04 di alor gajah - Google Blog Search |
SUMPAHAN TOK KADOK: CERITA BUNIAN - <b>ALOR GAJAH</b> MELAKA. Posted: 25 Nov 2013 06:31 PM PST Salah Satu Mercu Tanda Alor Gajah. Cerita Bunian Dari Melaka. Mengikut rangking didalam blog Sumpahan Tok Kadok ini, cerita mengenai bunian adalah yang paling tinggi. Oleh itu penulis telah menyusun kembali kiriman tulisan pelayar blog Sumpahan tok Kadok ini tentang ceritanya mengenai bunian yang dialami oleh keluarga beliau yang berasal dari Melaka.Marilah kita ikuti cerita beliau. Ini pengalaman pakcik aku di melaka dan bukanlah pengalaman aku tapi dia pernah la bercerita pegalaman dia terserempak dengan bunian ni. Pakcik aku ni tinggal kat sebuah kampung di daerah Alor Gajah, cerita dia macam ni, hidup dekat kampung biasa la pakcik aku ni ada menternak kerbau dan tiap petang dia akan jemput kerbau-kerbau dia ni untuk pulang ke kandang,pagi lepaskan kerbau ini untuk makan, dan bila petang halau balik macam tu la rutin dia tiap hari. Dipendekkan cerita, satu petang tu dia tak tahu kenapa kerbau dia boleh pergi makan jauh sangat sampai kedalam sebuah ladang kelapa sawit yang kira-kiranya macam baru nak ditanam la, kelapa sawit tu bersempadan dengan hutan simpan. Oleh itu pak cik aku ni pun pergi la halau kerbau dia untuk pulang kekandang. Masa itu lebih kurang pukul 7.00 lebih dan senja dah la macam tu ditambah pulak dengan hujan renyai-renyai, tiba-tiba dia terhidu bau yang sangat wangi lebih kurang bau pak haji nak ke masjid (minyak atar) tapi dia kata lebih wangi dari tu. Ha boleh bayang tak senja-senja bau pelik pulak apa lagi dia terus bergegas la nak balik dan kerbau tu esok punya cerita. Masa dia cemas nak balik tiba-tiba di terserempak dengan makhluk (bunian),dua-dua tergamam, bunian tu tergamam dan pakcik aku pun terkaku kerana mereka sama-sama tekejut. Pakcik aku cakap bunian tu berdua, iaitu sepasang (lelaki & perempuan)dan aku Tanya macamana rupanya cantik ke? Dan dia cakap dia pun tak tahu nak gambarkan macamana,dia kata masa terserempak pasangan tu tengah bejalan sambil yang perempuannya memeluk tangan lelaki berkenaan (bekepit la mcm tu bila tergamam tu diorang terus berhenti dan toleh pakcik aku dengan pandangan yang tak boleh dia lupakan serta tak berkelip mata dengan senyum pun tak, marah pun tak. Pak cik aku kata lagi dua-dua bunian tu nak kata cantik tidak, nak kata tak cantik pun tidak. Memang dia tak boleh gambarkan macamana, memang takkan jumpa rupa itu dalam alam kita nak samakan macam siti nurhaliza ke siti saleha ke memang tak boleh lawan, ha hambik kau boleh bayang tak rupa dia, pakaian dia pula pakcik aku cakap pakaiaan orang jawa lama. Yang lelaki ada pakai songkok yang orang jawa pakai tu ape name tah, baju pun baju batik jawa dan yang perempuannya pakai baju kebaya lama jawa semua bercorak batik jawa. Aku rasa bunian jawa kot hehe…lepas tu pakcik aku terkaku tak boleh cakap apa-apa bila dah bertentang mata macam tu. Kedua-dua bunian tu tenung pakcik aku tak sampai 15 saat diorang toleh depan dan terus berjalan sambil yang perempuan tu dok kepit tangan lelaki tu, pakcik aku masih macam tu tergamam lagi sambil tengok diorang pergi terus masuk dalam hutan simpan tu…… Mungkin pekerja Indonesia yang bekerja dekat kebun kelapa sawit tu kot, sapa aku pada pak cik. Pak cik aku kata tak ada kotor tanah apa pun kat baju dia, bahkan kain dia basah pun tidak sedangkan masa itu hujan renyai-renyai dan logiknya nak pergi mana dalam hutan simpan tu !!!…masa itu hari pun dah nak gelap. Dalam keadaan pak cik aku terpinga-pinga melihat bunian tu hilang dalam hutan, dengan melangkah perlahan-lahan pakcik aku berjalan balik dalam kebingungan dan tak lah lari sepertimana orang nampak hantu. Sampai dekat rumah pakcik aku bercerita pada emak dia, terus kena bebel dengan emaknya, "waktu senja-senja mesti duduk dalam rumah, orang tua-tua dah berpesan, mereka berkata macam itu sebab senja adalah masa pertukaran alam malam dan siang. Siang untuk kita manakala malam untuk mereka". Sejak hari itu terdapat sedikit perubahan pada pakcik aku, emaknya berkata pakcik aku ini dah semakin pendiam, suka duduk kat pangkin depan rumah seseorang, temenung dan tak tahu lah sampai bila pak cik ku berkelakuan demikian. Bila kita bukak cerita pasal bunian ni dia akan cerita dengan sepenuh hati dan bersemangat. Kena pandai la untuk mencungkil sikit-sikit macam mana yang aku buat ni. Ada seorang atok tu cakap kawasan yang pakcik aku pegi tu memang ada perkampungan bunian dan pernah zaman 60an dulu atok tu cerita bunian ni baik-baik belaka suka tolong manusia dan zaman dia muda dulu ada pernah orang kampung masuk hutan cari kayu api, lepas dia ikat-ikat kayu api tu dengan rotan pakcik tua itu pikul la satu-satu kayu api bawa balik rumh serta ada lebih kurang 10 ikat kayu. Atok tu dapat bawa 2 ikat je,satu ikat pun dah satu pemeluk saiz kayu api berkenaan, jadi kena ulang alik la untuk mengangkutnya. Sesampai je dirumah alangkah teperanjatnya atok tu tengok yang lapan ikat lagi kayu api tadi sudah pun sampai dekat rumah serta siap tersusun cantik. Atok tu mula cemas tengok kiri kanan tiba-tiba terdengar suara lelaki bercakap, " kalau nak mintak tolong lagi bagi tahu lah ye tok " tapi orgnya tak ada..suaranya dekat sangat Tak logik seorang lelaki boleh bawak lapan ikat kayu api dengan macam itu punya pantas. Memang betol la jin ni kadang-kadang ada yang baiknya serta ada juga yang jahat. Apa pon dia tetap makhluk Allah kita berkongsi tuhan yang sama,alam je berlainan, tapi ciptaan kita manusia lebih mulia dari jin. Ini cerita benar dari orang-orang lama,kalau berbohong orang lama tu, maka berbohong la aku. Kita sebagai orang islam wajib percaya pada sesuatu yang ghaib.
|
You are subscribed to email updates from di alor gajah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan