Khamis, 1 Mac 2012

04 di klebang - Google Blog Search

04 di klebang - Google Blog Search


Hidupku hidup orang biasa...: Kapal Selam <b>di Klebang</b>

Posted: 14 Jan 2012 06:56 AM PST

(cuba berfikir dengan pandangan berbeza dari orang lain)

Saya ini agak ketinggalan juga.

Bila terlihat program Majalah 3 tentang muzium kapal selam di Klebang, baru tahu kewujudannya. Sempat juga lihat bagaimana susahnya kapal itu diangkut hingga sampai di Klebang.

Ramai yang menyatakan kekaguman dan kegembiraan disebalik kejayaan membawa kapal selam itu ke Malaysia.


Namun saya cuba untuk berfikir dari sisi dan pandangan yang lain.

Berapa kos yang telah dibelanjakan untuk memindahkan kapal selam itu ke sini?

Apakah perkara itu tindakan yang perlu dilakukan?

Saya juga suka melihat barang antik dan lama. Teruja juga nak melihat sendiri di depan mata kapal selam itu.

Tapi terfikir juga adakah benda itu satu keperluan yang mendesak?

Maksudnya kalau kita lihat konsep barang dalm ekonomi Islam:
Daruriyyah :  benda yang mesti ada. Tanpanya, maka boleh membawa kepada kemudaratan yang besar dan mengancam nyawa.
Hajiyyat: Kalau tiada, tidak sampai membawa kepada kemudaratan yang besar dan mengancam nyawa. Namun kehadirannya pasti banyak membantu, memudahkan.
Tahsiniyyat: Kehadirannya lebih kepada keselesaan.
Tarafiyyah - barang yang mewah
mudharat : merbahaya dan merosakkan.

Dalam ekonomi Islam, kita sebagai pengguna perlu mengelakkan dan mengurangkan barang mewah dan mudarat.

Jadi pada pandangan anda, dalam kategori mana kapal selam antik itu berada?

Kalau dilihat kepada situasi ekonomi pada hari ini, adakah pelaburan yang dikeluarkan ini berbaloi?

p/s: teringin nak naik kapal sekitar coral triangle.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads