Selasa, 2 Julai 2013

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


Khabarkini: Kemalangan Ngeri <b>Di Alor Gajah</b>

Posted: 21 May 2013 09:30 PM PDT


ALOR GAJAH - Seorang lelaki cedera parah selepas kereta Proton Saga Aeroback yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh besi penghalang lebuhraya di Kilometer 198 Lebuhraya Plus arah utara, di sini, petang kelmarin. 
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, mangsa, Thian Zhi Long, 22, dari arah Johor menuju Kuala Lumpur. 
Jurucakap polis berkata, kereta dipandu mangsa dilihat terhuyung-hayang dan meluncur laju ke kiri jalan sebelum merempuh besi pengadang lebuhraya sehingga menghimpit bahagian kepala dan dada mangsa. 
"Rempuhan kuat itu mengakibatkan besi pengadang lebuhraya melekat pada cermin hadapan dan menghimpit bahagian muka mangsa menyebabkannya gagal bergerak untuk keluar dari kenderaan. 
"Sejurus kejadian, mangsa dilihat masih tetap di tempat duduk pemandu bagaimanapun hanya mampu melambai tangan keluar dari tingkap untuk mendapatkan bantuan orang awam," katanya. 
Menurutnya, beberapa orang awam membantu mangsa namun tidak boleh dikeluarkan sehingga bomba dan penyelamat tiba beberapa minit kemudian," katanya. 
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh PBK 2, Omar Md Jali berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 2.18 petang. 
"Sembilan anggota dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian," katanya. 
Katanya, bomba terpaksa menggunakan peralatan khas kecemasan menanggalkan pintu sebelah penumpang hadapan sebelum mengeluarkan mangsa yang cedera parah. 
"Bomba mengambil masa kurang tujuh minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum dibawa ke Hospital Alor Gajah," katanya. 
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. - Sinar Harian

Asam Pedas <b>di</b> Pekan <b>Alor Gajah</b> | JAAkechik CORNER

Posted: 01 May 2013 09:00 PM PDT

lepas puas main air di A famosa waterworld
kitorang keluar makan sekejap di pekan Alor Gajah
kitorang lebih rela keluar, sebab rege makanan kat dalam theme park tu mahai...
lagipun bandar Alor Gajah ngan A Famosa Resort ni dekat jer pun
kami pilih kedai Nasi Campur yg bersebelahan dengan Shell
masuk jer dalam kedai tu, jaa nampak ada Asam Pedas...
pergghhh... geram betul jaa tengok. terus rembat seketul.
tapi bila makan, tak sangka lak ikan ni ada tulang yang banyak
dan jugak bercabang, huk..huk... ikan terubuk rupanya!
payah betul nak makan isi ikan terubuk nih tau!

en.suami pulak pilih ikan keli bercili/bersambal

hrmmm...sedap jugak ikan keli dia nih. kitorang siap tambah lagi 1 ekor lagi.
kami ada gak amik sayur dan lauk lain untuk si fikri dan jgn risau
harga kat sini memang murah. nasi tambah dia tak kira pun, tahu?!
p/s : terasa nak belajar buat Asam Pedas Melaka sendiri...hihi..

~ Terima kasih...klik LIKE kalau suka ~

Taman Sutera Indah, <b>Alor Gajah</b> | AFY HANIFF PROPERTIES

Posted: 23 Jun 2013 09:19 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kemasan tile di seluruh rumah. Car porch ada dua! depan dan tepi rumah. 3. Jun. 23. Single Storey- Ayer Keroh. 3 bilik dan 2 bilik air. Jun. 23. Taman Sutera Indah, Alor Gajah. 3 bilik 2 bilik air. Ruang tamu yang telah ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads