ads

Selasa, 9 Oktober 2012

di negeri melaka - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri melaka - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2012 <b>di</b> Mahkamah Syariah <b>Negeri Melaka</b>

Posted: 08 Oct 2012 05:03 PM PDT

jawatan-kosong-2012-mahkamah-syariah-negeri-melaka

Jawatan Kosong 2012: Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah ditubuhkan di bawah Seksyen 39 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Melaka, 1959. Sejak awal penubuhannya sehingga 1989, MSNM diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM). Walaubagaimanapun, pentadbiran MSNM mula diasingkan daripada JAIM pada tahun 1990 dan beroperasi di bangunan Majlis Agama Islam, Jalan Tengkera kemudian berpindah ke bangunan Merah di Jalan Kota, kemudian di Jalan Kee Ann. Pada tahun 1995, MSNM telah berpindah sekali lagi ke Kompleks Mahkamah Melaka, Lebuh Ayer Keroh, Melaka sehingga sekarang.

Mahkamah Syariah Negeri Melaka  dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:-

1. Ketua Pendaftar Gred LS 48 – 1 kekosongan

2. Pegawai Penyelidik Gred LS 41 – 2 kekosongan

3. Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga Gred LS 41 – 1 kekosongan

4. Pembantu Tadbir Undang-Undang Gred L 17 – 1 kekosongan

5. Penghantar Notis Gred N 3 – 1 kekosongan

CARA MEMBUAT PERMOHONAN :

Sila isi borang permohonan melalui Portal Pekerjaan Terkini (eKERJA) di url berikut : http://ekerja.melaka.gov.my

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

- Jawatan Kosong 2012 -

from your own site.

Penyebaran Ajaran Syiah Dikesan <b>Di Melaka</b> | MyNewsHub

Posted: 08 Oct 2012 07:03 PM PDT

MELAKA – Gerakan penyebaran ajaran Syiah dikesan berlaku di Melaka sejak enam bulan lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) berjaya mengawal penyebaran itu menerusi rampasan besar-besaran terhadap risalah dan buku berkaitan ajaran tersebut di masjid-masjid di seluruh negeri.

"Jaim sudah menarik balik berpuluh ribu bahan seperti buku dan risalah yang mengandungi maklumat berhubung fahaman Syiah bagi mengelak kekeliruan akidah umat Islam di sini, Isnin.

"Kita khuatir fahaman ini akan memudaratkan pemikiran umat Islam, namun setakat ini gerakan terbabit masih terkawal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Khas Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Taklimat Isu Semasa di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Othman Muhammad dan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali. Mohd Ali juga mengesahkan tiada masjid di negeri itu yang terbabit menyebarkan fahaman berkenaan sebaliknya gerakan dilakukan pihak luar.

Beliau berkata kesemua masjid berkenaan telah diarah menyekat dan merampas buku Syiah selain melaporkannya kepada pihak berkuasa jika berlaku aktiviti sedemikian.

Katanya setiap masjid juga diminta menyampaikan khutbah mengenai gerakan terbabit dan kesan yang boleh berlaku jika kefahaman itu menular dalam kalangan masyarakat.

Jaim katanya akan terus memantau pergerakan pihak terlibat dalam menyebarkan ajaran itu bagi membendung penularannya. -BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Batal Saman Pengikut Syiah Terhadap Utusan Melayu

Penganut Fahaman Syiah Di Indonesia Diserang

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved