Rabu, 11 Disember 2013

di negeri melaka - Google Blog Search

di negeri melaka - Google Blog Search


Hartah Untuk Di Jual <b>di negeri Melaka</b> | Travelog Seorang Trader

Posted: 23 Nov 2013 06:40 AM PST

Salam semua.

Kelmarin adalah satu pengalaman yang sangat berharga untuk saya. Saya berkesempatan untuk berjumpa dengan 4 orang jutawan hartanah tahap otai.

"Bro. Yang pakai baju t shirt biru senget tu baru je lepas jual tanah dia. Total Rm6.5 juta. Ada banyak lagi tu. Dia nak lego sikit-sikit"

Saya tengok pakcik tu tengah kunyah otak-otak sambil tersengeh.

"Yang ni Pak Lang aku. Aku pun dah hilang track berapa banyak tanah dia. Yang sebelah hujung tu,tanah dia merentang dari Kampung Bukit Pulau sampai ke rumah anak yatim Fatimah Zaharah."

Rumah Anak Yatim Fatimah Zaharah
Rumah Anak Yatim Fatimah Zaharah

"Luas tu bro…" kata saya.

"Ada la dalam 12 ekar. Tu yang aku tau. Yang lain ntah le".

"Yang sorang lagi ni semua barang pun dia main. Macam kau le, mak bapak je tak jual"

Saya tengok pakcik tu gelak sakan.

"Ni geng Lang Buana bro. Apa barang pun jalan. Ko tanya je mana tanah or building kat Melaka ni, sape owner dia, nak jual ke tak, berapa harga, semua dieorang tau. Tak payah pakai database bro. Batu sempadan pun dieorang dah hafal!"

Kata kawan saya sambil hisap rokok.

Ni first time saya jumpa geng Lang Buana ni. Semuanya otai. At least 60 tahun ke atas. Dari gaya dressing, memang tak rupa jutawan lah. Bukan macam budak muda sekarang ni. Baru ada duit penuh kocek kiri kanan, dressing mengalahkan Donald Trump. Lang Buana ni sampai tak cukup kocek nak isik!

1 jam dengan geng Lang Buana ni terbukak mata saya yang betapa hebat nya dieorang ni bila masuk bab tanah, building dan apa saja yang boleh di jual. Sebelum ni saya memang tak tahu dan tak ambik tahu pasal hartanah atau property.

Saya pun tak tau kenapa. Sebelum ni tak terbukak hati langsung tapi malam tu penuh bersemangat saya dengar cerita dieorang.

Kalau anda nak beli hartanah atau apa sahaja property di negeri Melaka ni, anda harus kenal orang yang betul dan boleh di percayai. Geng Lang Buana ni adalah pilihan yang terbaik.

Saya ada letakkan senarai hartanah untuk di jual di negeri Melaka yang saya updatekan setakat 23 November 2013 di bahagian Page blog ini. Insyaallah akan saya updatekan banyak lagi.

Nak beli tanah? Nak beli hotel? Nak beli stesen minyak? Nak beli rumah kedai? Insyallah semuanya ada.

"Bro. Batu delima pun ada bro. Barang baik ni…nak kebal boleh, nak tarik duit pun boleh. Aku ada 2 bijik. Harga bukak RM4juta sebijik. Ada berani?"

Hubungi saya jika anda serius berminat.

Shufaad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads