Sabtu, 11 Februari 2012

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


(rempit kehidupan kamookamie): Jalan, Order dan Makan : KUIH <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 06:00 PM PST

Assalamualaikum ...
Cerita Tahun Baru Cina juga, aku pergi ke Alor Gajah, Melaka. Hasrat awal nak makan durian dekat area A'Famosa Resort kemudian makan kuih udang. Tapi, bila pergi dekat pondok durian dekat A'Famosa tu ... punyalah mahal duriannya. Sekilo RM12-18. Dahlah timbang sekali dengan kulit berduri, so cancellah. Mahal bebenor aku rasa. Baik tunggu balik kampung nanti, boleh dapat durian kampung yang lagi baik dan harga lagi murah. Lambatlah lagi nak second round durian plak. Disebabkan matlamat nak makan durian terpaksa aku abaikan, maka kami terus ke Pekan Alor Gajah, nak cari kuih udang sedap yang diperkatakan ramai. 
Perniagaan kuih udang Alor Gajah yang sedap ini terletak di Medan Selera Pasar Menggong Alor Gajah. Seingat aku, abang aku pernah dulu-dulu bawa datang makan dekat sini dengan mak ayah sekali. Senang nak cari sebab medan selera nie dekat tengah-tengah pekan. Sebelah dia rasanya stesyen bas Alor Gajah.

Ini gerai kuih udang berkenaan. Gerai no. 1 yang tertera Perniagaan Kuih Udang Alor Gajah. Korang kena sabar nak makan kuih udang nie. Benda sedap, sabar kena lebih. Aku sendiri mulanya tak terdaya nak menunggu. Ramai sangat orang yang datang dan majoritinya nak makan kuih udang. Kalau tak percaya, cer tengok pic bawah nie .....

Haaa kau, punya panjang beratur. Nak bungkus atau makan dekat situ memang kena beratur. Kawan aku Si MB beratur hampir 30 minit baru sampai ke kaunter kuih udang nie. Mula tu kami order macam biasa je, macam pergi makan dekat gerai-gerai makan lain. Lepas tu orang tu datang balik, kalau order dekat dia lagi lambat. Semua kena beratur. Suka tak suka, kenalah beratur juga jawabnya. Aku duduk tunggu meja dan air. 
Sampai satu tahap punya ramai orang beratur, pekerja dia ambil order macam dekat KFC tu, kan dekat KFC kalau ramai pelanggan staff dia datang ambil order terus pada mereka yang beratur. Cuma aku harap tauke gerai nie lain kali, asingkanlah mana yang makan situ boleh ambil order cam biasa. Yang nak bungkus boleh beratur. Boleh ke camtu? he he he
Akhirnya, sampai juga dekat kaunter potong kuih nie. Lamanya aku tunggu mamat tu beratur. Kesian dekat dia. Tapi disebabkan dia yang excited nak makan, dialah yang rela beratur. Mulanya aku yang beratur, tapi belum sampai separuh dia suruh aku duduk. Dia plak nak ganti. Ok, aku rela je duduk! he he he. 


Kuih udang berkenaan. Sangat sedap. Bahan-bahan dia fresh. Fishcake dia terasa ikannya. Tak sama macam beli dekat kedai lain. Kuih udang dia pun sedap walau tak nampak pun udang. Cuma, bab kuah dia je aku agak kurang sikit. Kuah dia terasa bawang putih yang agak lebih. Balik naik kereta mulut bau bawang putih!
Sepinggan macam gambar dekat atas adalah untuk 2 orang makan. Harganya dalam RM4.00. Berbaloi juga dan amat mengenyangkan! Alhamdulillah. Memang puashati. Insya-Allah, akan repeat nanti!

Habis licin! Tinggal timun and kuah sikit je. Isi dia semua habis masuk dalam perut. Tapi kami tak dapat nak lepak lama di sini, kesian pada orang lain yang baru datang. Tempat penuh aje! Memang ramai orang.

Sesekali rasa nak makan kuih udang, aku suggest korang ke Alor Gajah. Mesti try punya! Nanti korang plak buat review sedap ke idak. Bagi aku ...... memang sodap!!
Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!
CK : Hari nie aku puasa setelah cuti selama 5 hari aku asyik makan nasi je, so sekarang time untuk rehatkan perut. Kesian perut aku asyik bekerja!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads