Rabu, 18 September 2013

04 di masjid tanah - Google Blog Search

04 di masjid tanah - Google Blog Search


Saingan sengit <b>di Masjid Tanah</b> - Utusan Online

Posted: 17 Sep 2013 11:50 AM PDT

Kiri ABDUL RAHIM, AB RAUF yusoh, ISMAIL OTHMAN

MELAKA 17 Sept. - Pemilihan UMNO Bahagian Masjid Tanah menjadi tumpuan pemerhati politik kerana bakal menyaksikan pertandingan sengit berbanding lima lagi bahagian di negeri ini apabila tiga tokoh politik berpengaruh bersaing sesama sendiri merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian.

Terbaharu, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh dijangka bertanding merebut jawatan tersebut selepas bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr. Abdul Rahim Tamby Chik dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Ismail Othman menawarkan diri.

Beberapa ahli UMNO Bahagian Masjid Tanah telah mengesahkan Ab Rauf akan bertanding jawatan tersebut selepas beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Cawangan Jeram dalam mesyuarat cawangan baru-baru ini.

Ab Rauf bukan asing dalam arena politik kerana beliau ialah bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, bekas Ketua UMNO cawangan Dataran Merdeka dan bekas Exco Pergerakan Pemuda sewaktu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi ketuanya.

Utusan Malaysia difahamkan Ab Rauf dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai keputusannya untuk menawarkan diri bertanding jawatan tersebut dalam tempoh terdekat sebelum penyerahan borang pada 21 September ini.

Lebih menarik, dua lagi jawatan bahagian tersebut iaitu Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua turut menyaksikan persaingan sengit apabila ketiga-tiga yang bertanding jawatan Ketua Bahagian menyenaraikan calon masing-masing.

Jawatan timbalan kosong apabila penyandangnya, Datuk Ab. Karim Sulaiman yang juga bekas ADUN Tanjong Bidara dan Exco kerajaan negeri tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya.

Jawatan tersebut turut bakal menyaksikan saingan tiga penjuru apabila Naib Ketuanya, Datuk Talib Bachek yang merupakan penyokong kuat Ab Rauf bertanding di samping ADUN Ayer Limau, Amiruddin Yusof bergandingan dengan Ismail.

Seorang lagi calon yang juga Setiausaha UMNO Bahagian dan Pegawai Khas Ketua Menteri, Jamaluddin Joned bergandingan dengan Rahim.

Saingan sengit bagi jawatan Naib Ketua berlaku apabila ADUN Tanjong Bidara, Md. Rawi Mahmud bergandingan dengan Ab Rauf bertanding bersama-sama AJK Bahagian, Azman Nordin yang dikatakan sebagai orang kuat Ismail.

Rahim pula mempertaruhkan Ketua Cawangan Bukit Apit, Hanafiah Osman merebut jawatan Naib Ketua bersama-sama Azman dan Md. Rawi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads