ads

Rabu, 20 Februari 2013

04 di klebang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di klebang - Google Blog Search


Sungai <b>di Klebang</b> Besar, Melaka melebihi paras bahaya | Berita <b>...</b>

Posted: 15 Nov 2012 01:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Lencongan Sungai Malim di Klebang Besar, Melaka Tengah berwaspada berikutan paras air di sungai itu kini melebihi paras bahaya iaitu 2.14 meter.

Menurut portal JPS, di Selangor setakat 9 pagi ini, paras air di Sungai Langat di JPS Sungai Manggis; Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat dan Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor telah melebihi paras amaran iaitu masing-masing 6.02 meter, 4.08 meter dan 3.97 meter.

Keadaan yang sama juga dicatatkan di Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau, Negeri Sembilan (6.22 meter) dan Empangan Labong, Mersing, Johor (7.60 meter).

Begitu juga di Sabah dengan paras air di Sungai Padas di Tenom (175.85 meter), Sungai Padas Beaufort (7.51 meter) manakala di Sarawak, bacaan paras air di Sarawak Maritime, Sibu ialah 2.56 meter.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Johor tidak berubah iaitu 143 orang manakala di Perak seramai 45.

Selangor pula mencatat 1,309 orang manakala Melaka menurun daripada 27 orang kepada 16 orang, dan Sarawak lima mangsa banjir. – Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/15


Article source: http://www.hmetro.com.my/articles/SungaidiKlebangBesar_Melakamelebihiparasbahaya/Article/

Coconut Shake <b>Klebang</b> Original Sedap Tak Terkata

Posted: 08 Dec 2012 10:34 PM PST

Sebelum ke Zoo Melaka baru-baru ni saya bawak isteri dan 'Iffah menuju ke Pantai Klebang untuk merasa kesedapan coconut shake Klebang original. Kata orang tak sah datang Melaka kalau tak menghirup coconut shake Klebang eheh.

Coconut Shake Klebang Original

Sebelum ni kami tapau minum dalam kereta, kali ni kami cuba untuk merasa coconut shake Klebang ni kat restorennya pula. Tak tau pun sebenarnya yang Coconut Shake Klebang Original ada restoren. Ingatkan cuma jual kat tepi jalan Klebang Besar tu je. Secara tak sengaja ternampak banner "Minum Masuk Dalam".

Baca review kat Internet katanya Coconut Shake Klebang Original ni mula dibuka pada pukul 12:30 tengahari. Check-out dari hotel kat Batu Berendam pukul 11:30 terus menuju ke Klebang Besar yang jaraknya lebih kurang 12 Km dari hotel.

Sampai kat restoren Coconut Shake Klebang tepat-tepat pukul 12 tengahari. Ngam-ngam baru buka. Pelanggan pun agak ramai dah masa tu. Bila pelayan tanya nak minum apa, lepas je cakap nak coconut shake special dua gelas terus dia letak kat atas meja. Memang dah boleh agak yang rata-rata pelanggan datang ke restoren Coconut Shake Klebang ni mesti order coconut shake special punya. Harganya RM2.20 segelas.

Air Coconut Shake Klebang Original

Nasi Lemak Coconut Shake Klebang

Kalau nak makan pun ada disediakan kat sini. Antaranya nasi lemak, bihun goreng dan kuih-muih. Saya try nasi lemak daun pisang ni, nampak sedap je tengok warna sambal merah menyala. Bila makan, huh, punyalah pedas. Saya yang suka makan pedas ni pun terasa kepedasan sambal nasi lemak ni. Walaupun pedas, tapi rasanya memang sedap. Rasa masuk je dengan coconut shake.

Blogger Terbaik Malaysia

'Iffah yang memang tak tahan makan pedas cuma makan karipap je. Bihun pun pedas. Biasalah selera Melaka ni sama macam Negeri Sembilan. Pedas ni bagi diorang main-main je hehe. Karipap ni pun sedap. RM1 untuk 3 biji karipap.

Klebang Coconut Shake Original

Restoren Coconut Shake Klebang

Restoren Coconut Shake Klebang Melaka

Alamat Coconut Shake Klebang Melaka

Datang Melaka jangan lupa singgah di Klebang Original Coconut Shake yang terletak di Lot 130, Solok Kampung Bahagia, Klebang Besar, Melaka. Kalau nak datang tu kenalah datang waktu tengahari sekitar pukul 12. Lokasi gerai coconut shake Klebang ni letaknya tak berapa jauh dari Caltex Klebang Besar. Restorennya pula ada kat dalam. Memang sedap tak terkata

P/s: Rugi lak tak tapau hari tu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved