04 di machap - Google Blog Search |
Posted: 11 Feb 2012 08:29 PM PST Sejak awal pagi tadi lagi Tarmizi sudah menjemput Dania serta Laura dan anaknya di rumah. Mereka berempat bertolak ke Machap untuk menghadiri majlis perkahwinan Siti dengan lebih awal kerana perjalanan ke sana mengambil lebih kurang 3 jam dari Pasir Gudang. Mereka ke sana kerana mahu menghadiri majlis perkahwinan kawan Dania di sana. "Awak tak penat ke?" Soal Dania sebaik sahaja mereka melepasi tol masuk ke Machap. Sepanjang dalam perjalanan ke Machap mereka tidak jemu berbual. Sambil itu juga Laura sempat mencelah sambil menjaga anak kecilnya di tempat duduk belakang. Dari tadi asyik bergelak ketawa dan bergurau senda. Tarmizi tersenyum. "Tak.. Kenapa?" "Yalah.. Awak dah lah semalam kerja, harini bangun awal semata-mata nak temankan saya pergi wedding kawan saya kat Machap. Drive pun dah berjam-jam. Mesti penat. Sepatutnya saya yang kena drive. Nanti balik saya yang drive ya?" Kata Dania sambil memandang ke arah Tarmizi. Dia terasa serba salah pula melihat Tarmizi yang bersusah payah menjadi pemandunya pada hari ini semata-mata mahu menghadiri majlis perkahwinan Siti. Pada malam tadi dia jenuh memujuk Tarmizi supaya membenarkan dirinya memandu keretanya ke Machap. Akhirnya dia mengalah apabila Tarmizi mula merajuk dengannya dan tidak mahu bercakap dengannya selama seminggu. Dania sememangnya mahu Tarmizi menemankannya menghadiri majlis perkahwinan Siti di Machap. Tetapi bukannya dengan cara menjadikan Tarmizi sebagai pemandu 'percuma'nya. "Hmm.. Tak payah. Tapi kalau awak urutkan badan saya boleh?" Jejaka itu tersenyum nakal. Dania mencebik apabila mendengarnya. Dia malu. Lebih-lebih lagi ada Laura di belakang. Pasti Laura sudah memikir yang bukan-bukan tentang dirinya dan Tarmizi. Lalu dia mencubit-cubit manja di lengan Tarmizi. "Eh.. Eh.. Janganlah, sayang. Mizi tengah drive ni. Mizi gurau je." Ujar Tarmizi lalu tergelak kecil. Dia hanya sekadar bergurau dengan Dania. "Gatallah awak niiii.." Omel Dania. Dia terus memandang ke arah luar jendela. Dia masih terasa bengang dengan gurauan Tarmizi. Tatkala itu juga dia terdengar suara tawa kecil Laura di tempat duduk belakang. Tarmizi memandang ke arah gadis yang memakai kaftan berwarna merah jambu itu sebaik sahaja berhenti apabila lampu isyarat menukar merah. "Saya gurau je.. Sorry ya?" Pinta Tarmizi. Dania memandang semula ke arah jejaka itu. "Okey.. Saya maafkan. Tapi balik ni saya drive okey?" Tarmizi menggeleng. Dia tetap tidak mahu membenarkan Dania yang memandu kereta apabila pulang nanti. Dia sanggup mejadi pemandu Dania yang tak berbayar. "Tak payah, sayang. Dania tak menyusahkan Mizi pun. Mizi sanggup. Anything for you can, dear. Trust me.." "Wahh.. Untunglah kau, Nia.." Celah Laura dengan secara tiba-tiba. Dia terharu mendengar kata-kata Tarmizi. Pipi Dania menjadi merah. Dia segera mengalihkan pandangannya ke arah luar tingkap. Malu apabila mendengar kata-kata Tarmizi. Malu kerana Laura turut ada mendengar perbualan mereka berdua. Jejaka yang berada di sebelahnya itu hanya tersenyum. Lampu bertukar menjadi hijau. Tarmizi kembali fokus pada memandu dan mencari alamat yang tertera di kad kahwin rakan Dania. Setelah hampir sejam mereka mencari alamat rumah rakan Dania, akhirnya mereka jumpa juga. Tarmizi memakirkan keretanya di bawah pokok yang terletak tidak jauh dari rumah rakan Dania. Suasana di rumah kampung itu sungguh meriah dipenuhi dengan orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan rakannya. "Kak Nia! Kak Lau! Siti dah lama tunggu korang. Marilah.. Jumpa dia di bilik." Jemput Sharifah, iaitu adik bongsu Siti sebaik sahaja mereka berempat menjejakkan kaki di hadapan rumah pengantin perempuan. Dania dan Laura menoleh ke arah Tarmizi dengan pandangan yang risau. Tarmizi terkedu. Kemudian mereka berdua menoleh semula ke arah Sharifah. "Dia boleh ikut ke?" Tanya Dania dan Laura serentak. "Tak bolehlah, kak.. Siti tengah bersolek. Perempuan sahaja.." Balas Sharifah. Tarmizi mengangguk faham sambil membuat muka sedih. Nampaknya, forever alone.. Dia tidak biasa keseorangan berada di suatu majlis orang yang tidak dikenalinya. Dia phobia! Tapi tak apa.. Demi Dania! Lagipun sekejap aje Dania meninggalkannya keseorangan di sini. "Awak tunggu kejap ya.. Nanti saya datang balik. Pergilah minum ke, makan ke.." Ujar Dania. Dia benar-benar risau mahu meninggalkan Tarmizi keseorangan di sini. Laura yang sedang mendukung Liyana sudah tersengih-sengih. "Tak apa.. Saya tunggu di sini sahaja." Gumam Tarmizi perlahan. Antara macam nak dengan tak nak aje.. "Tunggu tau.." Lalu keempat-empat gadis itu terus meninggalkan Tarmizi. Dania dan Laura hanya membuntuti langkah Sharifah menuju ke bilik pengantin. Jantung mereka berdebar-debar kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan Siti. Pasti Siti kelihatan cantik pada hari raja seharinya. Di tangannya sudah tersedia dengan kamera digital Sony Cyber-Shot. Kamera digitalnya dibawa sekali ke sini berniat untuk mengambil gambar-gambar di majlis perkahwinan Siti! Mereka melangkah masuk ke dalam sebuah bilik pengantin yang sudah dihiasi cantik. Semuanya berwarna putih. Ramai juga perempuan yang ada di dalam bilik itu. Ada yang sibuk menangkap gambar, ada yang tidak henti-henti memuji Siti dan ada juga yang mengusik-usik Siti. Siti sudahpun bersiap dan dia kelihatan sungguh cantik dalam gaun putih. Siti seolah-olah kelihatan seperti seorang permaisuri. Qistina juga turut ada di situ. Dia sedang sibuk menangkap gambar Siti dengan kamera DSLR Nikon D5000. Dah macam photographer pun ada. Mengalahkan photographer yang diambil upah oleh Siti! "Kakak, diorang dah sampai.." Ujar Sharifah. Siti yang sedang sibuk bergambar memandang ke arah Dania dan Laura. Dia terperanjat dengan kehadiran kedua-dua rakan baiknya itu. Lebih-lebih lagi apabila dia melihat seorang anak kecil yang sedang berada di dalam dukungan Laura. Pasti anak kecil itu adalah anak Laura! Tanpa melengah lagi, dia bangun dan berlari-lari anak mendapatkan Dania dan Laura. Dia terus memeluk mereka berdua dengan begitu erat. Kemudian dia menarik Qistina sekali supaya menyertai mereka bertiga. Orang-orang lain yang berada di dalam bilik itu hanya memerhatikan gelagat mereka. "Ya ALLAH.. Dah lama sangat kitorang dah tak berkumpul macam ni. Ingatkan dah tak dapat nak berkumpul macam ni lagi. Rindunya..!!" Ujar Siti dengan teruja. Sudah lama mereka berempat tidak berkumpul dalam keadaan sebegini. "Ada pulak ke situ, Ti?! Selagi kitorang masih hidup, selagi itulah kitorang dapat berjumpa macam ni. Tak kira sibuk atau dah tua.." Bebel Dania panjang. Mereka berempat meleraikan pelukan mereka. Liyana yang berada di dalam dukungan Laura sudah terasa rimas. Lebih-lebih lagi apabila dia dihimpit sewaktu mamanya sibuk berpelukan dengan rakannya. Kemudian mereka berempat duduk di atas katil untuk berbual-bual seketika. Seorang per seorang meninggalkan bilik pengantin itu. Keadaan di dalam bilik itu tidaklah menjadi sesak dengan orang-orang perempuan. "Comelnya anak kau, Lau.. Muka dia sebiji macam muka kau." Ujar Qistina sambil bermain-main dengan Laura. Laura hanya tersengih. Sambil itu juga dia perhatikan anak kecilnya. "Putih melepak pulak tu.." Tambah Siti. Dia juga terharu melihat anak kecil Laura. "Dah dua-dua Sarawakian.. Mestilah sama putih. Tengoklah kulit si Lau tu. Muka macam orang Jepun masuk Islam bila dah pakai tudung!" Usik Dania. Mereka berempat tertawa kecil. Liyana juga turut tertawa mengikuti mereka empat tertawa walaupun dia tidak tahu apa-apa. "Kau pun apa kurangnya, Nia.. Dah ada dua pilihan, dua-dua Sarawakian. Cuma menunggu masa untuk memilih aje. Nanti anak kau pun putih melepak jugak.. Kau pun dah putih. Kalau suami tak putih pun tak apa jugaklah.." Balas Laura separuh mengusik. Dania tersengih. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Laura. Siti dan Qistina juga faham. "Kau bila lagi, Qis? Cik abang kau tu tak terfikir nak ajak kau berkahwin ke? Aku tengok dah lama sangat korang bercintan-cintun. Nak tengok jugak kau naik pelamin dengan si Khayril." Kata Siti. Qistina mencuit bahu Siti. Terasa pula dengan soalan Siti yang pedas itu. "Alah, tak perlu nak risaulah. Awal bulan depan aku dah nak bertunang.. InsyaAllah nikah hujung tahun ni." Balasnya lalu tersenyum. Terlopong mulut Laura, Siti dan Dania mendengar jawapan Qistina. Biar betul?! "Doakan untuk aku ya, girls.." Pinta Qistina penuh berharap. "Mestilah kitorang sentiasa doakan yang kebaikan untuk kau, Qis.." Ujar Dania. Lalu mereka berempat berpelukan lagi. "Nampaknya tinggal aku sorang ajelah lepas ni." Mereka berempat meleraikan pelukan. Dania pura-pura membuat muka sedih. Terasa dirinya kerdil pula setelah mendapat tahu Qistina juga bakal berkahwin pada hujung tahun ini. Sedangkan, dia? Entahlah.. Siti menepuk-nepuk bahu Dania. Mereka bertiga faham akan keadaan dania. Berserabutnya dengan kehadiran Idham di dalam hidupnya semula, dengan masalah Tarmizi. Lebih-lebih lagi dengan masalah keliru untuk memilih yang mana satu. Pasti Dania sukar untuk membuat pilihan. "Aku harap ALLAH temukan jodoh kau dengan secepat mungkin, Nia.. Aku kesian tengok kau. Dengan kehadiran Idham yang tiba-tiba nak rumitkan keadaan kau. Sabar ya, sayang.." Pujuk Laura. Dania hanya tersenyum. Dia tahu rakan-rakannya memberikan sokongan yang terbaik untuk dirinya. "Pilih mana yang terbaik, Nia.. Aku tak kisah jika kau pilih Andy. Yang penting aku nak tengok kau bahagia." Sambung Siti. "Kitorang akan selalu doakan yang terbaik untuk kau, Nia.." Tambah pula Qistina. Dania terharu mendengar kata-kata semangat dan sokongan daripada rakan-rakannya. Dia berasa bertuah mempunyai rakan-rakan yang memahami keadaannya. Sekali lagi dia memeluk rakan-rakannya. "Terima kasih, Lau, Qis, Ti.. Aku bersyukur sebab dapat kawan macam korang. Dulu, koranglah yang sentiasa support aku untuk terus hidup lepas Andy dah tinggalkan aku. Koranglah pemberi semangat.. Aku sayang sangat pada korang semua." Air mata Dania menitis dengan secara tiba-tiba membasahi pipi. Terharu. "Apa yang akan terjadi lepas ni, aku nak kau terus tabah ya?" Pesan Laura. Dia teringat lagi bagaimana keadaan Dania sewaktu Dania terlalu kecewa setelah Idham meninggalkan Dania tanpa sebab pada tiga tahun yang lepas. Dania kelihatan seperti dan tidak bermaya pada masa itu. Tidak ada semangat lagi untuk terus hidup. Dania menganggukkan kepalanya. Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri untuk terus tabah mengharungi pelbagai dugaan. Takkan semudah itu dia akan berputus asa. "Eh, aku tak boleh nak berlama-lama. Jomlah, ambil gambar beramai-ramai cepat." Dania menukar topik perbualan mereka sambil menyeka air matanya. Tiba-tiba dia teringatkan Tarmizi yang sedang menunggunya di luar. Mereka bertiga bersetuju. Dania menyuruh Sharifah yang mengambil gambar mereka dengan menggunakan kamera digital Sony Cyber-Shotnya. Cepat-cepat mereka mengambil tempat. Liyana juga turut ada tatkala didukung oleh Siti. "Okey.. Semua senyum! Satu.. Dua.. Tiga..!" Sharifah mengambil gambar mereka berlima. MASING-MASING SUDAH kepenatan setelah hampir dua jam mereka berada di majlis perkahwinan Siti. Laura dan anaknya sudah tertidur di tempat duduk belakang. Manakala Dania juga sudah tertidur di sebelah tempat duduk pemandu. Dan.. Tarmizi pula sedang fokus memandu. Mereka sedang dalam perjalanan untuk pulang ke Pasir Gudang. Tarmizi menguap mulutnya buat beberapa kali. Badannya terasa letih pula pada waktu petang begini. Pergi, dia yang memandu. Balik, dia juga yang memandu. Semua orang di dalam perut kereta Proton Satria Neonya sudah terlena kecuali dia. Tetapi tidak mengapa. Dia sanggup buat semua ini untuk Dania. Dia sanggup berkorban untuk Dania. "Awak nak saya memandu ke?" Tanya Dania dengan secara tiba-tiba. Tarmizi terkejut bukannya kepalang. Jantungnya hampir-hampir hendak tercabut mendengar suara Dania. Nasib baik tak accident! Dania yang sedang mamai baru selepas bangun daripada tidur, dia tertawa kecil. Geli hati melihat gelagat Tarmizi. Tidak menyangka pula yang Tarmizi akan terkejut mendengar suaranya. "Awak ni.. Lainkali janganlah buat macam tu. Terkejut saya!" Omel Tarmizi. "Sorry.. Saya tak tahu pula awak ni lemah semangat." Perli Dania separuh mengusik. Tarmizi mencebik. "Bukan lemah semangat.. Tapi terkejut!" "Hmm.. Maaf, sayang. Mizi tak penat ke? Nak Nia yang memandu gantikan tempat Mizi?" Dania membulatkan matanya ke arah Tarmizi. Terasa kasihan pula melihat Tarmizi yang sudah kepenatan. Dari melihat riak wajah Tarmizi, dia sudah tahu jejaka itu sudah kepenatan. Tarmizi menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tetap tidak mahu. "Tak apalah.. Kita dah nak sampai dah ni." "Okey.." Mereka berdua terdiam seketika. Keadaan di dalam perut kereta Proton Satria Neo milik Tarmizi menjadi sunyi. Radio pula tidak dibuka. "Nia.." Dania menoleh ke arah Tarmizi. Mamainya masih belum lagi hilang. Asyik termenung dari tadi setelah masing-masing mendiamkan diri. "Awak tak terfikir nak kahwin lepas hadir ke majlis perkahwinan Siti?" Soal Tarmizi lalu tersenyum. Berkerut dahi Dania apabila mendengarnya. Buat tabiat ke apa mamat ni? Mujurlah Laura masih tertidur di tempat duduk belakang. Kalau tidak, makin bertambah kecoh apabila kawannya mendengar soalan Tarmizi. "Entahlah.. Tapi saya pasrah. Awak?" Dania menyoal Tarmizi pula. Manalah tahu.. Tarmizi pun dah gatal nak kahwin. Desus hatinya. "Saya rasa.. Dah sampai masanya saya patut kahwin. Mak dekat kampung pun dah bising. Dia nak saya kahwin dalam tahun ini juga." Kata-kata ibunya pada beberapa bulan yang lepas masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Dia gerun apabila teringatkan nama Pak Saufi! Dania tersenyum sinis. "So, awak nak saya buat apa? Kalau dah mak awak suruh kahwin, kahwin ajelah.." "Awak tak kisah kalau saya kahwin dengan perempuan pilihan keluarga saya?" Tarmizi sengaja mahu menguji Dania. Dania terdiam. Dia kecewa mendengar pertanyaan Tarmizi. Memang benar dia sayangkan Tarmizi. Tetapi, kalau keluarga Tarmizi sudah ada pilihan untuk Tarmizi.. Dia sanggup mengundurkan diri. Dia pasrah. Memang patut pun Tarmizi dah kena kahwin. Umur pun dah nak masuk 30 tahun pada tahun ini. "Saya pasrah, Mizi.." Gumam Dania perlahan. Kemudian dia menundukkan wajahnya. Tarmizi tersenyum. Dia tahu Dania kecewa mendengar pertanyaannya. "Kalau saya kahwin dengan awak?" Dania tercengang. Dia menangkat muka lalu menjegilkan matanya ke arah Tarmizi. "Hmm.. Tahu pun sedih nak tengok saya kahwin dengan orang lain. Ingatkan awak tak kisah.." Ujar Tarmizi. Kasih sayangnya terhadap Dania makin bertambah. Dania menarik muka. Pasti Tarmizi sengaja mereka-reka cerita. "Awak memang sengaja kan?" Tarmizi tertawa kecil. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Dania. "Betullah sayang.. Kalau tak percaya, nah.. Awak tanya sendiri pada mak. Dia yang beriya-iya mahu jodohkan saya dengan anak jiran di kampung kalau saya tak kahwin lagi dalam masa tahun ni.." Katanya serius sambil menghulurkan Samsung Galaxy Acenya kepada Dania. Dania kembali kecewa. Nampaknya memang betul keluarga Tarmizi sudah ada pilihan buat Tarmizi. Jejaka itu menyimpan semula Samsung Galaxy Acenya. Dia tahu Dania sedih. "Sayang.. Mizi pun sebenarnya tak mahu kahwin dengan anak jiran di kampung tu.. Mizi nak kahwin dengan pilihan Mizi sendiri. Mizi nak kahwin dengan Nia.." Pujuk Tarmizi dengan nada suara yang romantik. Terlopong mulut Dania apabila mendengarnya. "Tak apa ke?" Tarmizi mengangguk. "Selagi dalam tahun ni.." Dania berasa lega. Maknanya, Tarmizi tidak akan berkahwin dengan pilihan keluarganya jika Tarmizi sudah ada pilihan sendiri. "Bila awak nak melamar saya?" Tanyanya dengan teruja. "I'll think about it first okey, sayang?" Tarmizi perlu berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan. Soal kahwin dan rumah tangga bukanlah untuk dibuat main. Dia perlu serius dalam setiap perkara. Dania mengangguk setuju. Dia juga fikir begitu.. "Saya tunggu.." |
You are subscribed to email updates from di machap - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan