Jumaat, 11 Januari 2013

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Hayat & Anis, <b>Alor Gajah</b> Melaka | acaii jawe

Posted: 06 Jan 2013 07:43 PM PST

Bismillahirrahmanirrahim


Semalam aku ada terbaca entry2 lama yang pernah aku tulis di blog sejak beberapa tahun lepas. Sama ada di blog ini atau blog personal aku. Aku sedar banyak perspektif hidup aku telah berubah. Mungkin pandangan aku pada masa lalu tidak lagi aku persetujui sekarang. Ada cara berfikir dan pendapat yang bagi aku sudah tidak relevan pada waktu ini.

Justeru, aku memohon maaf jika sepanjang korang membaca tulisan aku di sini aku pernah mengajak kepada perkara melalaikan. Terutama yang melibatkan perkara sia-sia yang membawa kepada dosa. Aku sedang berusaha perbaiki diri. Aku cuba tulis perkara-perkara positif yang boleh bagi manfaat kepada semua, terutamanya untuk diri aku sendiri. Aku harapkan teguran korang kalau ada kesilapan untuk aku perbaiki diri.

Sebenarnya aku nak update sesi outdoor majlis bertandang pasangan Hayat & Anis ni dulu last week. Tapi aku lupa upload dalam Dropbox aku kat kat rumah. Jadi tak dapat nak share entry ni dulu. Sebenarnya memang banyak nama tempat aku tak pernah dengar sebelum ni kat Melaka. Mungkin aku xde ramai kawan asal dari Melaka. Kalau ada mesti aku dah selalu pergi rumah mereka. Setelah pusing2 sebab hujan lebat, akhirnya kitorang jumpa tempat nak amik gambar:)

Lagi satu yang aku terkejut ada sawah padi di Alor Gajah, Melaka ni. Tak pernah aku tahu maklumat tu. Betullah kata orang. Jauh perjalanan luas pengetahuan. Entah betul entah tak peribahasa tu. Apapun tahniah sekali lagi kepada kedua pasangan yang dirai ini. Cabaran hidup berbeza bila telah berumahtangga. Tapi jika dilihat dari sudut positif, kita ada teman nak harungi perkara tersebut bersama:) Wallahua'lam.




Nota kaki : Tempahan pada tahun ni dah banyak dipenuhi,alhamdulillah. Terima kasih yang percaya untuk hire aku dalam majlis korang. Untuk bulan Mac, Mei dan Jun dah tak available untuk tempahan.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads