04 di lubok china - Google Blog Search |
Terbunuh digilis treler - Rileks Community Posted: 16 Jun 2013 09:05 PM PDT Anggota polis dan ambulans mengangkat mayat Muhammad Hafiz (gambar kecil) dalam nahas di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Seremban, semalam.Seremban: Seorang penolong pegawai farmasi maut akibat digilis treler di Kilometer 258.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Muhammad Hafiz Abas, 23, yang bertugas di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada. Terlanggar belakang lori Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal lalu terlanggar belakang lori enam tan yang sarat muatan gandum di lorong perlahan, yang dipandu lelaki berusia 48 tahun. Pada masa sama, sebuah treler dari arah belakang tidak sempat mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan, menyebabkan mangsa digilis kenderaan berat berkenaan. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
'Tuhan Yang Maha Mengetahui yang ghaib, dan Dia tidak menyatakan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada Rasul yang diredhai-Nya" (Al-Jin: 26-27) |
You are subscribed to email updates from di lubok china - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan