04 di lubok china - Google Blog Search |
Wanita cedera terkena letupan bom | Info Gallery Posted: 01 Mar 2012 06:00 PM PST ALOR GAJAH Mac — Seorang wanita cedera parah apabila sebutir bom buatan sendiri yang dihantar melalui satu bungkusan meletup di hadapan rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Lubok China di sini hari ini. Kejadian pada pukul 8.40 pagi itu menyebabkan Norasyikin Md Esa, 27, cedera di kaki dan perut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kotak yang tertulis dengan nama abang wanita itu meletup ketika dipegang oleh Norasyikin yang sedang membuka pagar untuk ke tempat kerja. Beliau berkata, polis akan menyiasat kejadian itu dari pelbagai sudut serta dari mana dan bila kotak yang tertera nama Saiful Eszwan, 35, diletakkan di hadapan rumah itu. "Kami percaya ia mungkin ada kaitan dengan abang mangsa yang bekerja sebagai kontraktor kebersihan. "Kami dengan bantuan unit pemusnah bom dan forensik juga akan menyiasat bagi mengenal pasti bahan yang diguna dalam pembuatan bom itu dan motif sebenar kejadian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata, wanita itu yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pusat beli belah di Masjid Tanah kini dirawat di Hospital Melaka dan keadaannya dilapor stabil kredit : kosmo.com.my Info Gallery - Angkara dengki,punah jahanam masyarakat |
RAKYAT MARHAEN: Tranformasi Bik Mama : 235 Projek <b>...</b> Posted: 01 Mar 2012 08:24 PM PST "Laporan dari laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan terdapat 235 Projek Perumahan Sakit sehingga 31 Disember 2011. Satu daripada projek tersebut ialah Taman Desa Indah terletak di Lubok China, dalam DUN Kota dan kawasan Parlimen Rembau. Projek ini bermula sejak tahun 2003. Pembeli 95 unit rumah teres kos sederhana rendah dan 60 unit rumah teres kos rendah di Desa Indah ini terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah, ada yang kerja kilang ada yang kerja kampung. Ada yang sudah bayar deposit beribu ringgit, ada yang dah keluarkan simpanan KWSP. Kini setelah 9 tahun, rumah hanya siap 10 peratus. Dalam pada masa yang sama, walaupun rumah hanya 10 peratus siap, mereka perlu membayar cukai tanah dan sewa rumah sementara menunggu rumah tersebut siap entah bila. Alangkah baik kalau mereka yang terlibat dengan projek perumahan terbengkalai ini dilayan seperti Tan Sri Tajudin Ramli. SIAPA YANG AKAN BAYAR HUTANG RM580 JUTA TAJUDIN RAMLI? KUALA LUMPUR, 25 FEB 2012 : Adakah penyelesaian di luar mahkamah berhubung hutang tokoh korporat Tan Sri Tajudin Ramli bernilai RM580 juta yang tidak perlu dibayarnya bererti semua rakyat Malaysia harus menanggung hutang itu? UNTUNG MAYBANK RM3.56 BILION 24 Feb 2012 , KUALA LUMPUR – Maybank mengumumkan pertumbuhan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak 20 peratus kepada RM2.58 bilion bagi tempoh enam bulan perniagaan berakhir 31 Disember 2011. Dalam tempoh yang sama, kumpulan perbankan tersebut turut mencatatkan pertumbuhan keuntungan sebelum cukai sebanyak 20.1 peratus kepada RM3.56 bilion sehubungan peralihan tahun kewangan berakhir Maybank dari 30 Jun kepada 31 Disember. BANK LELONG RUMAH PEMINJAM TANPA NOTIS 2012/01/06, KUALA LUMPUR: Beberapa bank tempatan didakwa bersikap kejam terhadap pelanggan apabila melelong rumah milik peminjam tanpa sebarang notis selepas mangsa gagal melunaskan bayaran bulanan seperti dikehendaki. PEMBELI TERANIAYA MINTA SPRM SEGERA SIASAT PEMAJU PUTRAJAYA 25 Jan. 2012 - Tidak mampu lagi menahan sabar dengan sikap lepas tangan pemaju dan 'tekanan' pihak bank, kira-kira 100 pembeli unit kediaman di lima projek pangsapuri di Pulau Indah, Klang hari ini membuat laporan kes projek rumah terbengkalai itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini. SPNB TAK LAGI PULIH PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI Feb 5, 2012 - Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), tidak lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai sejak 2010, kata pengarah urusannya, Datuk Kamarul Rashdan Salleh. |
You are subscribed to email updates from di lubok china - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan