana beliau dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

    Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijangka memberikan keputusan pada akhir kes pendakwaan sama ada Anwar akan diminta membela diri atau dibebaskan.

    Ini merupakan pertuduhan liwat kedua terhadap Anwar. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

    Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana meliwat Azizan, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menyanggah keputusan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara tersebut.

    Peguam utama Anwar Karpal Singh, ketika dihubungi berkata, beliau bersedia bagi sebarang kemungkinan dan telah menyiapkan persediaan jika Anwar diperintah membela diri.

    "Saya tidak berminat untuk membuat spekulasi mengenai keputusan itu dan berharap mahkamah akan mengambil pertimbangan pada sesetengah kekurangan dalam kes pendakwaan," kata Karpal.

    Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008 kerana kesalahan persetubuhan di luar tabii di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.

    Sungguhpun pasukan pembelaan pada mulanya berjaya memohon untuk kes itu didengar di mahkamah rendah, Mahkamah Tinggi pada 3 Mac 2009, membenarkan rayuan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

    Ia mengambil masa hampir setahun sebelum perbicaraan liwatnya itu dimulakan, dengan pasukan pembelaan cuba mengetepikan pertuduhan terhadap Anwar.

    Setelah gagal dalam permohonan awal di mahkamah tertinggi, pihak pembelaan kembali dengan permohonan lain mengikut Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah untuk laporan perubatan mengenai Anwar yang dijalankan oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

    Perbicaraan itu yang bermula pada 3 Februari tahun lepas, di mana Mohd. Saiful, 25, memberikan keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai tugasnya di pejabat Anwar sebagai pembantu dan dakwaan insiden tersebut.

    Bagaimanapun, butir-butir mengenai dakwaan perbuatan itu didengar di mahkamah secara tertutup, tetapi pada perbicaraan dalam mahkamah terbuka beliau memberi keterangan berkaitan kes tersebut yang membawanya membuat laporan polis terhadap Anwar.

    Malah Mohd. Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak buang air besar selama dua hari selepas mendakwa diliwat.

    Mohd. Saiful juga memberikan keterangan bahawa slek hitam yang dipakai beliau pada hari dituduh diliwat adalah hadiah daripada Anwar.

    Pendakwaan memanggil 27 saksi termasuk tiga pakar dari HKL yang memeriksa Mohd. Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku.

    Pihak pendakwaan juga menggunakan sepenuhnya penemuan dua ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon bahawa profil DNA 'lelaki Y' didapati di dubur Mohd. Saiful yang pada hakikatnya adalah milik Anwar. - Bernama

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Pahang

    Posted: 14 May 2011 07:14 PM PDT

    Utusan Online - Pahang


    Pili: Bomba kecewa

    Posted:

    Pili: Bomba kecewa

    Pili: Bomba kecewa

    Oleh NOREHAN SALEH
    utusanpahang@utusan.com.my


    SEBAHAGIAN pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat Pahang membaca ikrar pada Sambutan Hari Bomba dan Penyelamat peringkat negeri di Kuantan, baru-baru ini.


    KUANTAN 14 Mei – Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang kecewa dengan penyertaan orang ramai sebagai 'Teman Pili Bomba' yang diwujudkan jabatan itu kurang mendapat sambutan.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Pahang, Zulfahmi Sutaji berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima seramai 400 'ibu dan bapa' angkat kepada pili bomba di kawasan masing-masing.

    Menurutnya, jumlah tersebut dianggap masih kecil berbanding 21,000 pili bomba yang terdapat di negeri ini.

    "Kita menawarkan kepada masyarakat untuk menjadi salah satu teman atau ibu bapa angkat kepada pili bomba yang berhampiran dengan rumah mereka.

    "Program itu bagi mewujudkan kesedaran orang ramai untuk menjaga dan memastikan pili bomba berada dalam keadaan baik," katanya selepas Majlis Sambutan Hari Bomba dan Penyelamat Peringkat Pahang, di sini baru-baru ini.

    Zulfahmi berkata, orang ramai boleh berhubung terus dengan balai bomba berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program tersebut.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Polis buru lelaki Lombok

    Posted:

    Polis buru lelaki Lombok

    Polis buru lelaki Lombok

    TEMERLOH 14 Mei - Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai boleh membantu siasatan kematian seorang lagi rakyat negara itu yang mayatnya ditemui di ladang betik di Jalan Ulu Ketam, Kerdau dekat sini Selasa lalu.

    Ketua Polis daerah, Asisten Supritendan Mohd. Nor Mansor berkata, suspek dikenali sebagai Riyan berusia lingkungan 20-an, dari Lombok dengan ketinggian 165 sentimeter dan berkulit sawo matang.

    "Hasil pemeriksaan pakar patologi mendapati terdapat empat kesan tetakan di tangan kanan mangsa yang bekerja di ladang betik berkenaan," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

    Mohd. Nor memberitahu, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat putus urat tunjang tengkok dan motif pembunuhan dipercayai berkaitan dengan hutang.

    Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Sharudin menerusi talian 019-9812820 atau 09-2691222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

    Dalam perkembangan lain, Mohd. Nor berkata, pihaknya menemui semula sebahagian barang yang disamun dari rumah Jurutera Daerah Temerloh dalam kejadian pecah rumah pada 29 April lalu.

    Katanya, jurutera berkenaan mengalami kerugian bernilai kira-kira RM10,000 setelah kehilangan sebuah komputer riba, dua utas gelang tangan, masing-masing seutas gelang kaki dan rantai leher serta dua bentuk cincin.

    "Polis menahan dua suspek yang masing-masing berusia 20 dan 34 tahun dan turut mempunyai rekod jenayah berkaitan curi motosikal," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Rencana

    Posted: 14 May 2011 03:24 PM PDT

    Utusan Online - Rencana


    Isyarat kepada Lee Kuan Yew

    Posted:

    Isyarat kepada Lee Kuan Yew

    Isyarat kepada Lee Kuan Yew

    Ku Seman KU Hussain


    KEBANGKITAN rakyat berlaku dengan derasnya dalam politik semasa di singapura.


    Dari sudut matematiknya kemenangan enam kerusi oleh pembangkang dari Parti Pekerja berbanding 81 oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura bukan besar. Jurangnya pun sangat jauh untuk memaksa PAP menerima sistem dua parti atau berkongsi dengan pembangkang.

    Tetapi dari sudut politik dan kebangkitan rakyat di peringkat global serta negara-negara sebelah sini, itu adalah petanda perubahan yang sangat besar. Gerombolan pendesak perubahan menonjol semasa berkempen hingga meletakkan PAP dalam kebimbangan. Suatu yang sangat penting daripada pilihan raya ini adalah isyarat rakyat menuntut perubahan sudah sampai kepada kerajaan. Malah pilihan raya kali ini adalah mercu tanda politik baru dalam sejarah moden Singapura.

    Setelah PAP tergugat teruk dalam pilihan raya ini, semalam Menteri Mentor dan pengasas PAP, Lee Kuan Yew mengalah kepada suara rakyat dan mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan. Turut meletak jawatan ialah Menteri Kanan Goh Chok Tong. Ini merupakan kejayaan besar gerakan generasi muda yang menuntut perubahan.

    PAP dianggap gergasi di Singapura. Sejak 1965 PAP tidak pernah rasa dicabar. Kalau di Mesir, Presiden Hosni Mubarak yang menjadi sekutu Amerika Syarikat (AS) pun boleh ditumbangkan oleh kebangkitan rakyat, apa luar biasanya Singapura? Dalam konteks ini, kemenangan enam kerusi oleh pembangkang bukan mustahil menggerakkan kebangkitan rakyat lebih besar hingga mengundurkan Lee Kuan Yew dari kabinet.

    Keputusan pilihan raya umum Singapura ke 16 minggu lalu memperlihatkan kemaraan pembangkang yang luar biasa. Maka PAP berhak untuk merasa cemas dengan mercu tanda baru politik ini. Lee Kuan Yew pula tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya. Lalu secara tergesa-gesa dia menyalahkan generasi muda kononnya tidak menghargai jasa PAP membangunkan Singapura.

    Siapa yang berjasa kepada siapa? Rakyat kepada parti pemerintah atau parti pemerintah kepada rakyat yang memilih mereka? Cara Lee Kuan Yew mengungkit jasanya kepada Singapura memperlihatkan kegagalan menguruskan tekanan kuat daripada pembangkang.

    Inilah kali pertama Lee Kuan Yew berleter dan terkeluar tajuk. Kemajuan Singapura dianggap sebagai jasa yang mesti dibayar oleh rakyat kepada PAP. Seolah-olah setiap rakyat yang menikmati hasil pembangunan negara berhutang dengan PAP. Cara membayarnya ialah dengan terus memilih PAP, sekalipun dasar parti itu sudah lapuk dan kekayaan negara tidak sampai kepada rakyat.

    Sebenarnya ini antara antara punca kebangkitan rakyat menuntut perubahan. Maka wajarlah apabila rakyat membalasnya dengan memberi kemenangan enam kerusi kepada pembangkang.

    Tetapi ini adalah sikap biasa pemimpin di mana-mana negara sekali pun. Mereka selesa dengan kemenangan dan terlena dalam kegemilangan silam. Pemimpin-pemimpin PAP tidak terkecuali tetapi cepat dikejutkan oleh kemaraan pembangkang menjuarai masalah rakyat.

    Tajam

    Lee Kuan Yew seorang pemerhati politik yang tajam. Dia boleh membaca kedudukan pembangkang yang akan lebih hebat pada masa akan datang dan PAP tidak mampu menyekatnya. PAP tidak lagi sebuah parti pemerintah yang selesa setidak-tidaknya menghadapi pilihan raya akan datang.

    Kalau dilihat daripada majoriti, antara enam dengan 81 adalah jurang yang sangat jauh. Tetapi ini menjadi penting kerana pencapaian dan kejayaan terbesar pembangkang berbanding tahun 1991 hanya empat kerusi dan 2006 hanya dua kerusi.

    Pada pilihan raya umum kali ini, kemaraan pembangkang boleh dilihat apabila bertanding 82 daripada 87 kerusi. Sebenarnya angka-angka ini adalah petunjuk kebangkitan terbesar rakyat yang menolak dasar kerajaan PAP. Sebahagian besar daripada mereka pula adalah generasi muda yang terputus daripada nostalgia Singapura seperti yang dirasai oleh generasi Lee Kuan Yew.

    Generasi muda inilah yang akan membentuk alam politik Singapura yang baru masa depan. Mereka menjadi petunjuk bentuk dan hala tuju pendemokrasian politik Singapura. Maka kebimbangan Lee Kuan Yew tentang masa depan PAP itu sangat berasas sama sekali. Ini kerana kesedaran politik generasi muda dibina oleh jaringan maklumat yang lebih luas berbanding generasi lama yang terbius oleh kegemilangan silam Lee Kuan Yew.

    Kejayaan Parti Pekerja menumbangkan calon PAP yang juga bekas Menteri Luar, George Yeo pada pertandingan Perwakilan Kumpulan Kawasan (GRC) Aljunied adalah pukulan terbesar. Aljunied adalah kawasan selamat PAP. Tetapi kali ini menjadi kawasan panas dengan kebangkitan pengundi muda memainkan peranan dalam politik Singapura.

    Demokrasi Singapura tidak lebih daripada mengundi. Tetapi tiada demokrasi untuk menuju hari mengundi. Demokrasi itu tidak wujud dalam erti kata sebenar apabila pembangkang akan "dibunuh" dengan pelbagai cara termasuk memperalatkan institusi kehakiman untuk memufliskan pembangkang. Sementara media arus perdana pula dikawal ketat oleh kerajaan dan tidak sedikit pun memberi laluan kepada pembangkang. Sebelum ini kaedah tersebut berjaya melemahkan pembangkang kerana tiada laluan untuk menyampaikan tawaran yang terbaik kepada rakyat. Sekarang pembangkang mempunyai banyak pilihan termasuk menggunakan kemudahan Internet.

    Untuk menyekat pembangkang, PAP mewujudkan sistem yang dipanggil Perwakilan Kumpulan Kawasan pada 1988. Sistem ini memberi kelebihan kepada PAP untuk menang dalam sesuatu kawasan. Tetapi apabila kebangkitan rakyat berlaku dengan derasnya, sistem yang dibuat untuk memudahkan kemenangan PAP sudah tidak berperanan malah memakan diri.

    Protes

    Kemenangan mudah sejak 1965 menjadikan PAP leka dan selesa. Kerajaan meminggirkan kepentingan rakyat terbanyak dan suara protes tidak kedengaran di Parlimen. Kerajaan membuat dasar dengan sesuka hati untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PAP. Semua ini memberi kesan secara langsung kepada rakyat seperti kenaikan harga rumah sebanyak 70 peratus sejak 2006, pembanjiran pekerja asing mencecah sejuta orang yang mengambil peluang pekerjaan warga tempatan, sistem pengangkutan yang tidak cekap, kenaikan sara hidup yang mendadak serta jurang kaya miskin yang semakin besar akibat acuan sistem ekonomi neoliberalisme. Dengan menggunakan teknologi maklumat dan jaringan sosial di Internet, generasi muda berjaya disatukan untuk melancarkan perang perubahan. Laman-laman sosial ternyata memberikan kesan hebat sekalipun media arus perdana menutup peluang kepada pembangkang.

    Melihat kemunculan muka-muka baru dalam pembangkang, PAP juga mengemukakan banyak calon-calon muda kalangan profesional untuk mengimbangi populariti pembangkang. Masalahnya bukan sahaja soal calon tetapi dasar PAP. Tukar calon tetapi dasarnya sama tentu tidak akan ada perubahan. Meremajakan PAP tidak berhasil kecuali mengubah dasar supaya peka kepada masalah rakyat.

    Modal kempen PAP ialah pencapaian cemerlang Singapura sebagai negara bebas rasuah, peningkatan 14.4 peratus ekonomi selepas kegawatan 2009. Tetapi Perdana Menteri Lee Hsien Loong terpaksa menerima kenyataan apabila berkata, "Kami mendengar suara anda" merujuk sokongan hebat rakyat kepada pembangkang. Dia juga secara terbuka memohon maaf kerana kerajaan pimpinannya tidak peka dengan permasalahan rakyat. Setidak-tidaknya dia seorang pemimpin yang bertanggungjawab kerana mengakui kelemahan dasar-dasarnya. Hanya Lee Kuan Yew yang gagal melihat sosiopolitik semasa Singapura dari sudut pandangan generasi baru yang lebih terbuka.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Menjayakan transformasi ekonomi

    Posted:

    Menjayakan transformasi ekonomi

    Menjayakan transformasi ekonomi

    Dr NOor Azlan Ghazali


    KESUNGGUHAN kerajaan membangunkan ekonomi negara telah memperlihatkan hasilnya yang membanggakan.


    Sejak mengambil alih kepimpinan negara pada April 2009, istilah "transformasi" antara perkataan yang paling kerap diutarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Hampir di mana sahaja, baik forum ekonomi, sosial, pendidikan, malah juga politik, keperluan untuk kita melaksanakan transformasi pastinya diungkapkan. Rakyat dilontarkan dengan satu istilah yang besar ertinya secara bertubi-tubi oleh kepimpinan negara.

    Secara mudah, istilah ini mempunyai dua gabungan perkataan iaitu "trans" dan "formasi" yang memerlukan kita melaksanakan dua perkara secara serentak. Kita perlu bergerak, berubah atau berganjak dari satu tempat, keadaan, situasi ke satu destinasi yang baru dan dalam masa yang sama mengubah bentuk, struktur, kaedah pengoperasian dalam menguruskan keperluan diri, masyarakat dan juga negara.

    Saya amat tertarik dengan "keberanian" kerajaan untuk meletakkan transformasi ekonomi ini sebagai satu agenda besar negara. Proses transformasi bukan satu istilah kosong untuk mengejar populariti atau untuk seronok-seronok yang melekakan. Ini adalah satu pertaruhan yang begitu besar dan pastinya menjadi pembayang utama atas kesungguhan kerajaan dalam memajukan ekonomi negara dan juga pengukur kepada kecekapan kerajaan melaksana inisiatif yang diumumkan.

    Sasaran makro yang dinyatakan dalam laporan Pemandu adalah jelas, pada tahun 2020 Malaysia akan menjadi negara maju yang secara umumnya diukur dengan tahap pendapatan kasar nasional perkapita (GNI perkapita) berjumlah AS$15,000 (RM48,000). Pada tahun 2009, GNI perkapita ialah RM23,700. Ini bererti dalam tempoh sepuluh tahun angka ini perlu ditingkatkan sebanyak 2.03 kali ganda (2.23 kali ganda dalam nilai AS$). Mampukah kita mencapainya? Jawab saya, ya! Akan saya jelaskan bagaimana matlamat ini boleh dicapai.

    Malaysia mempunyai rekod melaksanakan transformasi ekonomi.

    Sebelum kita menilai lebih dalam, saya ingin membawa pembaca meninjau kepada satu perkara yang ramai kita terlepas pandang atau tersalah tafsir dan merasakan transformasi ini adalah petanda kita sudah ketinggalan. Sejauh manakah prestasi kemajuan Malaysia berbanding rakan saingan sebaya kita? Mengapakah kita memerlukan satu proses transformasi ekonomi secara besar-besaran? Adakah ini petanda kita ketinggalan di belakang?

    Ujian ringkas - kali pertama saya menjejak kaki ke Amerika Syarikat ialah pada bulan Jun 1982. Antara soalan yang sering perlu dijawab oleh pelajar Malaysia di Amerika Syarikat pada ketika itu ialah - di mana Malaysia? Malaysia tidak dikenali. Nama Malaysia jarang sekali disebut. Masih ramai yang keliru antara Madagascar, Malawi, dan Malaysia. Hampir tiga puluh tahun berlalu, sejak tiba di Harvard pada Julai 2010 yang lalu, soalan ini tidak lagi kedengaran. Malaysia sudah berada di pentas dunia.

    Profesor Hausmann, cendekiawan pembangunan ekonomi yang juga Pengarah Pusat Pembangunan Antarabangsa Harvard, menggunakan Malaysia sebagai negara contoh untuk membincangkan teori Product Space yang dipeloporinya. Menurut beliau, daya saing sebuah negara boleh didasarkan kepada kejayaan beralih dari satu produk kepada produk yang lebih berteknologi dan bernilai tinggi. Malaysia diiktiraf kejayaannya dalam melayari Product Space, mengubah struktur ekonomi dari sebuah negara berpaksikan pertanian kepada negara pembuatan.

    Peralihan yang berjaya dilaksanakan oleh Malaysia dari tahun 1980-an ke tahun 2000 adalah begitu jelas. Kita mempunyai satu rekod yang amat penting - Malaysia telah berjaya melaksanakan satu transformasi yang begitu besar.

    Penelitian saya ke atas prestasi 10 tahun kalangan 20 negara yang sebaya dengan Malaysia (10 di atas dan 10 di bawah berdasarkan GNI per kapita) setiap kali kita menjengah ke dekad yang baru jelas sekali menunjukkan bahawa prestasi Malaysia adalah antara yang teratas. Begitu memberangsangkan. Sebagai contoh, ketika memasuki tahun 1980-an GNI perkapita Malaysia ialah AS$1,830 (1980). Dalam tempoh sepuluh tahun, pada tahun 1989, pendapatan perkapita meningkat sebanyak 1.23 kali ganda ke AS$2,250. Untuk dekad 1990-an (1990-1999), pendapatan perkapita meningkat sebanyak 1.41 kali ganda. Dari tahun 2000 sehingga 2009, pendapatan perkapita rakyat Malaysia telah meningkat sebanyak 2.13 kali ganda, dari AS$3,450 kepada AS$7,350.

    Transformasi ekonomi bukan kerana Malaysia ketinggalan

    Mengapa saya bangkitkan rekod kemajuan pembangunan negara untuk tiga dekad yang lalu sejak tahun 1980? Pertama, ini menjadi faktor penting bagi menyokong kemampuan kita untuk mencapai sasaran transformasi ekonomi negara. Kita mempunyai rekod yang cemerlang dalam konteks pembangunan ekonomi. Ini adalah tafsiran ekonomi yang kukuh berdasarkan fakta rasmi. Sasaran transformasi kita untuk meningkatkan pendapatan perkapita sebanyak 2.03 kali ganda pada tahun 2020 bukan unjuran lamunan mimpi. Kita boleh mencapainya kerana kita pernah melaksanakannya.

    Kedua, transformasi ekonomi perlu dilaksanakan bukan kerana kita ketinggalan atau gagal melaksanakan pembangunan ekonomi. Sebaliknya transformasi ini merupakan keperluan untuk kita melonjakkan momentum pertumbuhan ekonomi negara. Analisis saya kalangan 20 negara sebaya menunjukkan hanya Korea Selatan mempamerkan prestasi luar biasa. Pada tahun 1980 Korea Selatan adalah negara sebaya dengan Malaysia. GNI perkapitanya adalah AS$1,810, sedikit lebih rendah dari Malaysia. Namun, sepuluh tahun berikutnya, pada tahun 1989, negara ini telah menewaskan semua negara sebayanya. GNI per kapita Korea Selatan telah meningkat sebanyak 2.78 kali ganda dari 1980 ke 1989.

    Benar jika dibandingkan dengan kes luar biasa seperti Korea Selatan kita di belakang tetapi ini bukan bererti kita ketinggalan. Perbandingan tidak boleh dibuat berasaskan kes luar biasa. Berdasarkan purata prestasi rakan sebaya, prestasi Malaysia adalah antara yang terbaik. Kita tidak ketinggalan tetapi kita mahukan lonjakkan momentum pertumbuhan ekonomi.

    Setiap rakyat Malaysia adalah agen kepada transformasi ekonomi

    Gesaan bertubi-tubi Perdana Menteri untuk kita melaksanakan transformasi ekonomi adalah penting untuk kita semua. Momentum pertumbuhan ekonomi hanya boleh dilonjakkan sekiranya kita semua jelas dengan apa yang perlu kita lakukan. Setiap rakyat Malaysia adalah agen kepada kejayaan pelaksanaan program transformasi ekonomi.

    Bagi memastikan manfaat transformasi ini bersifat inklusif dan dikecapi semua, setiap komposisi dalam negara, individu, keluarga, komuniti (wilayah-bandar-kampung), kerajaan, firma, industri kecil dan sederhana, akademia, ahli politik dan sebagainya perlu memberi perhatian yang khusus dan jelas ke atas keperluan transformasi ini. Kita tidak boleh bersifat pasif, tunggu-lihat dan mengharapkan kerajaan mengagihkan kekayaan negara. Setidaknya kita mesti mempersoal dan membincangkan - apakah peranan saya dalam menjayakan transformasi ini? Apakah perubahan yang perlu saya lakukan?

    Persekitaran ekonomi mempunyai evolusinya yang tersendiri. Polisi ekonomi yang penting dan utama satu ketika dahulu berkemungkinan tidak lagi penting dan utama pada hari ini. Kemahiran yang kita hargai satu masa dahulu mungkin sudah lapuk. Struktur persaingan ekonomi global juga jauh berbeza. Pada tahun 1980-an tidak kedengaran nama Brazil, Rusia, China dan India atau BRIC. Hari ini BRIC muncul sebagai kuasa ekonomi besar yang semakin penting dalam ekosistem ekonomi dunia.

    Aliran pelaburan asing (FDI) dan dasar keputusan yang menentukan lokasi pilihan pelaburan juga ketara perbezaannya. Di tahun 1980-an tawaran kita ialah tenaga pekerja yang murah. Malaysia dan beberapa negara di rantau Asia Tenggara adalah syurga bagi pelabur asing yang bertujuan mengurangkan kos pengeluaran. Hari ini, semua ini telah berubah. Begitu juga Malaysia, kita perlu berubah.

    Malaysia mesti berubah secara proaktif mendahului rentak evolusi ekonomi global. Usaha mempertahankan polisi silam yang satu masa dahulu penting dan menguntungkan berkemungkinan merugikan. Polisi ekonomi mempunyai hayat kesesuaiannya. Apabila lahir, bayi mula dengan menyusu, kemudian diberi nasi bubur, kemudian nasi biasa, dan ditambah lauk pauk. Begitu juga ekonomi sebuah negara, apabila ekonomi semakin membangun dan maju, sifat ekonominya semakin kompleks. Keupayaan dan keperluannya semakin berbeza.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Negara

    Posted: 14 May 2011 01:20 PM PDT

    Kosmo Online - Negara


    Bimbang nasib suami

    Posted:

    Bimbang nasib suami

    Bimbang nasib suami

    Oleh NUR AISHAH AMIN
    nuraishah.amin@kosmo.com.my


    MAZLINA di samping suami Nazarrudin Saidin.


    KUALA LUMPUR - Sukar dibayangkan bagaimana hendak mendapatkan wang sebanyak 80 juta Peso (RM5.6 juta) dalam masa yang singkat.

    Bagi Mazlina Mohamad yang menyara hidup menjual kuih dan suaminya, Nazarrudin Saidin, bekas pemandu lori, adalah amat mustahil untuk mendapatkan wang tersebut sampai mati.

    Namun itulah jumlah wang tebusan yang dituntut oleh sepuluh lelaki bersenjata yang menculik Nazarrudin ketika berada di Pulau Sulu, selatan Filipina pada Ahad lalu.

    Beliau tidak menolak kemungkinan penculik terbabit mendapat maklumat salah mengenai suaminya semasa berada di Pulau Sulu baru-baru ini kononnya sebagai usahawan cicak tokek yang kaya raya.

    Kosmo! dalam laporan muka depan pada 8 Mei 2010 melaporkan harga sekilogram cicak tokek boleh mencecah RM1 juta disebabkan khasiatnya boleh mengubat penyakit HIV dan banyak lagi.

    Kata Mazlina, penculik terbabit melalui seorang ejen telah meminta supaya keluarganya supaya membayar pendahuluan wang tebusan itu selewat-lewatnya Isnin ini.

    Bagaimanapun, dia yang kini tertekan kerana terpaksa menjaga enam anak yang masih kecil berasa hairan apabila tidak menerima sebarang ugutan menakutkan daripada ejen terbabit jika tidak membayar wang tebusan itu.

    Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Dulu bapa, kini anak mati ditembak

    Posted:

    Dulu bapa, kini anak mati ditembak

    Dulu bapa, kini anak mati ditembak

    Oleh FIRDAUS HASSAN


    ANGGOTA polis mengangkat mayat suspek yang mati ditembak di sebuah hotel bajet
    di Cyber Valley, Dengkil semalam.


    SEPANG - Seorang penjenayah berusia 20-an yang dipercayai terlibat dengan geng samun kenderaan mewah mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis berhampiran sebuah hotel bajet di Cyber Valley, Dengkil di sini malam kelmarin.

    Kejadian berlaku pada pukul 10.15 malam selepas sepasukan polis dari cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan intipan di hotel tersebut sejak pukul 5.30 petang.

    Hasil intipan tersebut, polis mendapati sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard berwarna putih yang dipercayai dicuri oleh suspek bersama rakan-rakannya diletakkan di belakang hotel tersebut.

    Kosmo! Ahad difahamkan, dua tahun lalu bapa suspek juga mati selepas ditembak polis kerana disyaki terlibat dalam kes culik dan jenayah kekerasan di beberapa kawasan di Selangor.

    Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kementerian kaji kelas tambahan BI

    Posted:

    Kementerian kaji kelas tambahan BI

    Kementerian kaji kelas tambahan BI

    KUANTAN - Kementerian Pelajaran akan mewujudkan kelas tambahan Bahasa Inggeris (BI) di sekolah kebangsaan dan menengah sekiranya penguasaan pelajar sekolah terhadap bahasa itu dilihat masih tidak memuaskan.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada ketika ini, Kementerian Pelajaran sedang memantau tahap pencapaian penguasaan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah.

    "Saya akan teliti perkembangan ini dari semasa ke semasa dan jika terdapat sebahagian besar pelajar masih lemah menguasai bahasa tersebut, kita akan wujudkan kelas tambahan atau tuisyen yang akan diadakan pada setiap hujung minggu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama warga pendidik Pahang di sini semalam.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelbagai usaha dilakukan ketika ini termasuk mewujudkan program pembelajaran dengan menyediakan kurikulum, guru terlatih dan makmal bagi melihat penguasaan pelajar terhadap bahasa itu tercapai.

    Beliau berkata, kementerian juga telah menempatkan 10,000 guru Bahasa Inggeris di sekolah supaya sistem pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. - Bernama

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: MukaDepan

    Posted: 14 May 2011 09:06 AM PDT

    Berita Harian: MukaDepan


    Simen heroin

    Posted: 13 May 2011 12:47 PM PDT

    MukaDepan

    Kastam rampas dadah RM37.8j

    PELABUHAN KLANG: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sela­ngor menumpaskan sindiket dadah antarabangsa apabila merampas heroin mentah seberat 214.5 kilogram dianggarkan bernilai RM37.8 juta yang dimuatkan di dalam kampit simen dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang, 28 April lalu.

    KDRM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor turut menahan dua warga Pakistan berusia 21 dan 27 tahun di sebuah kondominium di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Selasa lalu kerana dipercayai mendalangi kegiatan penyeludupan dadah itu. Sindiket berpangkalan di Islamabad, Pakistan itu dipercayai menghantar lima kontena simen ke Malaysia menerusi Pelabuhan Klang pada 18 April lalu dan memuatkan dadah mentah itu dalam sebuah kontena terbabit.

    Kegiatan mereka dicurigai apabila dokumen kargo itu mencatatkan alamat pembeli di Plaza Low Yat Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur sedangkan kawasan berkenaan hanya berurus niaga produk berkaitan teknologi maklumat (IT) seperti telefon dan komputer.

    Pengarah KDRM Selangor, Datuk Azis Yacub, berkata pada jam 3 petang, 28 April lalu unit penguat kuasa dengan bantuan JSJN Selangor menjalankan pemeriksaan rapi ke atas lima kontena simen yang ditahan 10 hari sebelum itu dan menemui 278 bungkusan serbuk dipercayai heroin mentah disorokkan dalam kampit simen dalam kontena pertama.

    "Jika dilihat pada mata kasar, beg simen itu tidak mencurigakan kerana jahitannya kemas dan tidak terdapat sebarang tanda dibuka atau diubah suai tetapi timbangannya berbeza.
    "Dugaan sebelum itu tidak meleset apabila menemui heroin mentah dibungkus kemas dalam beg plastik dan disembunyikan di tengah-tengah kampit simen itu," katanya pada sidang media di Pejabat KDRM Pelabuhan Utara, di sini semalam.

    Azis berkata, dadah mentah seberat 780 gram setiap bungkusan itu dimuatkan dalam 560 beg simen dan diletakkan dalam kontena pertama, manakala empat kontena berikutnya memuatkan serbuk simen biasa.

    Katanya, dua lelaki Pakistan itu mengaku menerima lima kontena simen dipesan dari sebuah syarikat di Islamabad untuk dibawa ke sebuah syarikat beralamat di Plaza Low Yat.

    Mereka kini direman di Balai Polis Dang Wangi sehingga Selasa depan dan dijangka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memper-untukkan hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

    Beliau juga tidak menolak kemungkinan sindiket antarabangsa itu bekerjasama dengan pengedar dadah tempatan untuk memproses dadah mentah sebelum dieksport semula ke negara jiran.

    "Harga dadah yang sudah diproses meningkat sekurang-kurangnya tiga kali ganda mengikut gred ketelitian memproses. Ini bererti dadah mentah yang dirampas itu boleh dijual pada harga pasaran melebihi RM100 juta," katanya.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    Naza

    Tahniah pihak kastam kerana bijak menghidu taktik penjenayah2 ini.

    melati

    tahniah kepada kastam.

    cam

    kalaulah KDRM tidak mengamalkan rasuah, besar kemungkinan banyak lagi kes kes jenayah berat seperti ini dapat dielakkan.
    Tahniah SPRM.

    zar

    dahsyat banyak.. ini kalau lepas berapa ramai yang jadi bangkai bernyawa??

    aj

    byk juga mat mata merah kat negara kita ni ...sampai stok berjuta .. tahniah kdrm ..

    siti roy

    Hebat... memang hebat. Ini yang dikatakan kehebatan. Makanya, yang tersilap tanpa disengajakan itu...harap maklum. berbalas dengan kehebatan ini. Tahniah!

    abdul

    tahniah...kpd kdua-dua agensi...beri pengajaran kpd org luar bahawa m"sia bkan tmpt utk mengaut kkayaa dgn mnjual dadah

    Abd Hadi bin Jamhari

    Tahniah kpd pasukan kastam dan polis kerana berjaya menumpaskan sindiket antarabangsa tersebut,kepada yang terlibat jatuhkan hukuman yang sepatutnya kerana dadah memusnahkan anak bangsa kita.

    rie

    tahniah di atas ketelitian KDRM dan PDRM dalam penugasan, ketelusan anda menjamin keharmonian negara tahniah.

    Ray

    "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah"Tahniah KDRM dan PDRM.

    zamsari.masrin@gmail.com

    tahniah kepada pasukan KDRM & PDRM, bekerjalah dengan lebih tekun dan banteraslah geng dadah hingga ke akar umbi demi, anak2, bangsa, negara & agama..


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    ads