Rabu, 19 Jun 2013

04 di jasin - Google Blog Search

04 di jasin - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: A. Kadir <b>Jasin</b> dedahkan wujudnya <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2013 01:32 AM PDT


Jika kita taksub dengan individu yang menjadi pimpinan dalam parti kita pasti akan kecewa bila membaca apa yang A. Kadir Jasin dedahkan ini..

Tetapi jika kita berpegang kepada ideologi parti.. kita akan dapat melihat siapa yang menggunakan politik untuk kepentingan peribadi mereka dalam hal ini...

Selagi wujud pemimpin yang bersifat begini dalam Pakatan Rakyat, Insyaallah UMNO akan kekal berkuasa hingga ke hari kiamat..

Jadi bila menyokong.. jangan sampai taksub kepada pemimpin.. sebab pemimpin datang pemimpin pergi, kita rakyat tetap disini..

Apa yang mungkin tidak diketahui umum tetapi bukan lagi rahsia antara Blogger dan sukar dipercayai ialah Umno, PAS dan sekelompok pemimpin PKR telah kehilangan peluang untuk menubuhkan "Kerajaan Perpaduan" di Selangor, Terengganu dan Kedah.

Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin hari ini mendedahkan terdapat rundingan perpaduan Melayu diantara parti PAS, PKR dan Umno di negeri Selangor dan Terengganu akan tetapi menemui kegagalan ekoran di pihak Barisan Nasional (BN), khasnya Umno, tidak mempunyai "operator" yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir.

Menurut bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times itu, di negeri Selangor, rundingan berlaku diantara ketiga-tiga parti itu disebabkan oleh permusuhan terbuka antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali daripada PKR.

"Di Selangor bisik dan risik mengenai kerajaan campuran PAS-PKR-Umno cukup serius," kata beliau dalam tulisan terbaru di blognya bertajuk "Perpaduan Melayu: Peluang Yang Terlepas".

"Seandainya rancangan itu berjaya, PAS, Umno dan sesetengah elemen PKR akan menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS menyumbangkan calon Menteri Besar.

"Tetapi peluang itu terlepas kerana pihak-pihak yang terbabit takut didedahkan dan tidak bersedia bertolak ansur mengenai calon Menteri Besar, kecuali Azmin yang dikatakan lebih terbuka," tambah beliau lagi.

Kepemimpinan PAS Terengganu oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula jelasnya dikatakan berminat bekerjasama dengan Umno walaupun PAS hampir-hampir menewaskan Umno.

Umno menang 17 kerusi DUN manakala PAS 14 dan PKR satu di Terengganu. Kedah juga jelasnya mempunyai cadangan supaya BN membawa masuk seorang Adun PAS menjadi Exco sebagai tanda persaudaraan dan perpaduan Melayu-Islam.

"Tetapi pelung keemasan itu terlepas kerana BN, khasnya Umno, tidak mempunyai "operator" yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir dan kepemimpinan Umno tidak mahu bantuan luar.

"Kalau perbezaan politik dan perpecahan ini berlarutan hingga ke Parlimen dan DUN, masa depan orang Melayu, Bumiputera dan Islam akan lebih lemah dan terancam," katanya lagi.

Beliau berkata walaupun orang Melayu-Islam adalah majoriti di negara ini, tetapi mereka lemah dari segi ekonomi dan keputusan Pilihan Raya 2013 menyebabkan mereka lemah juga dari segi politik akibat perpecahan.

"Apa yang mungkin tidak diketahui umum dan sukar dipercayai ialah Umno, PAS dan sekelompok pemimpin PKR telah kehilangan peluang untuk menubuhkan 'Kerajaan Perpaduan' di Selangor, Terengganu dan Kedah," katanya ~ Baca apa yang ditulisnya di SINI 


Hmmm... Boleh percaya ke?

Jangan percaya bulat-bulat apa yang ditulisnya itu.. tetapi jangan pula ditolak begitu saja..

Wujud atau tidak agenda menubuhkan kerajaan perpaduan ini.. atau cerita dongeng rekaan UMNO semata-mata.. silalah baca di Malaysia Waves.. klik di SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads