Bom meletup di hadapan rumah Posted: Bom meletup di hadapan rumah Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA pengarang@utusan.com.my Norasyikin Md. Isa yang cedera parah akibat letupan bom di hadapan rumahnya di Ramuan China Besar, Masjid Tanah, dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapat rawatan, semalam.
ALOR GAJAH 1 Mac - Insiden letupan bom yang sebelum ini sering kita dengar berlaku di luar negara, kini boleh terjadi di mana-mana lokasi termasuk di Malaysia. Dalam kejadian di Melaka hari ini, seorang wanita cedera parah di kaki dan perut sebaik sahaja mengangkat sebuah kiriman kotak yang diterima di hadapan rumahnya yang tiba-tiba meletup. Kejadian yang menimpa Norasyikin Md. Isa, 27, itu berlaku di hadapan rumah mangsa di Ramuan China Besar, Masjid Tanah di sini kira-kira pukul 8.45 pagi ini. Norasyikin cedera parah di kaki sehingga tulangnya jelas kelihatan selain di perut akibat terkena letupan bom yang dipercayai buatan sendiri. ... Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh. |
Taktik telan dadah masih popular Posted: Taktik telan dadah masih popular Oleh NAZMIL NASIRUDDIN pengarang@utusan.com.my SEPANG 1 Mac - Kegiatan penyeludupan dadah di pintu-pintu masuk utama negara oleh sindiket pengedaran antarabangsa dikesan masih menggunakan taktik menelan dadah, meskipun ia berisiko tinggi dan mampu mengundang maut. Jika sebelum ini, mereka lebih gemar menyeludup masuk bekalan dadah menggunakan bagasi tarik, taktik menelan dadah dilihat tetap menjadi trend yang popular meskipun ia sudah dikesan sejak sekian lama dalam aktiviti penyeludupan oleh pihak berkuasa. Ini berdasarkan kejayaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesan tiga kes penyeludupan dadah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak awal tahun ini yang menggunakan taktik menelan bahan larangan itu. Penolong Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, tiga kes itu dikesan dalam tempoh dua minggu iaitu dari 16 Februari sehingga semalam melibatkan dadah seberat 2.56 kilogram bernilai RM626,500. ... Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan