ads

Rabu, 5 Februari 2014

04 di masjid tanah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

04 di masjid tanah - Google Blog Search


15 projek selenggara jalan <b>di Masjid Tanah</b> tahun hadapan

Posted: 27 Nov 2013 10:50 AM PST

MELAKA 27 Nov. - Kerajaan negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri merancang untuk melaksanakan sebanyak 15 projek penyelenggaraan jalan Persekutuan di Masjid Tanah pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman berkata, kesemua 15 projek penyelenggaraan yang telah dirancang untuk dilaksanakan pada 2014 itu melibatkan nilai peruntukan sebanyak RM4.12 juta.

Bagi penyelenggaraan jalan negeri pula ujarnya, program penyelenggaraan akan mengutamakan masalah dibangkitkan oleh pemimpin tempatan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Majlis serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Jumlah peruntukan yang disalurkan akan diselaraskan bersama DUN lain dengan mengambil kira jenis penyelenggaraan dan tahap kerosakan serta masalah dibangkitkan," katanya.

Ismail (BN-Kuala Linggi) berkata demikian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-13 di Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini.

Beliau menjawab soalan lisan Sulaiman Md. Ali (BN-Lendu) berkaitan pembangunan, penyelenggaraan dan naik taraf projek infrastruktur yang terdapat di dalam DUN Lendu khususnya Masjid Tanah pada 2014.

Mengulas lanjut Ismail berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri juga telah menyenaraikan sebanyak 13 projek penyelenggaraan dengan kos berjumlah RM535,000 untuk dilaksanakan di DUN Lendu pada tahun hadapan.

Jelas beliau, sebanyak 106 permohonan projek di DUN Lendu telah disenaraikan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah untuk pelaksanaan melibatkan kos berjumlah RM7.53 juta.

"Cadangan ini merangkumi kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan jalan, longkang, balai raya, surau dan masjid.

"Namun, ia bergantung kepada peruntukan yang diluluskan pada tahun semasa untuk pelaksanaannya melalui peruntukan projek infrastruktur awam (PIA) dan projek infrastruktur asas (Pias) Jabatan Perdana Menteri," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG MELAKA

Copyright 2010 All Rights Reserved