Rabu, 18 September 2013

04 di alor gajah - Google Blog Search

04 di alor gajah - Google Blog Search


pertembungan <b>di</b> umno bahagian <b>alor gajah</b> melaka...!!! - melaka post

Posted: 14 Sep 2013 12:12 PM PDT

Aku difahamkan oleh sumber sumber yang aku sorang jer boleh faham....akan ada pertandingan merebut jawatan KEPIMPINAN TERTINGGI di UMNO Bahagian Alor Gajah Melaka diantara Ketua UMNO Bahagian sekarang iaitu YB Datuk Wira Hj Abdul Ghafaar Atan dengan Timbalannya iaitu YB Datuk Hj Ab Wahab Ab Latip.........
...dan yang lebih TAK BOLEH BELAH  lagi adalah, Naib Ketua UMNO serta Setiausaha UMNO Bahagian akan meninggalkan saf kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Alor Gajah sekarang dan bergabung dengan Timbalan Ketua UMNO Bahagian bagi membentuk satu kombinasi yang didakwa akan menjadi lebih mantap bagi menrealisasikan TRANSFORMASI kepimpinan UMNO Bahagian.. Naib Ketua UMNO menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Ketua UMNO dan Setiausaha UMNO pula akan menawarkan diri untuk jawatan Naib Ketua UMNO... 
Erm...kenapa jadi macam nie erk..??? Ada apa apa yang tak kena ker kat UMNO Bahagian Alor Gajah nie..??? Kalau di amati semuanya nampak harmoni dan 'riang ria' serta okey saja....Ketua UMNO Bahagian sekarang nampak ok dan steady jer... kerja pun bagus..!!! TRANSFORMASI KEPIMPINAN bagaimana yang dimaksudkan oleh mereka..???
Ermmm.....aku rasa korang bolelar bagi aku sedikit masa untuk mencari jawapannya dan aku akan update kat blog nih dari semasa ke semasa okey ??
Hehe...Macam biasalar bila ada pertandingan sebegini sudah tentu para Perwakilan UMNO lah menjadi individu yang tidak senang duduk dan serba salah...almaklumlar semuanya kawan kan..!!! Ermm...Rileks lar bro...!!! ini semua proses biasa dalam pemilihan dan ianya berlaku disemua UMNO Bahagian didalam Malaysia sekarang nie...so....dont be khuatir yer...!!!!...cuma tips pertama aku nak nasihat kat korang iaitu sebagai perwakilan tugas korang semua adalah untuk memilih yang terbaik diantara yang baik baik nie....macamana nak memilih..??? sudah tentular dengan memberi peluang kepada semua calon yang menawarkan diri untuk menyatakan hasrat mereka kepada korang. Jadi...bila orang panggil korang datang...bila orang cakap korang dengar...bila orang ulur korang rembat jer....bila korang balik rumah korang nilaikan dan perhalusikan apa yang korang dengar...barular adil kan? Aku yakin para perwakilan sekarang lebih matang didalam membuat penilaian...betul tak..??? hehehe....
pssttt...blog aku nie cuma akan berkisar kepada Pemilihan UMNO Bahagian Alor Gajah sahaja sehingga bulan Oktober nih...!!! so yg lain jangan marah yer...!!!!
.panas..!!! panas...!!! panas...!!!! 

Peniaga Ditemui Mati Ditikam <b>Di Alor Gajah</b> | Jenayah - Rakyat News

Posted: 01 Aug 2013 08:00 AM PDT

MELAKA 1 Ogos - Seorang peniaga perabot dan barangan elektronik ditemui mati dengan enam kesan tikaman di kawasan semak berhampiran pantai Telok Gong di Alor Gajah, malam tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata mangsa dikenali sebagai Oh Son Liong, 55, yang ditemui orang awam kira-kira 10 malam. 

"Polis turut menjumpai sebuah lori muatan satu tan yang dipercayai milik mangsa berdekatan lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataannya kepada Bernama hari ini. 

Pihak polis meminta saksi yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini supaya menghubungi balai polis berhampiran. 

Last Updated on Thursday, 01 August 2013 22:00

ronda ronda aspirasi merdekaraya <b>di</b> parlimen <b>alor gajah</b>

Posted: 02 Sep 2013 01:56 AM PDT

Assallammualaikum dan Salam Perjuangan
Salam Aspirasi

Hujung minggu yang penuh dengan program bertemu dan berjumpa dengan sahabat sahabat di bahagian Alor Gajah. Hati amat gembira kerana semua sahabat menunjukan kemesraan dan persaudaraan yang begitu erat dikalangan kita. Sekurang kurangnya mengubati keadaan kini yang dilanda musim pertandigan jawatan di cawangan UMNO dan bahagian.

Alhamdulillah kematangan ahli UMNO kian terasa dan menular kerana masing masing sudah bijak berpolitik dan mengetahui selok belok politik dengan baik sekali kerana antara penawaran diri untuk bertanding dan persahabatn dapat dibezakan dan semuanya berlaku dalam ruang lingkup yang sama iaitu UMNO adalah sebuah keluarga yang besar dan kita semua diseru untuk bersatu demi survival UMNO di masa hadapan. Proses pemilihan ini berjaya memberi suntikan baru kepada ahli UMNO dan parti keramat ini sendiri untuk memastikan pemilihan berjalan dengan lancar dan pemimpin yang dipilih adalah dari suara akar umbi..

Dan hujung minggu kami bersama group Aspirasi Muda AG akan terus mengunjungi sahabat dan bersama berborak dan berbincang untuk brainstorming halatuju dan masa depan pemuda yang lebih baik dan terpuji..Tahniah semua dan terimakasih semua yang bersama sama inginkan pemuda lebih aktif dan bertenaga...

UMNO TERUS MARA
UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads