Khamis, 22 November 2012

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 07:50 AM PST

DSC_0690

MELAKA –  "Golongan belia mempunyai kuasa untuk memilih, oleh itu gunakanlah kuasa itu dengan penuh kematangan dan penuh kebijaksanaan." Demikianlah ucapan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa majlis pelancaran Himpunan Jutaan Belia Malaysia pada 26 Mei 2012 yang lalu membuktikan bahawa kuasa dan peranan belia dilihat amat besar pengaruhnya kepada kemajuan dan halatuju sesebuah Negara.

Belia masa kini dilihat lebih bersifat mudah berfikir, berani, serta lantang dalam menyuarakan pendapat dan ideologi namun hampir kesemuanya tidak disalurkan melalui saluran yang betul .

Justeru itu suatu majlis dengan nama Majlis Perundingan Belia Negara ditubuhkan bagi mengangkat suara pelapis negara ini ke peringkat yang lebih tinggi agar didengari oleh pemimpin negara.

Pada 19 November yang lalu, Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2012 telah diadakan di bilik mesyuarat Tun Mutahir, Seri Negeri Melaka dan menyaksikan 100 orang yang terdiri dari ketua-ketua jabatan kerajaan, wakil persatuan belia (MGBM), wakil badan berkanun, wakil pelajar IPTA dan IPTS.

Turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Ketua Menteri Melaka, YB Datuk Gan Tian Loo; Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan, YB Datuk Hj Abdul Rahaman bin Abdul Karim; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan, Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka(MGBM), Cikgu Zali Md Yasin serta Encik Zahari, wakil dari Kementerian Belia dan Sukan.

Bertepatan dengan konsep memperjuangkan pembangunan agenda belia, persidangan ini juga merupakan platform bagi kedua-dua pihak antara belia dan wakil kerajaan berkongsi pandangan dan idea serta menentukan hala tuju terbaik bagi belia-belia di negeri Melaka khususnya.

Berucap dalam ucapan perasmian, YAB Datuk Ali Moh Rustam berharap agar golongan belia dapat diberi peluang memacu transformasi pembangunan negara selaras dengan pegangan akidah yang benar untuk merealisasikan impian negara untuk mencapai kemajuan menjelang tahun 2020.

Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang itu telah menyaksikan sesi dialog dua hala antara perwakilan yang mengangkat setiap denyut nadi belia kepada pihak kerajaan supaya diperhalusi permasalahan yang dihadapi oleh belia.

Antara masalah yang diketengahkan oleh wakil dari MGBM adalah penglibatan belia yang bekerja di dalam sektor swasta di mana menghadapi permasalahan untuk memohon cuti tanpa rekod.

Masalah ini serba sedikit telah mengengkang penglibatan belia untuk bersama terlibat di dalam aktiviti sosial yang menuntut agar mereka turun padang namun terikat dengan pekerjaan. Permasalahan dan cadangan yang dikemukankan pada majlis perundingan ini akan diangkat keperingkat yang lebih tinggi supaya jalan penyelesaian dapat ditemui.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads