ads

Isnin, 3 Disember 2012

04 di serkam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di serkam - Google Blog Search


PAS <b>SERKAM</b> DARAT: Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Jasin <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 09:59 PM PDT

Assalamualaikum ..
PAS Kawasan Jasin telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri peringkat kawasan Jasin bertempat di perkarangan bangunan PAS Cawangan Serkam Darat di Taman Serkam Maju , Serkam Darat Merlimau Melaka. Program yang julung kali diadakan diluar Kompleks Pas Kawasan Jasin ini telah sama-sama dimeriahkan oleh segenap anggota masyarakat. Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran rakan-rakan dalam komponen Pakatan Rakyat Negeri Melaka. Majlis yang bermula seawal jam 11.30 pagi turun diserikan dengan kehadiran Konvoi Anak Muda anjuran Kelab Permotoran Alternatif ( ARC) Jasin. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan kumpulan Selawat Maulud Dibaie dibawah pimpinan saudara Zakaria bin Hitam. Kami mewakili Saff Kepimpinan Pas Cawangan Serkam Darat Mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian semua pihak yang hadir memeriahkan majlis kami. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada PAS Kawasan Jasin yang telah sudi mengadakan majlis di tempat kami. 

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved