Isnin, 25 November 2013

04 di machap - Google Blog Search

04 di machap - Google Blog Search


BLOG MELAKA: 04 <b>di machap</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Nov 2013 09:27 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

kemalangan <b>di</b> jalan kolam <b>Machap</b> - Durian Tunggal, 2 maut, 2 <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2013 10:19 PM PDT

ALOR GAJAH – Seorang wanita tidak sempat menerima rawatan setelah maut terlibat dalam kemalangan di jalan kolam Machap – Durian Tunggal, dekat sini, petang semalam.

Difahamkan, kereta Perodua Myvi yang dipandu lelaki rakyat Dubai dikenali sebagai Kia, 30-an, bersama rakan, Yap Pay Yin, 27, dan mangsa, Khoo Kim Hua, 53, dan Lee Lai Choon, 50, bertembung dengan sebuah lori pasir dari arah pekan Durian Tunggal.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke Hospital Melaka untuk menghantar Kim Hua mendapatkan rawatan lanjut selepas keracunan makanan sejak dua hari lepas.

Menurutnya, sebaik tiba di laluan berbukit dan sebelum selekoh di lokasi kejadian, kereta dipandu Kia bertembung dengan sebuah lori pasir yang hilang kawalan.

"Akibat kejadian itu, Kim Hua yang duduk di tempat duduk belakang bersama Lai Choon mati serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Sementara Pay Yin dan Kia tersepit di bahagian hadapan serta cedera parah di badan dikeluarkan anggota penyelamat," katanya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan 2, Tee Kim Guan berkata, pihak bomba menerima panggilan dari bilik gerakan jam 1.09 petang.

"Bertindak atas maklumat itu sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi memulakan kerja menyelamat.

"Anggota kami terpaksa mengeluarkan pemandu dan penumpang di sebelah kiri pemandu yang parah kurang dari lima minit," katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kemalangan berkenaan membabitkan dua kematian.

Menurutnya, mayat dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

"Manakala dua lagi mangsa yang cedera parah di badan dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

"Orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah menerusi talian 06-5563222 bagi memudahkan siasatan polis," katanya.

–sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads