Isnin, 1 Oktober 2012

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Majlis Anugerah Kualiti KAA <b>Negeri Melaka</b> 2011

Posted: 26 Sep 2012 11:04 PM PDT

SMK SULTAN ALAUDDIN KEKAL KEHEBATAN 2 TAHUN BERTURUT-TURUT

27 September 2012 – SMK Sultan Alauddin, Masjid Tanah Melaka telah dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan Anugerah Kualiti Kelas Aliran Agama (KAA) peringkat Negeri Melaka Tahun 2011 yang telah diadakan pada 27 September 2012, di Dewan Serbaguna PERPUSTAM, Melaka. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Hj. Mohmd, Ketua Sektor Pendidikan Islam mewakili Pengarah Pelajaran Melaka.

Majlis ini telah dikelolakan oleh Unit Pengurusan Pendidikan Agama (PIPA), Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka. Sebanyak 8 buah sekolah yang mempunyai KAA terlibat iaitu SMK Dato Dol Said, SMK Munshi Abdullah, SMK Sultan Alauddin, SMK Datuk Hj. Talib Karim, SMK Bukit Rambai, SMK Datuk Hj. Abdul Rahman Yaakub, SMK Lubok China dan SMKA Tun Perak (baru dinaik taraf sebagai SMKA mulai tahun ini). 

Majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh adik Ahmad Rashidi bin Kamal murid SMK Munshi Abdullah dan disusuli dengan ucapan Ustaz Hj. Ridzuan bin Abdul Ghani, Ketua Unit PIPA. Dalam ucapannya beliau memuji pelbagai pencapaian KAA yang amat memberangsangkan. Adalah diharapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat mewujudkan budaya bersaing kearah kecemerlangan sekolah di negeri ini.

Seterusnya Tuan Hj. Ismail bin Hj. Mohmd, Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN Melaka pula dalam ucapannya beliau menyarankan agar para murid mendalami ilmu dunia dan akhirat, sentiasa berusaha menjadi pelajar cemerlang yang mempunyai sahsiah dan jati diri. Beliau juga menekankan keperluan pihak pentadbir KAA memahami dan mendalami Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang baru diumumkan oleh kepimpinan tertinggi negara kita agar segala hasrat mengangkat kecemerlangan pendidikan negara ini akan dapat direalisasikan.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada semua sekolah, guru dan juga pelajar yang mendapat anugerah pada kali ini. Kejayaan ini sudah tentu dapat dicapai hasil garapan para pengetua dan barisan kepimpinan serta warga sekolah yang berusaha keras memastikan sekolah mereka sentiasa berada ditahap yang membanggakan.

Majlis ini dihangatkan lagi dengan persembahan selawat  yang telah disampaikan oleh para Pelajar SM Tahfiz al-Quran, Chenderah.

Turut hadir di majlis ini adalah En. Jusoh bin Mamat, Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia, Ustaz Hj. Md. Razif bin Shahid, Ketua Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Ustaz Suhaimi bin Ghazali, Penolong Pengarah Perolehan dan Pembangunan, PIPA, En. Mohd. Nor, Penolong Pengarah Unit Menengah, para pegawai SPI, JPN Melaka dan barisan pengetua sekolah-sekolah berkenaan (Aliran KAA). 

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Moga KAA di negeri Melaka akan sentiasa hebat dengan penuh keberkatan, Amin.

[ KEPUTUSAN PENUH ] ||| [ ALBUM GAMBAR ]

Jawatan Kosong <b>di</b> Perbadanan Kemajuan <b>Negeri Melaka</b> (PKNM <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 11:42 AM PDT

JAWATAN:
1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

IKLAN JAWATAN:
http://vm.pknm.com/download/JawatanKosong/N41&N27.pdf

BORANG PERMOHONAN:
http://vm.pknm.com/download/JawatanKosong/BorangPKNM.zip

TARIKH TUTUP : 18 Julai 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads