Hari Rabu 1 Januari 2014 yang lalu, penulis menghantar anak saudara balik ke MRSM Alor Gajah, Melaka. Seperti biasa awal tahun persekolahan, akan berlaku kesibokan kerana ada pendaftaran baru dan penyambungan. Pelajar perlu mendaftar dan membawa peralatan dan keperluan asrama. Ibubapa pelajar kena sediakan wang lebih kurang RM400 untuk pelbagai bayaran seperti makanan, penginapan, buku kerja, PIGB, dobi dll.
Mengikut pemerhatian, Penulis amat gembira melihat bangsa Melayu telah maju dari segi ekonomi. Kebanyakan ibu bapa pelajar di MRSM ini adalah dari golongan kaya dan mewah. Tahun lepas, Penulis melihat ada ibubapa memandu kereta Roll Royce (terserempak dan `parking' sebelah kereta buruk penulis atau terjumpa di kedai makan) BMW, Mercedes Benz, Estima dan kereta mewah lain. Ibubapa yang berkenderaan Proton Saga, Viva dan kereta nasional lain `ditenggelami' oleh kereta mewah tadi.
Jelas sekali MRSM memberikan peluang pendidikan tanpa mengira pendapatan keluarga. Juga adakah mereka ini pelajar luar bandar? Atau adakah ini sudah bermakna orang luar bandar sudah `sekaya' dengan orang bandar?
Jika tidak silap, MARA dan MRSM menubuhkan MRSM adalah secara amnya memberikan pendidikan yang terbaik dengan kos terendah untuk pelajar Melayu di luar bandar. Malangnya matlamatnya sudah terbalik dengan keutamaannya memberikan pendidikan kepada pelajar pintar sahaja.
Ibubapa yang `kaya raya' dan diandaikan dari luar bandar kelazimannya ahli perniagaan, ahli korporat, pegawai tinggi GLC atau Kerajaan. Tahniah kerana telah berjaya di dalam kerjayanya dan bergaji tinggi. Tetapi ada di kalangan ibubapa `kayaraya' ini yang berjawatan juruterbang telah bersikap sombong dan bongkak semasa Mesyuarat Muafakat (PIBG MRSM Alor Gajah) tahun lepas. Beliau mengemukakan soalan di dalam mesyuarat Muafakat dengan berkata ` I am a pilot. Kenapa tidak cukup borang borang pendaftaran.? Kenapa pentadbiran MRSM tidak effisen? Ketegangan tersebut di tenangkan oleh Pengetua MRSM. Pengetua memberitahu bahawa pentadbiran MRSM telah meminta maklum balas daripada ibubapa samada akan menerima tawaran atau sebaliknya. Sebanyak 1000 surat tawaran dihantar tetapi hanya 800 yang menjawab YA, 200 pelajar tidak menjawab penerimaan tawaran. Tetapi pada hari pendaftaran, 1000 pelajar yang hadir. Inilah yang menyebabkan kekurangan borang. Pilot tadi adalah salah seorang yang tidak `response' kepada permintaan kerjasama pentadbiran MRSM.
MRSM Alor Gajah telah membenarkan pelajar pelajar membawa telefon bimbit yang asas untuk tujuan komunikasi dengan keluarga. Tetapi ramai di antara pelajar yang ibubapanya `kayaraya' ini membawa telefon canggih, bermusik, berkemera, watt app, facebook dll. Of course, mereka membawa secara haram. Anak saudara penulis pun ingin memiliki telefon pintar tetapi penulis berjaya memujuk beliau kepentingan bersifat sederhana.
Gelagat pelajar dan ibubapa kayaraya ini amat melucukan. Penulis hanya berkesempatan membelikan pati oren untuk anak saudara supaya ia boleh dibancuh dengan air. Mereka yang kayaraya pulak membeli berkotak kotak minuman air yang bertin dan kotak. Macam hendak membuka kedai pulak.
MRSM juga ketandusan pembekal pakaian seragam dan uniform. MRSM Alor Gajah mengalakkan pelajar mendapatkan bekalan pakaian seragam dan uniform daripada pembekal bukan bumiputera BEE LOON, Melaka. Shame on you MARA. Gagal mengenalpasti dan mewujudkan pembekal Bumiputera di dalam bidang ini. Tidak perlu gembar gembur program yang dilaksanakan seperti Rural Business Challenge atau Karnival Usahawan Desa kerana di Melaka cukup ramai usahawan pakaian seragam dan uniform. Jikalau kelengkapan pengakap, contohnya, pandai lah usahawan mendapatkannya.
Penulis harap MARA dan MRSM betul betul membantu pelajar Melayu pintar luar bandar dan bukannya hangat tahi ayam. Minta dijauhkan pegawai MARA dan MRSM melakukan penyelewengan di dalam memilih pelajar yang layak memasuki MRSM. Kepada ibubapa yang kayaraya itu, berilah peluang pendidikan kepada pelajar Melayu pintar luar bandar. Anda berkeupayaan menghantar anak pintar anda ke UK, USA,Australia, New Zealand, Russia, India dan lain lain negara.
Adakah salah satu keistimewaan pegawai atau penjawat awam yang bertugas di MRSM diberikan lesen untuk kesemua anak mereka belajar di MRSM?. Penulis difahamkam ada suami isteri bertugas di salah sebuah MRSM dan 2 anaknya sedang belajar di MRSM tersebut. Seorang lagi anaknya akan memasuki MRSM yang sama tidak lama lagi. Sungguh bernasib baik dan beruntung ibu bapa anak pintar ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan