04 di sungai rambai - Google Blog Search |
Sayang Melaka: Ronda-Ronda: Taman Rekreasi <b>Sungai Rambai</b> Posted: 07 Mar 2011 09:52 PM PST Medan Selera Taman Rekreasi Sungai Rambai menjadi tumpuan untuk warga DUN Sungai Rambai dan kawasan sekitar untuk berekreasi. Didirikan sejak lebih 10 tahun lalu, Taman Rekreasi Sungai Rambai banyak melalui perubahan dan pembangunan. Taman Rekreasi Sungai Rambai Terletak betul-betul di sempadan Daerah Ledang dan Daerah Jasin. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam dan fasiliti seperti taman permainan, trek jogging, pentas, tandas awam. medan selera, wakaf, tempat letak kereta dan sebagainya, Taman Rekreasi Sungai Rambai tidak putus-putus dikunjungi oleh penduduk di sini untuk beriadah dan menjamu selera. Selain terkenal dengan budaya dan cara hidup masyarakat Jawa Melaka, Sungai Rambai juga terkenal dengan kelazatan makanan seperti Roti John, Mee Hailam, Mee Bandung dan lain-lain. Keenakan makanan di medan selera Sungai Rambai turut menarik pengunjung-pengunjung dari sekitar Melaka, Johor dan lain-loain yang melalui jalan lama Muar - Melaka. Pentas Taman Rekreasi Sungai Rambai turut menjadi pusat kegiatan setempat seperti rekreasi, pertandingan kayak, marhaban, nasyid, koir dan lain-lain. Dengan terbinanya pentas di tebing Sungai Kesang dan gelanggang futsal di kawasan berdekatan, masyarakat tempatan sedikit sebanyak dapat meluangkan masa senggang mereka di sini. Tugu atau signboard? Terdapat sedikit kekeliruan identiti di sini. Mungkin tugu kot. Dahulunya Taman Rekreasi Sungai Rambai turut dikenali sebagai Taman Buaya. Riqq pun tidak pasti tentang nama ini. Taman Rekreasi ini dahulunya dikatakan ada menempatkan beberapa ekor buaya sebagai tarikan pengunjung namun tidak lama kemudian telah dipindahkan ke Taman Buaya Ayer Keroh. Kesahihan fakta ini boleh diragui kerana pada waktu itu Riqq belum dilahirkan. Keadaan papan tanda yang tidak memuaskan hati jika dipandang...urgh, ade kulat ke apa tu?? Bengkek! Selain untuk tujuan rekreasi dan sukan, Taman Rekreasi Sungai Rambai juga menjadi tempat keraian untuk sambutan Ambang Merdeka dan Ambang Tahun Baru setiap tahun. Sambutan meriah secara kecil-kecilan disertai persembahan tarian, Dondang Sayang dan sebagainya sedikit sebanyak dapat menjadikan Taman Rekreasi Sungai Rambai satu kawasan ataupun pusat tumpuan bagi masyarakat di disini. Selamat Datang ke Majlis Perbandaran Jasin? Bila masa ada bangunan MPJ di sini? Jika nak buat ayat sebegini, tulislah Selamat Datang ke Kawasan Tadbiran Majlis Perbandaran Jasin! Ayat yang sepatutnya, Selamat Datang ke DUN Sungai Rambai, Majlis Perbandaran Jasin. Hujung minggu lepas Riqq berkesempatan untuk mengunjungi Taman Rekreasi Sungai Rambai untuk melihat keadaan di sana namun berasa sedikit hampa dengan Majlis Daerah Jasin Kerana sudah terlalu lama tidak menukar papan tanda 'Selamat Datang ke Melaka' pada pintu gerbang kereta lembu Sungai Rambai Tersebut. Landskap yang sama berpuluh-puluh tahun yang lalu tanpa sebarang perubahan, walhal nurseri Zali Garden hanya di seberang jalan Jika diperhatikan, keadaan papan tanda tersebut sudah tidak memuaskan dengan kekotoran dan tulisan yang tidak cantik dipandang walhal ramai pemimpin dan menteri datang ke sini untuk meninjau. Apa yang berlaku pada Majlis Daerah Jasin? Mengapa tidak menaik taraf pintu gerbang tersebut setelah sekian lama telah digunakan? Rumputnya dah lebih tinggi dari pokok, buat pasu sebegini memang sukar untuk diselenggarakan. Selain itu, keadaan landskap disini turut menyedihkan. Pokok-pokok bunga kelihatan tidak berbaja dan dipangkas elok. Rumput-rampai memenuhi pasu dan papan tanda Sungai Kesang juga hampir jatuh. Tambah menyedihakan, keadaan dan fasiliti Taman Rekreasi ini sepatutnya setanding dengan Taman Rempah di Melaka Tengah. Jika MBMB dan MPHTJ mampu membina landskap yang indah dan terjaga mengapa tidak MPJ? Sempadan Daerah Ledang Adakah kawasan tadbiran MPJ terlalu besar sehingga tidak dapat menyelenggara DUN-DUN yang berada di pinggiran? Jika keadaan ini terus berlaku, banyaklah DUN-DUN lain yang berpotensi untuk dimajukan akan ketinggalan dan dipandang sepi. Tindakan segera harus diamabil bagi mengatasi masalah ini kerana masyarakat tidak putus-putus merungut. Riqq bukannya ingin menyalahkan pihak MPJ namun mereka seharusnya memikirkan cara bagaimana untuk memajukan industri pelancongan di Daerah Jasin ini kerana Daerah Jasin adalah yang paling corot dalam hal pelancongan sedangkan jika dilihat banyak tarikan pelancongan seperti homestay, rumah-rumah tradisional, sebuah muzium (sedangkan di daerah lain memiliki berpuluh-puluh muzium dan galeri), hutan rekreasi, taman rekreasi dan sebagainya. Mungkin sudah tiba masanya MPJ bangkit dan sedar dari lamunan dan mimpi. Kita sudah jauh ketinggalan daripada daerah-daerah lain. Peruntukan yang adil untuk setiap DUN serta pemantauan daripada pihak MPJ amat dihargai. Jika susah-susah, sila lepaskan DUN-DUN di Jasin Pantai ini dariapa tadbiran MPJ. Beberapa tahun yang lepas Riqq ada terdengar ura-ura pembentukan Daerah Merlimau yang meliputi kawasan-kawasan Jasin Pantai namun tiba-tiba MPHTJ pula yang terbentuk. MPJ, fikir-fikirkanlah untuk kemajuan Melaka dan daerah-daerah lain. Bukan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Jadi bagi anda yang melaui jalan lama Muar - Melaka, jom datang berkunjung ke Taman Rekreasi Sungai Rambai. Jangan lupa mencuba keenakan Roti John di sini! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Laman Cikgu Bedah Kampungstay Kampung Parit Penghulu, Sg. <b>Rambai</b> <b>...</b> Posted: 02 May 2011 12:00 AM PDT SELAMAT DATANG KE LAMAN CIKGU BEDAH Tentang KamiSelamat datang ke Sungai Rambai Gerbang Selatan Melaka Jangan lupa singgah di Homestay Parit Penghulu,homestay terbaik Melaka 2008/2009.Dan menginap pula di Laman Cikgu Bedah, produk terbaru homestay Parit Penghulu. Laman Cikgu Bedah (LCB), Kampung stay, rumah tradisional berbentuk limas telah dibina pada tahun 1968.Terletak di kawasan dusun buah-buah seluas 3.6 ekar, menjanjikan suasana desa yang sebenar kepada anda. Memberi peluang kepada anda untuk menggamit memori kehidupan desa yang pernah anda alami. Berilah peluang kepada anak-anak kita untuk menyusuri kehidupan nenek moyang mereka supaya mereka kenal akan akar umbinya dan tidak mudah lupa diri walau setinggi mana kedudukan mereka.LokasiTerletak di selatan negeri Melaka dan bersempadan dengan utara negeri Johor. Hanya 25 minit dari Bandar Melaka melalui Lebuh AMJ ke selatan ke Sungai Rambai dan masuk ke Parit PenghuluBoleh juga melalui Bandar Muar dengan perjalanan 15 minit ke arah Melaka sehingga ke Sungai Rambai. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di sungai rambai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan