04 di tanjung bidara - Google Blog Search |
Salam Borneo: <b>TANJUNG BIDARA</b> INDAHNYA! Posted: 11 Nov 2013 07:48 PM PST بسم الله الرحمن الرحيم Ummiross ni kalau Teluk Bidara atau Tanjung Jara, memang dah biasa sangat. Pagi minggu kami suka berjogging sepanjang pantai, menghirup udara segar dan nyaman sambil melihat matahari terbit. Itu cerita dulu-dulu, semasa kami di Dungun, Terengganu. Baru-baru ni bila Mrhubby ajak ke Tanjung Bidara, ummiross memang excited sebab memang tak pernah lagi ke sana. Boleh tanya pula kat mana tu, bunyinya macam Teluk Bidara je. Kami menginap dua malam di Tanjung Bidara Beach Resort, Masjid Tanah, Melaka. Haa..kat Melaka rupanya ye, taklah jauh dari KL kan. Memang sesuai untuk percutian hujung minggu. Terdapat banyak chalet sepanjang pantai Tanjung Bidara ni, pilihlah yang mana suka. Waa..seronoknya berdiri mengadap Selat Melaka, selat terpanjang dan tersibuk di dunia. Tumpang bangga walaupun ummiross bukan orang Melaka. Teringat si cantik Anies, orang Melaka, bilalah dapat lepak sama-sama ye. Dari kejauhan, nampak berbalam berpuluh-puluh kapal, amazing, baru first time tengok selat yang sibuk macam ni kan, selama ni asyik baca dari buku je. Ombak tak besar, insyaAllah sesuai untuk bermandi-manda. Subhanallah, memang cantik pantai Tanjung Bidara ni. Kalau macam ni, bolehlah datang lagi jika nak bersantai dihujung minggu, kalau tak nak tidur, boleh pergi berkelah je, bawa makanan siap-siap. Hari ke-2, kami keluar jalan-jalan cari makan. Cantik pula view bot-bot nelayan di terusan ni. Apalagi yang dicari, kalau bukan seafood. Check kat foursquare, kami end up kat sini, Restoran Terapung, Kuala Sungai Baru. Pilih-pilih..semuanya fresh dari lautan, cakap je nak masak apa. Ketam tu yang paling best, Ketam Masak Tiga Rasa, yang sedap..ketam tu sendiri, manis dan sangat fresh!, jadi masak apa pun tak kisah. Hari menjelang petang, jom beredar pulang. Diperjalanan, sempat juga merakam gambar matahari terbenam, sayang gambar tak berapa cantik, guna kamera telefon je, tertinggal pula kamera di chalet masa nak keluar tadi. Jalan-jalan bukan sebarang jalan-jalan, jalan melihat bukti kebesaran dan indahnya bumi ciptaan Allah SWT. Subhanallah..walhamdulillah. "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (HR. Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (HR. Abu Daud) Wassalam… |
You are subscribed to email updates from di tanjung bidara - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan