di negeri melaka - Google Blog Search |
- Pusat Konservasi <b>Negeri Melaka</b> pertama <b>di</b> Malaysia - Utusan Online
- [KENYATAAN MEDIA] #BLACK505 <b>DI NEGERI</b> SEMBILAN, KEDAH <b>...</b>
- Semua sekolah <b>di Negeri Melaka</b> di teruskan seperti biasa
Pusat Konservasi <b>Negeri Melaka</b> pertama <b>di</b> Malaysia - Utusan Online Posted: 20 Jun 2013 11:33 AM PDT Khamis Abas (dua dari kiri) melihat bahan pameran yang terdapat di Pusat Konservasi Negeri Melaka semasa melawat pusat itu di Jalan Bunga Raya, Melaka, baru-baru ini. MELAKA 20 Jun - Dalam usaha untuk mengekal dan memulihara bangunan-bangunan lama yang terdapat di negeri ini, kerajaan negeri mengambil inisiatif membina Pusat Konservasi Negeri Melaka yang pertama seumpamanya di negara ini. Pengurus Besar Perbadanan Muzium Negeri Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas berkata, pusat yang mula beroperasi 10 Jun lalu itu ditubuhkan sebagai pusat rujukan mengenai konservasi bangunan serta artifak sejarah berkaitan dengan negeri ini. "Pusat konservasi negeri ini juga diwujudkan bagi menanam minat mendalam terhadap masyarakat Melaka tentang kepentingan pemuliharaan dilaksanakan bagi mengekalkan status Bandar Raya Warisan Dunia," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan tapak ke Pusat Konservasi Negeri Melaka di Jalan Bunga Raya di sini baru-baru ini. Lawatan itu turut disertai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Warisan dan Pembangunan Belia negeri, Datuk Norpipah Abdol. Pusat konservasi tersebut diuruskan oleh Perzim dengan kerjasama Perbadanan Pejabat Warisan Dunia negeri, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Politeknik Merlimau dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Menurut Khamis, bangunan menempatkan pusat konservasi negeri itu telah dibaik pulih dengan modal sebanyak RM200,000 dan dibuka secara percuma kepada pengunjung setiap Isnin hingga Khamis dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. "Bangunan ini akan menempatkan Pejabat Warisan Dunia negeri yang akan membantu para pengunjung serta pemilik bangunan untuk mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat mengenai kerja dan pelan pemuliharaan bangunan-bangunan lama. "Selain itu, ia turut akan dijadikan tempat untuk mengadakan pameran, ceramah, taklimat, bengkel dan seminar berkaitan bidang sejarah, warisan dan pelancongan bagi orang awam serta pelajar para pelajar universiti tempatan dan luar negara," jelasnya. Tambahnya, input serta pandangan terbaharu mengenai usaha konservasi turut diharapkan dari para pengunjung bukan sahaja dari segi bangunan malah termasuk hal-hal berkaitan budaya. "Kewujudan pusat ini juga diharap dapat melatih lebih ramai pakar dan tenaga kerja bagi kerja-kerja pemuliharaan artifak dan konservasi warisan," katanya. |
[KENYATAAN MEDIA] #BLACK505 <b>DI NEGERI</b> SEMBILAN, KEDAH <b>...</b> Posted: 16 May 2013 07:09 AM PDT Gelombang #black505 demi menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan pilihanraya diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan. #black505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan. Tarikh-tarikh bagi #black505 yang seterusnya adalah seperti berikut: 21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah 23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu 24 Mei 2013 (Jumaat) – Melaka Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR. Semua perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir. Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan. Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #black505 ini. Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram). Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #black505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Dato' Seri Najib Tun Razak. Semangat kerjasama dengan pihak PDRM demi menjamin kelancaran dan keselamatan rakyat akan diteruskan. Oleh itu, saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai #black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan sokongan kepada reformasi pilihanraya yang perlu diadakan segera.
RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi 16 MEI 2013 |
Semua sekolah <b>di Negeri Melaka</b> di teruskan seperti biasa Posted: 25 Jun 2013 09:53 PM PDT Semua Pengetua/Guru Besar, Sekolah-sekolah Negeri Melaka. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Khas Bencana Negeri Melaka telah memutuskan bahawa esok (26 Jun 2013) semua sekolah menengah, sekolah rendah dan prasekolah di Negeri Melaka diteruskan seperti biasa. Sekian, harap maklum. (JPN MELAKA) |
You are subscribed to email updates from di negeri melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan