| 04 di jasin - Google Blog Search | 
| The Scribe A Kadir <b>Jasin</b>: Putera Mahkota Baru Dunia Niaga Posted: 21 Jun 2013 05:31 PM PDT   [KOMEN anonymous tidak akan disiarkan. Sila  guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Boleh guna nama  samaran.]   TIDAK sampai dua bulan selepas  Barisan Nasional menang tipis dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei, seorang lagi  putera mahkota sektor korporat dinobatkan.    Bukan alang kepalang nobatnya.  Pada 1 Jun dia dijadikan Tan Sri dan pada 8 Jun dia muncul sebagai taikun baru  dunia penyiaran Malaysia.   Dia tidak akan menjadi Tan Sri  tanpa persetujuan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, yang pada 8 Jun  melancarkan saluran televisyen kabel digital bernama ABNxcess dengan  mengisytiharkan yang ia akan membantu menyempitkan jurang digital antara  masyarakat Malaysia.   Dengan lesen yang diberikan oleh  Suruhanjaya Multimedia dan Telekomunikasi itu, ABNxcess berpotensi melancarkan  sehingga 500 saluran TV kabel digital – mengatasi berkali-kali ganda apa yang  kini ditawarkan oleh Astro milik T. Ananda Krishnan dan HyppTv milik Telekom  Malaysia Berhad (TM).   Daripada Pemandu Kepada Tuan  Orang istimewa itu adalah K.K.  Eswaran yang sehingga baru-baru ini lebih dikenali umum oleh kalangan korporat  dan politik sebagai Kenneth Eswaran.   Tidak banyak orang di luar dunia  korporat dan politik kenal Eswaran. Tetapi sesiapa saja yang mengenali isi rumah  Mohd Najib dari dekat pasti tidak akan terlepas pandang siapa Eswaran.  Keakrabannya dengan Mohd Najib dan isterinya, Rosmah Mansor adalah luar biasa  dan bukan rahsia lagi.   Dalam masa yang singkat dia naik  dalam dunia perniagaan dan dipilih menjadi Presiden Dewan Perniagaan dan  Perindustrian India Malaysia. Dia adalah antara pelopor pekan "Little India" di  Brickfields, Kuala Lumpur.    Sesiapa saja yang kenal dan  menyaksikan transformasi Eswaran sejak pembunuhan kejam majikannya, Francis  Clement D'cruz di Johor Baru pada tahun 2003, tentu takjub dan teruja.   Apa yang dia lakukan selepas  pembunuhan bosnya bolehlah ditakrifkan sebagai "memangku" aset korporat dan  peribadi yang ditinggalkan oleh mendiang D'Cruz.   Seorang peniaga dari India, yang  berupa rakan kongsi D'cruz, disyaki melakukan pembunuhan itu dan tidak pernah  ditangkap.   Tetapi Eswaran tidak muncul dalam radar perniagaan  dan politik Malaysia sehinggalah dia menjadi sangat akrab dan sering menjadi  tetamu isi rumah Mohd Najib dan Rosmah.   (Saya membilang beliau sebagai antara penyokong Mohd  Najib yang hadir di rumahnya di Pekan pada hari penamaan calon PRU 2008). Dapat Pinjaman RM500 Juta  Eswaran melancarkan rangkaian TV  kabel itu dengan menggunakan syarikat bernama Asian Broadcasting Network (ABN) yang  dimiliki bersama dengan dua orang bekas penjawat awam kanan, iaitu Laksamana  (Bersara) (Tan Sri) Mohd Anwar Mohd Nor (10 peratus)  dan (Tan  Sri) Mohamad Noor Abdul Rahim (20 peratus).   Jentera korporat utama Eswaran  ialah Pinehill Pacific Berhad, sebuah  syarikat perladangan berukuran kecil,   yang asalnya Benta Rubber Estates Ltd dan pada 1971  ditukar menjadi Benta Plantations Berhad serta disenaraikan di Bursa Malaysia.   Pada tahun 2011, Pinehill  mencatatkan perdagangan bernilai RM50.3 juta dan keuntungan RM4.1 juta. Tiga  tahun berturut-turut sebelum itu ia mengalami kerugian.   Dalam dunia korporat, penanda  aras nilai dan keyakinan pasaran terhadap seseorang usahawan adalah kesediaan  bank memberi pinjaman kepadanya.   Dalam kes Eswaran dan ABNxcess,  media massa telah melaporkan yang Bank Pembangunan memberi pinjaman sebanyak  RM500 juta (baca di sini). Sumber-sumber perbankan berkata, itu adalah had maksimum yang boleh  diberikan kepada seseorang peminjam (baca di sini). Wallahualam. | 
| You are subscribed to email updates from di jasin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan