Ahad, 31 Mac 2013

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


Mrs. Simplicity: wedding <b>di masjid tanah</b>

Posted: 12 Feb 2013 08:22 AM PST

di sebabkan esok ai masih cuti. ai settlekan update apa yang patut yeh. lepas pusing2 kat bandar hilir tu, kitorang terus ke masjid tanah. tu lah reason kenapa family mertua aku turun. jiran rumah lama, anak diorang kahwin. masa kecik2 dulu family wan dok kat masjid tanah. merata2 family diorg duduk sebab apak mertua den askar. sampai dalam pukul 12.30 gitu.
sampai je terus makan. lauk pauk nya masyaAllah, marvelous! apa makan?
masak lemak daging salai. mantap!
ulam- ulam dengan sambal belacan
ada pulak ikan masin. ini mmg lauk pauk aku lah. mmg kena dengan tekak aku. makan tak pandang kiri kanan.
adel makan siap tambah 2 kali sebab lauk masak lemak ni. mujur tak pedas. nenek duduk depan kitorg seronok je tgk adel makan selera sangat.
ni lah rumah sewa dimana family wan menetap masa kecik2. they grew up here. kalau pi melaka mmg kena singgah area ni. mula lah dia bukak memory lane dia. longkang mana dia jatuh. longkang mana dia tangkap ikan. kat mana suka main. layankan... wan, no 2 tu mas, no 3 ali.
kerusi ni pun sama usia dgn papa kot. goyang2 sudah. lama gak kitorang lepak kat sini. ayah jumpa kawan2 lama. tiba2.. terpandang seseorang..
irma hasmie uols!! aku mmg dah aim nak amik gambar dgn dia. berani dgn tak je. kebetulan kitorg dah nak balik, dia pun nak keluar dari rumah pengantin, ajak amik gambar. senyum je dia angguk. 
lagi sekali. hai manis sangat. sempat tanaya bila dia due. dia due next month. semoga semua selamat.
husband dia........ sangat lah.............. (habiskan sendiri ayat aku ni) hehehe..
lepas tu kitorg pun mintak diri. what a great weekend we had. 
bila aku belek2 gambar balik, nan ado gambar dgn pengantin ye! dgn irma hasmie tergedik- gedik nak begambo. dengan pengantin sekeping pun aram ade. hahahahahahaaampeh!
isnin selasa apa bikin? tido sampai tak larat nak tido dah.

Pemuda UMNO <b>Masjid Tanah</b>: Pengundi <b>di</b> Melaka berjumlah <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2013 02:16 AM PDT

Sebanyak 439,869 orang di negeri ini layak untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun 4/2012. Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Haelmy Mohd. Hanifah berkata, jumlah tersebut meningkat sebanyak 1.12 peratus iaitu pertambahan sebanyak 4,894 orang berbanding daftar pemilih Suku Tahun 3/2012 iaitu 434,885 orang.
Menurutnya, jumlah yang didaftarkan untuk suku tahun keempat itu terdiri daripada 14,563 pemilih tidak hadir, 6,525 pengundi baharu dan 1,744 pendaftaran pertukaran alamat pusat mengundi. ''Dalam tempoh ini apabila Parlimen dibubarkan dan SPR menetapkan tarikh pilihan raya, DPT Suku Tahun 4/2012 akan digunakan dan bukannya DPT Suku Tahun 3/2012," katanya.
Beliau berkata demikian selepas sesi penerangan berhubung kemudahan mengundi melalui pos kepada warga media di ibu pejabat SPR negeri Menara Persekutuan, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh. Haelmy berkata, pengundi tidak hadir terdiri daripada anggota polis, tentera, penjawat awam bertugas di luar negara dan pelajar sepenuh masa menuntut di luar negara serta pasangan masing-masing. Katanya, bagi pelajar separuh masa pula mereka tidak layak dikategorikan sebagai pengundi tidak hadir.
''Bagi pengundi yang sudah meninggal dunia dan mereka yang hilang kelayakan mengundi di negeri ini ialah 2,833 orang," katanya.
Menurutnya, pengundi paling ramai di negeri ini ialah di Parlimen Bukit Katil apabila mereka yang layak untuk mengundi sebanyak 99,581 orang manakala Parlimen Masjid Tanah merupakan pengundi paling sedikit iaitu 46,062 orang. Dalam pada itu beliau berkata, sebanyak 6,764 petugas SPR akan bertugas bagi memastikan kelancaran perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 di negeri ini.
Kesemua petugas tersebut akan ditempatkan di 238 pusat mengundi di enam kawasan Parlimen dan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads