di negeri melaka - Google Blog Search |
hot news !!! ketua menteri <b>melaka</b> tidak puas hati <b>...</b> - Badut Rakyat Posted: 07 Apr 2013 08:30 AM PDT Selepas berjaya mencapai status negeri maju pada 2010,negeri Melaka di bawah pentadbiran Ketua Menteri,Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak terus duduk diam selesa,sebaliknya terus meletakkan wawasan baru untuk menjadikan Melaka sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau untuk tempoh masa 10 tahun seterusnya.Selaras dengan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad,Mohd Ali optimis negeri Melaka dapat mencapai status itu menjelang 2020 melalui pelaksanaan pelbagai strategi yang telah dirancang seperti projek mega Melaka World Solar Valley di kawasan Rembia yang melibatkan pelaburan melebihi RM2 billion.Prasarana yang sedang dibina itu kelak bukan sahaja akan mengeluarkan produk berasaskan teknologi hijau yang tenaganya boleh diperbaharui, malah berupaya memberi nilai tambah kepada pendapatan rakyat negeri Melaka. Selain itu,antara strategi yang telah dilakukan ke arah mencapai Bandar Teknologi Hijau adalah pelancaran Melaka Green City,penubuhan Akademi Teknologi Hijau Melaka dan melaksanakan beberapa projek kitar semula minyak masak terpakai sebagai sumber biodiesel.Senarai pembangunan yang bakal diwujudkan di Melaka ini telah berjaya melonjakkan nama Melaka di persada dunia yang selama ini terkenal dengan peninggalan sejarah.Kaji selidik Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) baru-baru ini,mendapati pentadbiran Melaka di bawah kerajaan BN,mendapat pujian dari rakyat Melaka terutamanya dari golongan muda. 83% responden dari golongan muda yang ditemui dalam kaji selidik ini berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri,Datuk Seri Najib di mana 38.5% responden adalah lepasan sekolah,55.4% pemegang diploma dan ijazah sementara 6.1% adalah pemegang ijazah tinggi. Sebanyak 48.3% responden sangat setuju dan 41.1% bersetuju bahawa PM telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia.Kaji selidik yang mengambil sampel golongan muda antara 21-40 tahun di Melaka ini jelas menunjukkan golongan muda di Melaka menerima pembangunan yang telah dibawa oleh BN.Melaka sememangnya mendahului dalam pelbagai aspek di negara ini,terutamanya sektor pelancongannya yang sangat memberangsangkan dan tumbuh dengan begitu pesat.Langkah kerajaan negeri memilih teknologi hijau sebagai persediaan di masa hadapan wajar dikagumi dan disokong sebagai satu strategi yang sangat berpandangan jauh dan berwawasan.Kecemerlangan ini seharusnya dikekalkan dan diteruskan dan BN telah membuktikan keupayaannya untuk terus mentadbir dan memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat Melaka. |
You are subscribed to email updates from di negeri melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan